Sunday, July 31, 2011

Esok belum puasa lagi..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Apa..?? Korang tak percaya dengan apa yang aku taipkan dekat bahagian tajuk tu..?? Betul lah, esok masih belum puasa lagi, so esok kita still boleh makan lagi.. Laa, korang masih tak percaya lagi ke..?? Suke hati korang lah kalau korang tak nak percaya..

Esok kita masih belum berpuasa lagi kalau kita tergolong di kalangan orang yang tak boleh berpuasa okay.. Kalau2 korang ni adalah seorang yang gila, masih bayi dan mengalami keuzuran serta bukan islam, so esok korang memang tak berpuasa ye..hehe

Okay2, ni yang betul punya.. Esok pada 1.8.2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 , kita bagi umat islam akan memulakan ibadah puasa di siang hari.. Kalau ada yang mengada2 nak puasa di malam hari, itu aku tak tau nak cakap apa ye.. Pada bulan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah..

Aku rasa ramai blogger yang dah menceritakan apakah kebaikan puasa dan bulan Ramadhan ni.. So, aku just bagi sikit info yang aku tau je la ye..

Kelebihan Puasa
* Mengawal nafsu makan yang ada dalam diri kita ini..
* Dapat membuatkan kita merasai bagaimana kehidupan mereka2 yang susah lantas buat kita bersyukur..
* Melatih diri dari melakukan perkara2 yang sia2..

Kelebihan bulan Ramadhan
* Bulan yang paling mulia diantara bulan2 yang lain..
* Terdapatnya malam lailatul qadar..
* Mudah mendapat ganjaran pahala yang berganda..

Aku bagi sikit jelah ye, kalau korang nak tau lagi korang boleh lah try search dekat google tu.. Bukan sebab aku malas, tapi aku tengah nak godek2 blog ni.. Ada problem pulak sejak pagi tadi..T_T

1 comment:

Bro ahmad said...

salam ramadhan...:)

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...