Monday, October 10, 2011

Kisah moon halo di rumah aku..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Seperti yang korang semua tau, atau mungkin yang tak tau.. Malam tadi telah berlakunya kejadian yang agak jarang berlaku.. Untuk mereka yang baru tau ketika membaca entry ni, korang memang telah melepaskan peluang untuk melihat keindahan bulan malam tadi..

macam ni lah Moon Halo tu..
Kejadian itu diberi nama sebagai Moon Halo, kalau korang tak tau, korang boleh search google untuk tau lebih lanjut.. Tapi takpe, sebab mungkin di lain masa nanti korang boleh tengok kejadian tu.. Aku nak ceritakan yang malam tadi aku sempat jugak lah tengok bulan tu..

Tapi aku bukan tengok masa time2 orang masih berjaga.. Aku tengok masa pukul 12 tengah malam, itu pun selepas terbaca status dekat facebook kawan aku.. Bila aku tengok bulan tu, maka muncul lah niat aku untuk mengambil beberapa gambar menggunakan kamera aku..

Setelah bersedia membawa kamera, maka aku menghalakan lensa kamera aku kearah bulan.. Aku klik sekali, namun kamera aku seakan2 mati.. Aku tak puas hati, aku klik lagi sekali, tapi benda yang sama berlaku lagi.. Entah macam mana aku boleh teringatkan sesuatu..

Aku teringatkan kata2 member yang kalau kita amik gambar, tapi kamera tu tiba2 macam mati sendiri.. Itu tandanya ada makhluk lain tengah lalu.. Bila aku terfikirkan benda tu, maka aku terus masuk ke rumah.. Aku terus menyimpan kamera aku tu..

Plan nak tengok gambar tu pagi ni, tapi sebab pagi ni aku ada kelas, so terpaksa lah aku tunggu sampai habis kelas malam ni.. Korang agak2 lah, betul tak apa yang member aku tu cakapkan??

P/s : Sebelum ni aku pernah jugak tengok Moon Halo ni, tapi takde pulak dorang heboh2kan..

4 comments:

dhiera said...

dah tgk belum gambar ye~
tah betul ke x kawan kamu tu~

aleen aiden said...

xpnah dengar plak org ckp mcm tu.hu3.smalam jenguk juga ke luar rumah.bulan betul2 atas kepala.sakit mendongak lama2.hu3

khairul said...

Jom layan Esso autoshow.http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/esso-seberang-jaya-autoshow-part-1.html

teha said...

cantek nyee bulan tu !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...