... Sambungan dari Kereta api berhantu.. (Part 3)
.. Setelah Kamal berfikir dengan masaknya, maka dia mengambil keputusan untuk melompat keluar dari gerabak itu.. Kamal terjumpa sebatang besi lantas memukul cermin pintu itu dan cuba mengumpil pintu tersebut sehingga terbuka..
Kamal cuma memujuk Rina agar mengikut dia untuk lompat bersama.. Namun Rina menolak, katanya bahawa kereta api ini tidak akan melepaskan dirinya untuk pergi.. Sebelum Kamal melompat, dia sempat memberitahu kepada Rina bahawa dia sangat gembira dapat berkawan dengannya..
Kamal cuba melihat keadaan dan mula menarik nafas panjang sebelum dia melompat keluar dari kereta api tersebut.. Setelah merasakan dirinya sudah bersedia, maka Kamal pun mula melompat.. Tiba2 ketika beliau melompat itu..
Muncul lembaga yang memerhatikannya dari luar tingkap kereta api tadi.. Lembaga itu terbang kearah Kamal lantas melanggar badan Kamal.. Kamal tidak dapat sedarkan diri selepas beliau dilanggar oleh lembaga itu.. Setelah beberapa minit kemudian barulah Kamal tersedar..
Dihadapannya kini ialah Rina, dan Rina tersenyum apabila melihat Kamal sudah tersedar.. Kamal bertanya kepada Rina apakah yang telah berlaku dan dimanakah beliau berada sekarang.. Tiba2 sahaja Rina tunduk lantas menangis..
Rina meminta maaf kepada Kamal kerana beliau terpaksa menipu Kamal.. Kamal tidak faham dan dia pun minta Rina terangkan kepadanya.. Rina memberitahu bahawa beliau telah membuat perjanjian dengan semangat kereta api ini..
Sambung Rina lagi, perjanjian yang dilakukanya ialah, beliau terpaksa mencari seorang manusia dan membunuhnya.. Dengan itu, roh beliau akan dapat dibebaskan dan tidak lagi terikat dengan kereta api ini.. Kamal terlalu terkejut lantas berdiri dengan segera..
Ketika berdiri itu, Kamal bertambah terkejut kerana dia ternampak cermin dihadapanya.. Apa yang mengejutkan dia ialah, didalam cermin itu tiada langsung badannya.. Rina berkata bahawa kini Kamal yang akan menjaga kereta api ini dan jika dia mahu lepas dari cengkaman kereta api ini..
Maka Kamal terpaksa melakukan perkara yang sama seperti mana yang dilakukan oleh Rina.. Kamal terlalu marah kepada Rina namun belum sempat beliau memarahi Rina.. Rina telah mula lesap dan Kamal ternampak ada titisan air mata yang jatuh di pipi Rina..
Rina menyuruh agar Kamal cepat mencari mangsa agar dia tidak menjadi seperti roh2 lain yang sudah terseksa kerana duduk terlalu lama didalam kereta api ini.. Sebelum hilang, Rina sempat juga meminta maaf sekali lagi kerana terpaksa melakukan hal sebegitu..
Kini setiap kali bulan 6, kereta api ini akan muncul untuk mencari mangsa.. Dan Kamal juga masih lagi menantikan mangsa barunya itu.. Berhati2 lah jika mahu menaiki kereta api tengah malam kerana takut akan tersilap kereta api..hihihi
TAMAT....
P/s : Sori lah sebab terpanjang untuk entry ini.. Aku pun terpaksa cari ending lain sebab korang dah dapat teka ending yang aku nak buat hari tu..huhu
6 comments:
ada cerita upanye...nanti next time blh bertapa baca..:)
perggh ni lagi dahsat dari aku wat..:)..thumbs up bro..tunjuk ajar kepadaku,sifu
aku jenis ada dialog..merapu je ada dialog tuh..sepatutnya tak perlu wat dialog kot..aishhh..xpe next time aku try wat citer tanpa dialog
hahaha... rupenye alamak ending yg aku reka hari tu x tersasar jauh lak hahah
tak boleh ade kwn nama kamal r cmni .. nnt die jadikan aku magsa .. hahahahah :D
cik aisha : haha, takpe2 cari masa dulu..^^
syuxer : err, sebenarnya aku nak buat dialog, tapi takut panjang sangat pulak entry tu..huhu
cik beskod : kena lah tukar, tak kan nak bagi sama pulak kan..hehe
alif haris : haha, bukan kawan je, sapa2 nama kamal tu, nak kena hati2 sikit..^^
Post a Comment