Wednesday, July 20, 2011

Sape tak tension kalau macam ni...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Entah, agak2nya siapa yang tak tension bila berlakunya keadaan seperti ini.. Aku tension, sebab tu aku tak tau siapa yang tak tension ni.. Okay2, nampaknya korang pun dah mula pening dengan ayat2 yang sebegitu rupanya.. Baru mula entry korang dah pening, kesian betul..huhu

Sebenarnya macam ini kisah yang berlaku.. Semuanya terjadi pada malam tadi, malam yang agak sunyi kerana pada waktu itu sudah pukul 1.30 pagi.. Semua orang dalam rumah aku tu dah tidur kecuali aku.. Ini semua adalah disebabkan kegilaan aku terhadap berblogwalking sudah kembali..

Setelah penat duduk, maka aku baring pula dihadapan lappy aku ni.. Tiba2 aku rasa dahaga pulak, aku berjalan perlahan2 melangkah ke dapur.. Entah kenapa mengada2 sangat aku ni nak jalan slow2 malam tu.. Dan dalam keadaan yang kekurangan cahaya mata itu..

Tangan aku meraba2 atau menggagau mencari cawan yang telah aku gunakan sebelum ini.. Setelah cawan itu ditemui, maka aku pun mengambil sebotol minyak air lalu menuangkannya ke dalam cawan tadi.. Aku minum tanpa mengambil masa yang lama..

Tiba2 aku terasa seperti ada sesuatu didalam mulut aku ni.. Aku pasang lampu bilik air dan meluahkan kembali ayat2 cinta air tadi.. Aaaargghh..!! macam mana lah boleh ada semut dalam air tu.. Aku kembali semula ke tempat kejadian atau dapur tadi..

Rupanya semut itu datang dari cawan yang aku gunakan tadi.. Aku pun pelik, sebab sebelum tu aku minum air masak jugak.. Tapi kenapa semut tetap masuk juga dalam cawan tu..?? Lantas aku terfikir, mungkin aku ni seorang yang bermulut manis kot..hehe

Tapi walau macam mana pun aku sudah sedar.. Sepatutnya lepas guna cawan itu, aku perlu basuh, bukan biarkan aja.. Tengok, kan dah terminum semut2 tu..huhu. Korang juga boleh lah mengambil cerita ini sebagai iktibar dan tauladan.. Tapi takkan ambik kot, bayar lah seposen ke..hehehe (gurau je)

P/s : Sebelum ni pun pernah juga berlaku kejadian tu..huhu

9 comments:

L-mi Redzz said...

hahaha..kalau ye pn bukak la lampu 2 ye...tp xpe bkn slalu mnum semut..hik3.. (jgn mrh gurau2 je bro).. =)

oshin-jamel said...

byk gula dlm mulut tue..hehehe!!!
len x bsh cwn,jgn mls..kekeke~~

Misty Melor said...

hehe nampak sangat ler mulut manis nyer heheh :p

mykhalis said...

mujur semut.. kalau cicak..wahahha

Aleen Aiden said...

ha3,bermulut manisla sgt!huu,klakar.

cik aisha said...

jaga2 xelok terminum air bersemut.mak sy slalu ckp tmkn sekor smut, bodoh 44 ari..huhuu

aiman mania said...

pengajaran:lpas guna,basuh cawan...

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

semut oh semut .

manisnya mulut ini . hehe :)

Alif Haris said...

eh semut pn suka minum air masak bro :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...