... Tidak berapa lama kemudian, Kamal mula tersedar dari tidurnya itu.. Dia sendiri tidak tau sudah berapa lama dia tertidur, tapi yang pasti dia masih belum sampai lagi ke destinasinya.. Tiba2 Kamal terperasan sesuatu yang pelik didalam gerabak kereta apinya itu..
Didalam gerabak kereta api yang dia sedang naiki itu agak berlainan dari sebelum dia tidur tadi.. Dinding gerabak itu berwarna agak suram dam ia membuatkan suasana agak menyeramkan.. Kamal mahu sahaja menyambung tidurnya balik, namun dia dikejutkan dengan satu suara nyaring..
Kamal segera menoleh ke belakang, namun tiada apa2 yang ada melainkan kerusi kereta api tersebut.. Beliau memperbetulkan tempat duduknya semula.. Tanpa dia sedari, ada satu lembaga sedang memandangnya di sebelah cermin tingkap..
apakah ini lembaga tersebut..?? |
"Kamal..!!".. satu perkataan yang didengari dibelakangnya..
Setelah Kamal menoleh, rupanya itu suara kawan lamanya dan namanya Rina.. Kamal terkejut kerana dia tidak menyangka pula yang dia akan bertemu dengan kawan lamanya.. Lalu mereka pun berbual panjang sementara kereta api yang aneh itu membelah malam..
Tiba2 Rina bertanya kepada Kamal kenapa dia menaiki kereta api ini..?? Kamal pun tidak tau, yang dia tau hanyalah yang dia ingin pulang ke kampung bertemu dengan neneknya.. Kamal lihat wajah Rina agak sedikit muram, dia menjangkakan yang mungkin Rina menghadapi masalah..
Rina kemudian bersuara "Kau tak patut naik kereta api ni..".. "Mengapa pulak kau cakap begitu..?" balas Kamal kebingungan dengan apa yang Rina cakapkan.. Menurut Rina, yang kereta api ini mempunyai sejarah hitam.. Belum sempat Rina mahu menceritakan perkara yang selanjutnya..
Tiba2 suara nyaring yang didengari oleh Kamal tadi muncul semula.. Kali ini suara itu lebih kuat dan lebih nyaring sehinggakan mereka berdua terpaksa menutup telinga akibat kesakitan.. Kamal cuba membuka mata dan melihat apakah yang menghasilkan bunyi itu..
Apabila Kamal membuka mata dan mendongak ke atas.. Alangka terkejutnya dia bahawa yang berada dihadapannya itu bukan nya manusia tetapi......
...bersambung
P/s : Tengah fikirkan sama ada nak habiskan cepat atau sambung lebih panjang..
4 comments:
Rina tu manusia ke? klu dia tau kenapa dia pon naik retapi tu? ala buat la habis cepat2 skit... tak sabaq nak tau ni... pehtu buat cerita lain plak..~huhu (^_^)
fuh cuak nye masa membaca dah lah membaca tgh2 mlm camnie ahha gelap lak tu lam bilik lagi2 ade pic tu kat entri nie awwwwwwwwwwww... seram wei aahha x sbr tgu entri seterusnya heheh
siot .. bikin aku cuak je cite ko ni .. hahaha dah lah tgh pgi buta gini..
Nasib baik baca pagi2... Seram gak.. Alaa, bersambung lagi ke.. Excited nak tunggu nih.. :P
Post a Comment