Monday, July 04, 2011

Aku nak buat cerita ni..

Untuk entry kali ini aku rasa aku nak buat satu cerita lah.. Tapi bukan cerita untuk sambungan Kereta api berhantu tu.. Kalau yang itu aku still takde mood untuk menyambungnya, nanti bila datang mood seram tu, barulah aku sambung balik..

Kali ini aku nak buat satu cerita yang berlainan sedikit dari biasa.. Bukan cerita seram mahupun cerita2 yang berunsurkan romantis2.. Tapi aku pernah ke buat cerita romantis2 ni..?? Aku tak ingat pulak yang aku pernah buat cerita jenis macam tu..

mungkin ini rumah pemuda tersebut..
Eh2, dari tadi tak start lagi ceritanya, bila aku nak masukkan intronya ni..?? Okay2, aku akan mulakan cerita ini.. Cerita ini bermula di sebuah kampung yang kini sudah menjadi bandar.. Tinggallah seorang pemuda yang sedang duduk bersantai di halaman rumahnya..

Ketika dia sedang bersantai2 tu, muncullah seorang lelaki berjubah putih datang menegur beliau dari luar rumah.. Lelaki berjubah itu berkata sesuatu kepada pemuda tersebut, namun pemuda itu tidak dapat memahami apa yang dikatakan oleh lelaki berjubah tersebut..

Tiba2...

Alahai korang semua, aku tak ingat pulak apa sambungannya..huhu. So, aku terpaksa lah memberitahu dekat korang semua yang aku tak dapat nak menyambung cerita ini disebabkan kehilangan idea2 untuk diletakkan dalam cerita ini.. Harap korang semua dapat memaafkan aku ye..

Maklumlah, time2 mood untuk berblogging ni ke laut lepas tu ke darat, sambung balik ke laut.. So aku tak dapat nak menyimpan idea2 itu sehingga tamatnya cerita ini.. Lepas ni kalau aku ada idea2 yang gempak, aku akan tulis cepat2 dekat kertas and transfer kan ke blog ni..hehehe

3 comments:

cik Beskod said...

ala x smpat nak amik feel bace hahahah,...

~~Ticer Wann~~ said...

adehhh baru ja nak feel tetiba lak cerita tergantung... :p

mykhalis said...

a'ah..blh lak wat feel camtu ek..tak kire..sambung2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...