Friday, December 09, 2011

Sekali kantoi lah pulak...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

I see what you did....
Ini lah akibatnya bila kita tidak berhati2 dan lalai ketika melakukan tugas.. Akhirnya dengan mudah sahaja musuh mengetahui lantas mematahkan semua pelan dan strategi yang telah kita fikirkan.. Aku dah agak dah yang benda ni mesti akan berlaku punya..

Wah, ni apahal pulak aku ni.. Siap ada perkataan musuh lah, strategi lah.. Dah macam pergi berperang lah pulak.. Okay, kepada mereka2 yang masih bingung dengan benda yang aku tuliskan dekat atas tu, sila teruskan pembacaan anda ye..

Sebenarnya macam ni, aku sememangnya suka sangat tidur lambat.. Entah kenapa aku suka sangat tidur lambat pun aku tak tau lah.. So, bila tidur lambat ni kadang2 aku akan berasa lapar sehinggakan aku perlu melangkah ke dapur untuk menyelongkar apa yang ada di dapur tu..

Maka kejadian malam tadi pun berlaku.. Ketika aku sedang senyap2 menyelongkar dapur untuk mencari meggi yang telah aku nyorokkan siang tadi.. Tiba2 ada satu benda menyentuh kaki aku.. Bila aku pandang je ke bawah, aku ternampak ada tangan sedang memegang kaki aku..

Err, macam tak logik pulakkan.. Sebenarnya ada lipas yang terlanggar kaki aku.. So bila dah jumpa meggi yang aku sorokkan tu, maka aku pun mulakan lah sesi masak memasak.. Setelah aku siap masak maka aku pun hidangkan lah meggi perasa kari dicampur dengan telur tu ke dalam pinggan..

Tatkala aku baru je nak masukkan sesudu ke dalam mulut aku.. Tiba2 salah seorang adik aku keluar dari bilik dan ternampak lah aku yang sedang ternganga dengan sudu berisi meggi dihadapan mulut aku.. So, korang mesti dah tau apa yang terjadi selepas itu kan..??

Jadi, moral of the story ialah, kalau nak makan meggi sorang2, sila pastikan untuk memastikan (err, betul ke ayat ni..??) semua orang dah tidur dengan lena tau..

P/s : Perenggan pertama tu takde point pun, saje je nak menambahkan bilangan perenggan..hehehe

5 comments:

JR said...

Nasib baik tak makan lipas tu dlm gelap...

Tajuk entri terbaru di blog JR: "Kisah Lelaki Ayu Yang Digilai Ramai Lelaki"

NUR AYNIE said...

ingatkan kucing yg pegang kaki hihihi

teha said...

mujo aku xske mkn meggi.. hehe

Anonymous said...

ooo..citer pasal maggi ek..haha..jalan2 sini..

sayA tonaH said...

adik pown lapar jgk rupenye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...