Thursday, October 06, 2011

Memang tak best kalau benda ni jadi.

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Benda ni dah banyak kali berlaku dekat aku, tapi entah kenapa aku sendiri tidak pernah serik untuk mengulangi dari melakukannya.. Itulah yang dinamakan sebagai tak belajar dari pengalaman.. Bukankah guru yang paling bagus sekali ialah pengalaman hidup..??

Err, apa benda lah yang aku tuliskan dekat atas tu..?? Rasa macam tak penting pulak, jadi lebih baik aku teruskan kepada apa benda yang aku nak ceritakan dalam entry ni.. Sebenarnya ada satu kejadian dimana masa tu aku sedang mendownload nota dari website lecturer aku..

Sedang aku menantikan download itu dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.. Eh, takkan nak tunggu pun kena ada sifat kasih sayang jugak..?? Abaikan jelah, baik aku sambung je.. Tatkala loading proses aku hanya tinggal 95 peratus..

Tiba2 lappy aku terpadam dengan sendirinya.. Apahal pulak dia padam sendiri, takkan ada orang telah menghantar bug untuk mengawal komputer aku..?? Aduh, kalau jadi macam tu, aku kena format balik lah lappy aku ni..

Aku try bukak lagi sekali, namun usaha aku gagal.. Aku tak dapat nak menyelamatkan lappy aku lagi, aku menjerit bagaikan orang yang telah kehilangan bini.. Okay, aku tipu je tu.. Yang sebenarnya aku try hidupkan balik, dan bila aku lappy aku tu tak mau hidup balik..

Maka aku pun barulah sedar yang mungkin bateri lappy aku sudah kong atau kosong.. Bila aku sambung je wayar charger, barulah lappy aku kembali pulih seperti sedia kala.. Mujurlah aku boleh sambung lagi download tu, kalau tak aku nak je gigit lappy ni..hehe

Kejadian macam ni dah banyak kali berlaku, jadi bila aku buat entry ni.. Aku harap dapatlah aku untuk sentiasa alert untuk perhatikan bateri lappy aku setiap masa.. Korang pernah tak jadi kejadian seperti itu..??

4 comments:

Muhammad Burn said...

cerita pasal habis bteri je rupanya. kah3... adoi... pnat aku baca pjg2. ko mmg pndai buat citer la.

bateri laptop aku dah lama RIP. huhu

che sakinah said...

selalu juga. tapii sekarang tidak lagi! saya hanya perlu segera plug in wayar setelah melihat gambar peringatan betri yg sudah kong menerjah di skrin laptop saya. anda cubalah! jangan berlengah lagi! (iklan khidmat masyarakat ini tiada penaja)

Lols;p

budakijaupendek said...

sy jarang guna battery,
sllu guna wayar je.
konon nk batery kekal lama.
haha

NUR AYNIE said...

rindu nyer nak bace entry kat cnie...lame tak BW..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...