Sunday, July 24, 2011

Aku dah bosan lah dengan blog ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Amboi2, belum sampai setahun blog ni dah beroperasi.. Kau dah start nak rasa bosan dengan blog ni.. Wei, apa ko tak takut ke nanti ko akan menyesal di sebabkan dengan keputusan kau ni.. Itulah ayat2 yang telah dilontarkan oleh diri aku semasa aku sedang bercakap sorang tadi..

Eh, maksud aku cakap sorang2 tu ialah aku bermonolog dalaman.. Cakap dalam hati jelah, kalau nak cakap dengan atok aku pasal blog ni, takut dia ingat pasal batu blok je..huhu. So, apa yang korang rasa bila aku kata yang aku dah mula bosan dengan blog ni..

Mesti korang akan rasa macam nak nangis kan, lepas tu sedut hingus yang dah meleleh panjang tu..hehe. Dah lah tu, perasan sangat pulak aku ni.. Walhal takde siapa pun yang kisah kalau aku dah rasa bosan atau rasa macam nak letupkan je blog ni..huhu

Tapi yang sebenarnya aku nak cakap yang aku dah bosan dengan template blog ni..  Memang lah senang nak tukar template tu.. Tapi kalau aku nak tukar template, aku kena tukar header sekali.. Itulah masalah yang sedang aku hadapi sekarang ni..

Aku tak tau header yang macam mana aku nak tukar nanti.. Kalau nak tukar kepada header ganas, aku dah buat dulu.. So, sekarang ni aku tengah mencari header atau tema yang macam mana aku nak tukar kan nanti..

Nampaknya aku terpaksa menggoogle gambar2 yang aku rasa sesuai untuk header baru nanti.. Korang tak rasa bosan ke bila dah lama tengok template or header blog aku ni.. Ala, kalau korang nak kata yang korang dah muntah hijau sebab bosan sangat dengan template ni pun tak mengapa lah..hehe

P/s : Template yang sekarang ni, sudah aku gunakan lebih kurang dalam 2 bulan lah..

4 comments:

♥♥ miracle ara ♥♥ said...

jgn bosan dulu...sayang tu...

cik aisha said...

la baru dua bulan...belom 2 thn lg...har2.xpe law rasa bosan tukar je...amek mood tgk header baru...:)

farah wahedda said...

farah xtau nk tuka template baru sob2

Jenny Pa-un said...

wah kalau nak ubah jgn ubh bnayk sampai blog lambat nak load ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...