Hah, ni apahal pulak ni..?? Datang2 terus je tanya soalan objektif peringkat SPM ni.. Lain kali tanyalah soalan2 yang mencabar minda dan keimanan aku ni.. Chewah, mengada2 pulak aku ni kan, dah lah lama tak update, lepas tu terus nak tanya2 ni..
kalau ada lebih tu, apa salah hulur sikit.. |
Wei, kalau nak pinjam duit, sila pinjam dengan orang lain okay.. Duit dengan aku ni sudah tidak dapat untuk dipisahkan lagi, kami ialah pasangan kekasih yang paling sweet di abad ini.. Hahaha, ni apa jadah pulak lah aku melalut ni..
Bagi mereka2 yang ada perangai macam aku ni iaitu kedekut.. Korang sebenarnya boleh bersifat kedekut dalam masa2 tertentu sahaja.. Dibawah ini telah disenarai
* Time korang takde duit..
- Dah takde duit, takkan still nak bagi pinjam dekat orang.. Kalau setakat pinjam duit jutaria tu boleh lah dibagi..
* Time member korang nak pinjam buat beli rokok..
- Sebenarnya time ni amat bagus, tatkala korang dapat menyelamatkan duit korang dari digunakan untuk beli rokok.. Korang juga dapat menyelamatkan nyawa kawan korang tu..
* Time member yang pinjam tu member yang jenis tak reti nak bayar balik..
- Ini ialah time yang paling wajib sekali sebab kalau kita dah tau yang dia tak reti atau memang liat nak bayar hutang.. Buat apa nak bagi pinjam lagi, buat habis duit je..
* Time orang nak pinjam duit pada nilai yang amat tinggi..
- Yang ini agak susah sikit, sebab kita tak tau apa akan jadi pada masa depan.. Jadi seboleh2nya bagilah pinjam sekadar mana yang mampu, bukan sekadar mana yang kita ada..(yelah, kena jugak simpan untuk diri sendiri)
Itu jelah antara masa2 yang patut untuk korang bersifat kedekut.. Tapi yang sebenarnya sifat kedekut ni tak elok sebab ia akan membuatkan korang terlalu tamakkan benda yang korang kedekutkan tu.. So, pandai2 lah fikirkan mana yang baik dan yang buruk okay..!!
1 comment:
dpt dah hang !http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/suspect-under-custody.html
Post a Comment