Maafkan aku sayang ku, aku sudah tidak dapat bertahan lagi untuk meneruskan perjuangan ini.. Sudah terlalu lama aku bertahan dan kini sudah tibalah masanya untuk aku pergi meninggalkan kamu.. Bukan kerna kamu pernah melakukan kesalahan..

Jangan lah kau tangiskan lagi, aku tidak mahu kau mengalirkan air mata mu yang sungguh berharga itu diatas kejadian ini.. Apa yang aku mahu hanyalah, kau lupakanlah janji2 yang pernah aku tabur dahulu.. Janji dimana aku akan setia bersama dengan kamu setiap masa..
Tidak mengapa, kau boleh memarahi aku atas janji yang aku beri dahulu.. Tapi kau tahu tak mengapa aku terpaksa memungkiri janji itu..?? Sebabnya sekarang ni dah pukul 4 pagi, esok pagi aku ada kerja.. So sekarang aku kena tidur..
Takkan lah sepanjang malam aku kena bersembang dengan kau dalam phone ni.. Taulah yang ko guna bil, so takdelah ko nak risau sangat.. Tapi yang problemnya, bil tu aku pulak yang kena bayarkan.. Hish, tengok kan dah hilang dah kesabaran aku ni..
P/s : Janganlah calling lama2 sangat, kesian dekat pakwe tu sebab tak cukup tidur..hehe
4 comments:
Jom p autocity harini.http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/mean-machine-2011.html
hahha ! betol2.. smbg sikit2 dh laa..
uit sampai 4 pg tu~
Blog aku baguih sangat ka ? .http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/ehblog-aku-baguih-sanagt-ka.html
Post a Comment