Wednesday, July 06, 2011

Bila terjumpa blog ex-gf / bf, apa nak buat..??

Hahaha, entah apa2 lah aku ni.. Pasal benda macam ni pun nak tulis dekat dalam blog ni.. Tapi apa boleh buat, dah idea lain yang dinanti tak kunjung tiba, kena lah juga buat entry yang berkisarkan hal ini.. Rasanya pun, bukan ada orang yang kisah sangat dengan hal2 sebegini rupa..

Okay2, aku pun malas nak memalaskan diri aku untuk menaip lebih pendek (maksudnya aku malas nak tulis panjang2 lah).. So, marilah kita ke topik yang ingin aku bincangkan bersama korang semua.. Agak2nya lah, apakah yang korang akan lakukan bila terjumpa blog ex gf / bf korang..

Aku rasa mungkin tak ramai yang mengalami situasi sebegini.. Tapi kalau just share pandangan dan pendapatan pun korang tak kisah kan..?? Jadi apa yang korang akan lakukan ye..?? Err, sebenarnya entry ini tiada langsung kena mengena dengan kehidupan aku tau...

Idea ini tibe2 sahaja datang menerjah ke pintu kepala otak aku ni.. Bagi pendapat aku jelah, kalau korang dah nekad cuma nak berkawan, boleh lah follow blog tu.. Tapi kalau korang still tak sanggup nak membaca kisah hidupnya tu, baik cepat2 pergi dari blog dia..

Itu jelah pendapat aku.. Kalau korang pulak macam mana ye..?? Apakah korang akan buat entry yang korang dah jumpa blog ex korang ke.. Atau korang hanya akan jadi silent reader terhadap ex korang tu.. Mungkin juga korang akan buat2 tak nampak blog itu..hehe

Eh, apahal lah banyak sangat kemungkinan yang melanda didalam entry ini.. Ah, tak kisah lah asalkan korang baca entry ini.. Kalau tak baca macam mana nak komen and memberikan pandangan jarak jauh untuk entry ini..

P/s : Malas betul lah aku nak buat blogwalk hari ni, rasa macam nak tengok tv je..^^

8 comments:

Anonymous said...

buat dek je lah...

Siti Hajar Masri said...

buat bodoh jer..

mOon EyEzS said...

...suka ati la nak fOllOW ke x...mana2 pOng x de slh nya....

Unknown said...

hurm sofar x jmpa lg sbb diorng xminat tulis blog... (diorng mcm ramai je..hahahaha)

mark dan google
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/mark-zuckerberg-dan-google.html

Ferfarfer said...

I AKAN BUAT CM BIASA. HE'S STILL HUMAN. BUKAN DAH BTUKAR JADIK GERGASI PULAK KAN?

cnen said...

jadik silent reader kut. sebab aku mmg suke bace senyap2 je. tp kalau belog dia hampeh, lgsung tak bukak da.

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaa . Tia jadik stalker ..

Jenny Pa-un said...

xkan follow punye haha tapi bookmark link blog dia.. pastu hari2 jdi stalker kat blog dia haha,

tapi x pernah mengalami lah ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...