Tuesday, July 19, 2011

Apakah yang korang rasakan apabila...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Apakah yang korang akan rasakan bila ketika berlakunya situasi sedemikian..?? Pada masa itu korang semua sedang sibuk berdua2an dengan si dia.. Tiba2 korang terpaksa pergi demi negara yang tercinta.. Silap2, korang terpaksa pergi sebab korang ada sedikit hal..

Kemudian apabila korang kembali semula untuk bersama dengan si dia, tiba2 sahaja si dia tidak bernyawa lagi.. Apakah korang akan menjerit meraung dan menyesal kerana meninggalkan si dia, atau korang hanya mampu memandang jasadnya sahaja..??

Sebenarnya itulah yang terjadi kepada aku setengah jam yang lepas.. Pada waktu aku sedang berdua2an dengan si dia di dalam bilik, tiba2 sahaja aku mendapat satu tugasan yang penting.. Tugasnya ialah pergi ke sebuah kedai yang menjual bahan2 tembakau memasak..

Setelah selesainya aku menjayakan misi tadi dengan cemerlang gemilang dan terbilang.. Aku kembali ke dalam bilik untuk bersama dengan si dia tadi.. Tiba2 aku terkejut, aku dapati si dia tidak menyedarkan diri lagi.. Aku rasakan nadinya, sudah berhenti dan badanya sudah mulai sejuk..

Aku sudah tidak tau hendak buat apa, aku terus bertanya kepada ibu aku mengapakah perkara sebegitu berlaku.. Setelah ibu aku menjelaskannya, barulah aku faham dan aku pun redha je lah dengan apa yang berlaku tu..

Rupanya akibat ketiadaan elektrik, maka si dia iaitu lappy aku tidak bernyawa sebentar.. Sebab itu lah nadinya tak bergerak, sebab takde elektrik..huhu. Ni pun bila elektrik dah ada balik, aku terus sahaja menulis entry ini..hehe

5 comments:

myhatiku said...

haha..xde elektrik la pulok..mcm2 :D

FF said...

lol...

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaaa . laa , xdak letrik ?? tak pasang charge ke ?

abikwan said...

hahaha bongekkk.. ingat kan pasal ape la tadi.. hahaha

Unknown said...

iahhh xad elektrik ker..alhamdulilah tmpat ayie ad elektrik lg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...