Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..
Pergghh, dah lama gila aku tak update2 blog ni.. Last entry aku ialah pada errrr, korang lah yang tengok sendiri, aku malas pulak nak pergi check..hehe. Tapi apa2 pun sebelum aku memulakan mukadimah untuk entry ni, aku nak minta korang ketepi dulu sebab aku nak sapu habuk2 yang ada dekat dalam blog ni..
Okay, dah siap dah.. Ya, menurut daripada tajuk dekat atas tu, aku macam nak buat review tentang game.. Tapi untuk pengetahuan korang, aku ni sebenarnya tak reti nak review mereview ni.. So kiranya ini aku cuma nak sharekan dekat korang lah macam mana perasaan aku tentang game ni..
Gamenya bertajuk Fatal Frame, nah tengoklah wallpapernya dekat sebelah tu.. Game ni menggunakan plantar/konsol PS2.. Ada 4 siri kesemuanya dan siri yang ke-4 menggunakan Wii.. Game seram dari Jepun ni memang betul2 mencabar keberanian sesiapa sahaja..
Kalau ada orang yang main game ni tapi cakap yang dia tak takut, itu tandanya yang dia tipu atau dia tu takde perasaan.. Aku yang main kejap dekat rumah kawan aku pun asyik terbayang wajah2 hantu dalam game tu..huhuhu
Jadi, sesiapa yang rasa nak menguji tahap keberanian tu, boleh lah cuba main game ni.. Aku nak ingatkan, bagi mereka yang lemah semangat, jangan lah cuba2 main game ni sebab ia mampu membuatkan demam selama 2 minggu (bergantung kepada tahap semangat korang)..
Okay, itu jelah yang aku nak tulis buat masa sekarang.. Kalau yang takde PS2 tu, korang cuma boleh tengok walkthrough dekat youtube jelah ye.. Kalau tak pun korang pinjamlah PS2 sepupu korang ke, jiran korang ke atau korang pergi beli terus ke..hehe
P/s : Game ni ada dalam versi bahasa Jepun dan bahasa English..
4 comments:
haha. dah memang penakut, ngaku jelahh :P
ce main tgh2 malam.mesti best gila.feeling tu nak tido terbayang2...har2
2minggu je ker demam?? xleh upgrade?? hihi
shedameor >> haha, mane boleh mengaku, segan lah..
aishah >> memang tak tidur lah kalau macam tu..hehe
aynie >> kalau lebih2 takut penyakit lain pulak jadinya..huhu
Post a Comment