Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..
Sebenarnya kejadian ni aku sedar masa pagi tadi, tapi setelah aku mendapat maklumat dari pakar bedah forensik.. Mereka menyatakan bahawa kejadian ini berlaku sekitar jam 12.00 tengah malam.. Pihak polis juga telah mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku itu adalah satu kemalangan sahaja..
Ceritanya begini, malam tadi sewaktu aku sedang tidur dengan lenanya di ruang tamu rumah aku.. Keluarlah seekor makhluk yang kalau pada waktu siang hari, dia akan menyorok.. Pada waktu dia keluar itu, mungkin dia fikir yang famili aku telah tidur..
Jadi dia pun pergilah berjalan2 sambil memerhatikan keadaan rumah aku pada waktu malam.. Mungkin kerana dia terasa nak tengok ruang tamu aku ni dari arah yang lebih tinggi.. Maka dia telah pun mendaki kaki aku ni tatkala aku sedang lena dibuai mimpi..
Tiba2 dia merasakan permukaan yang sedang dia jejaki itu bergerak dan tanpa sempat dia melarikan diri, ajal dia telah menjemput dia terlebih dahulu.. Kesian dia, belum sempat dia nak buat wasiat untuk family dia, dia telah pergi dulu meninggalkan keluarganya..
Apabila keesokkan paginya atau senangnya, masa pagi tadilah.. Aku tersedar dari tidur dan ketika aku bangun itulah aku ternampak mayatnya telah penyek atau leper kerana dihempap oleh aku ketika tidur malam tadi.. Kesian lipas itu, itulah lain kali jangan suka sangat nak memanjat badan orang masa tidur..
Bila aku cerita hal ni dekat adik2 aku tadi, dorang semua takut nak tidur dekat lantai.. Aku pulak..?? Err, aku still jugak nak tidur dekat lantai sebab dekat lantai ni sejuk.. Bila aku fikir2 balik, agak2nya mesti masa malam2 sebelum tu lipas ni selalu panjat badan aku..huhuhu
P/s : Mujurlah masa aku hempap lipas tu, badan lipas tu tak pecah, kalau tak..ish3
7 comments:
haha..cian lipas..terpenyek..:P
haha..wat suspen je..sekali lipas daaaaaa..
huhu memang dah fobia ngan lipas nie....
hahaha..
sabau ja la..
ingatkan apa tadi..
rupanya lipas..
>_<
haha suspen je aku bca.. rupanya lipas..
saspen jer...nanti pakai sheltox outdoor pula, he3
aku cukup geli ngan lipas...fobia gila !
Iswara Pak Art .http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/pa-on-wheels.html
Post a Comment