Saturday, October 01, 2011

Zombie blog Arpiiz..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ceritanya bermula di sebuah blog dalam dunia maya.. Blog itu dikenali sebagai blog Arpiiz itu Nama ku.. Pada masa dahulu, blog ini amat terkenal sehingga seluruh dunia mahu mengunjungi blog ini.. Kata orang blog ini amat terkenal dengan cerita2 merapu dan merepeknya..

Kata orang lagi, cerita dalam blog itu mengandungi kadar kemerapuan yang tinggi, sehingga boleh membuatkan orang masuk hospital sebab ketawa berlebihan.. Malah Stephen Chow juga pernah mengambil satu cerita dari blog itu untuk dijadikan filem..

Dengar kata filem itu tidak dapat disiapkan akibat berlaku satu peristiwa aneh.. Menurut cerita2 krew yang membuat filem itu.. Mereka tidak dapat menyiapkan filem itu sebab cerita dari blog itu amat merepek, sehinggakan ketika penggambaran itu, semua pelakon asyik tergelak guling2 atas tanah..

Sejak dari peristiwa itu, blog itu sudah tidak dikunjungi lagi kerana ibu bapa telah melarang anak2 mereka untuk datang ke blog itu.. Maka kini blog itu sudah sunyi sepi, tiada siapa pun yang berani singgah melawat blog itu.. Dengar khabar juga, si pembuat blog itu pun sudah pergi meninggalkan blog itu..

Sehinggalah suatu malam yang sunyi, seorang budak lelaki sedang melayari dunia web atau dunia internet ini.. Budak ini bernama Lan, dia masih baru lagi dalam dunia internet jadi dia tidak tau dengan kemisterian blog itu.. Sedang dia mencari2 blog2 yang memaparkan cerita2 best, maka dia terjumpalah dengan blog itu..

Lan pun membaca lah entry2 dalam blog itu dengan penuh khusyuk dan tawaduk di dalam kegelapan malam.. Sedang dia membaca entry yang pernah menjadi pilihan Stephen Chow itu, tiba2 dia terdengar satu suara.. Suara itu datangnya dari speaker laptopnya..

Tapi aneh sebab Lan telah menutup speaker laptopnya itu.. Lan sudah mula ketakutan, dia cepat2 menutup blog itu, namun tidak boleh.. Berkali2 dia menekan butang pangkah dekat bahagian atas tu, namun tidak berjaya.. Lan bertambah takut lagi, dia pun segera mencabut bateri laptopnya..

Lampu di skrinnya sudah gelap, Lan menarik nafas lega.. Namun ianya masih belum berakhir lagi, sebab dengan tiba2 sahaja skrin laptopnya bercahaya walaupun baterinya sudah dicabut.. Kemudian muncul pulak sepasang tangan dari skrin laptop itu dan menarik baju Lan..

Di dalam bilik lain pula, ibu Lan terjaga dari tidur sebab dia terdengar bunyi bising didalam bilik anak dia itu.. Ibu Lan segera bergegas pergi melihat anaknya dan dia amat terkejut sebab Lan sedang ketawa berdekah2 dihadapan laptopnya yang tidak berfungsi..

Dengar cerita, sehingga sekarang Lan masih lagi ketawa dan tiada siapa pun yang tau apakah yang sebenarnya telah terjadi pada Lan masa itu.. Jadi sekiranya korang sedang membaca blog Arpiiz itu Nama ku, berhati2 lah sebab mungkin korang yang akan menjadi seperti Lan..hehehehe

P/s : Ini cerita rekaan je, jangan lah pulak korang ingat betul2 ye..^_^

6 comments:

Unknown said...

suka tengok cerita stephen chow ni...tak kering gusi cerita dia...

tak nak jadi mcm lan tu...hu3

Ezad Skytech said...

haha....lain macam je..seram pulak ada tangan keluar dari skrin...kena fikir banyak kali nak masuk blog Arpizz itu Namaku...hahha...

Unknown said...

hahaaa . gile sengal plus merapu gaban ..

mochachichifinaz said...

ekelehhhhhh....cerita dia boleh masuk world award dah . serious!! hahaha :D tunggu nak meletup kasi pecah itu malaysia je. >,< haha...

Aleen Aiden said...

trus tekan X sbb takot jd lan.keh3

Unknown said...

hahah hebat tul penangan blog tu.. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...