Sunday, October 09, 2011

Aku terima panggilan ugutan..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Pada suatu malam yang hening, aku berdiri di hadapan pintu aku sambil merenung kearah bintang2 yang berkerdipan di angkasa sana.. Tiba2 handphone aku berbunyi, dan dengan langkah yang lemah aku berjalan pergi mendapatkan handphone aku itu..

Satu nombor yang tidak bernama muncul di skrin handphone aku itu.. Aku pun menjawab panggilan itu, tapi tiada apa2 bunyi pun yang kedengaran.. Aku cuba bertanya siapakah yang berada di talian, namun hanya bunyi dengusan nafas sahaja yang dapat aku dengar..

"Wei..!! bila ko nak update blog ko hah..!!, tiba2 satu suara yang agak keras kedengaran..
"Dah berjanggut aku tunggu ko update blog tau, ko jangan sampai aku hack blog ko and buat entry aku sendiri.." sambung suara misteri tadi..

Kemudian aku tersentak, barulah aku sedar yang rupa2nya aku masih belum update apa2 lagi untu hari ini.. Aku cuba jelaskan kepada orang itu kenapa aku tidak mengupdate blog aku, namun orang itu tetap mahu aku update sebelum pukul 10 malam ini..

Katanya lagi, jika aku tidak update nanti dia akan meletupkan bangunan KLCC.. Ah sudah, tak boleh jadi dah ni.. Aku terpaksa mengupdate blog aku demi menyelamatkan nyawa dan bangunan KLCC yang menjadi lambang kemegahan negara ini..huhuhu

P/s : Cerita diatas adalah rekaan semata2, takde maknanya ada orang nak suruh aku update entry..hehehe

5 comments:

cik aisha said...

gempaq tu..ingatkan betol2..hehee

Bella Bell said...

haha. ingat dapat panggilan betul2 :D

♥ norlida ramli ♥ said...

hehe..igtkan ape td..terkena sudeyy..hehe :p

budakijaupendek said...

haha
ugutan terus jdnye..

Santri T.P.I.N.I said...

hehehe wat gempak je entri ni...blog sy tgh renovet sebab ada masalh sikit..tak detec entri baru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...