Saturday, October 08, 2011

Misteri Rahman...(Part 3)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

... Sambungan dari Misteri Rahman... (Part 2)

Setelah keadaan aku pulih semula, aku mendapati di sekeliling aku sudah gelap.. Jam ditangan aku pula menunjukkan pukul 9.30 malam.. Ini bermakna yang aku telah berdiri disitu selama 2 jam tanpa disedari oleh sesiapa yang melalui jalan itu..

Tanpa berlengah lagi, aku segera menghidupkan motor aku dan terus pulang ke rumah.. Apabila sampai sahaja aku dirumah, aku lihat yang Rahman sedang terbaring dihadapan tv sambil berselubung dengan selimut.. Aku tanya dengan dia adakah dia okay..

Tapi Rahman hanya dia membisu sahaja, aku pelik sebab di dalam rumah ni hanya Rahman dan Faizal sahaja yang banyak cakap.. Aku menganggap yang Rahman mungkin penat, jadi aku hanya terus masuk ke dalam bilik aku..

"Kenapa kau balik hah..?" tanya Rahman..
"Aku nak tidur lah.." jawab aku dengan nada bergurau..
"Kau berambus sekarang, aku benci dengan kau.." sambung Rahman dengan nada yang agak keras..

Aku semakin pelik, kenapa pulak Rahman ni nak halau aku.. Aku menganggap yang Rahman juga bergurau, jadi aku terus mengambil tuala sebab nak mandi.. Sedang aku berjalan menuju ke bilik air, tiba2 Rahman berdiri di hadapan aku seperti menghalang aku dari terus pergi ke bilik air..

Belum sempat aku bertanya dengan dia kenapa dia buat begitu, tiba2 satu tumbukan padu dilepaskan kearah perut aku.. Aku terjelopok jatuh menahan kesakitan yang amat sangat.. Belum sempat aku bangun dari kesakitan itu, satu lagi tendangan dihalakan kearah muka aku..

Aku tercampak ke pintu bilik air, bibir aku berdarah dan badan aku sudah mula menggeletar kerana terlampau marah.. Aku bingkas bangun dan apabila Rahman mahu menumbuk muka aku, dengan pantas aku menahan tumbukannya itu..

"Aarghh..!!" aku menjerit sedikit, entah kenapa aku tidak dapat menahan tumbukannya itu.. Tumbukan Rahman itu ibarat tumbukan 10 orang lelaki yang berbadan sasa.. Sekali lagi aku terjelopok ke lantai, aku segera berlari ke dapur dan mengambil botol air masak diatas meja..

...Bersambung sekali lagi..

P/s : Err, korang nak aku buat ending cepat2 atau tak..??

4 comments:

aiman mania said...

bila buat story nih.....?huuhuuhuu....nice2...

Unknown said...

aduh...sakitnya kena tumbuk! apsal yer rahman naik angin?

Unknown said...

x abs ag ke ctr nie...huhu...nk tau ending nya

Arpiiz said...

@ira rara : hahaha, saya tak perasan pun yang citer ni tak abis lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...