Wednesday, October 05, 2011

Inilah perkara yang paling aku benci..!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Aku pasti dan yakin malah berani bertaruh sebijik I-Phone 5 untuk mengatakan bahawa korang semua mempunyai satu perkara yang paling korang benci.. Tak kiralah apa pun benda tu, tapi yang pasti korang pasti ada satu benda yang boleh buatkan korang menjerit macam ni.. "Arrghhh..!!"

Jadi di sini aku nak bagitau lah dekat korang satu benda yang paling aku benci ketika melayari dunia maya ni.. Ini untuk di dalam dunia maya je, kalau dalam dunia realiti ni, ada benda lain lagi yang paling aku benci.. Tapi aku rasa kebanyakan dari korang pun akan bersetuju dengan aku..

Aku paling benci kalau tengok video seram yang last2nya buatkan jantung korang berhenti berdegup selama 10 saat tu.. Faham ke tak apa benda yang aku tuliskan ni..?? Macam ni, korang mesti pernah tengok video macam Follow The Red Dot, Naga makan itik..

Kalau tak pernah tengok, korang pergi bukak youtube sekarang.. So, video2 yang seperti itu telah membuatkan aku terpaksa untuk menekan button mute dekat speaker aku ni, terutama kalau nak tengok video seram..

Aku kena pulak tengok tanpa suara dulu, kemudian tengok lagi sekali kalau dah pasti takde adengan2 yang mampu membuatkan aku tersentak berkali2..huhu. Kalau dulu, aku suka tengok video seram ni dengan suara yang kuat..

Tapi satu peristiwa paling tragis telah membuatkan aku berubah, lantas telah mengurangkan kadar metabolisma keberanian aku bila nak tengok video2 seperti itu.. Macam mana dengan korang pulak, mesti sama macam aku jugakkan..

P/s : Peristiwa tragis tu aku ceritakan lain kali ye..hehe

9 comments:

EyA edamanhatiku said...

eya bnci smua jnis keseraman kehodohan hantu2 dan keterkejutan di dlm smua jnis crita..ska tngok yg sweet n lawak jak

Unknown said...

Alah tergantung betul le. Pernah tak makan nasi lepas tu masih nak tambah lagi, lauk dah habis. Hah! macam tu lah aku rasa bila kau baca n2 ko ni. Tak puas lah dek oi. Ce cerita lagi pasal peristiwa tragis tu. Aku tunggu ni tau.

p/s: Aku ni golongan bukan penakut. Tapi bila dah tengok citer hantu.., aku akan jadik penakut seminggu berturut-turut. Jadik, aku mang tak suke tengok citer hantu sal takut terbayang-bayang dalam ingatan rupe hantu tu.

Aleen Aiden said...

malu nak mengaku tp aku xpnah tgk video yg kau ckpkan nih.dan aku berkeputusan xnk tgk kerana aku xsuke jantung aku benti berdegup.keh3

teha said...

hahaha ! aku pon benci bnde tu !

Unknown said...

hahaha..aku tak suka jugak..macam nak soh orang mati cepat je video2 macam tu..lagi satu yang suka bagi link seram tu..bukak2 je muka antu terpampang..kuangjaq tu ! hahaha

Unknown said...

Mai la klik like box sy yer .http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/mai-la-tekan-jgn-dok-malu.html

Ceiler Mun said...

sama la! aku pun xblh tgk video yg tiba2 seram cam tu.. huhu~

Fieza Sani said...

seram laa best..
ok tipu. hehe

budakijaupendek said...

haha
rasa macam sia-sia je tengok.
bazir masa. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...