Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..
Malam ni aku nak bagitau dekat korang semua, pengalaman aku dalam siasatan untuk mencari blogger yang paling legend.. Ini pun adalah disebabkan permintaan kawan aku, katanya yang ramai blogger2 baru tak kenal dia.. Aku pun pelik dengan apa yang kawan aku cakap kan tu..
Kalau dah legend tu patutnya mestilah makin dikenali.. Ini tidak, ada pulak makin dilupakan.. So, aku telah diminta untuk menyiasat mengapakah blogger legend tu telah dilupakan oleh warga2 blogger di dunia blog ni.. Pada awalnya aku menolak permintaan kawan aku tu..
Tapi bila dia sudah menawarkan aku wang tunai sebanyak USD 10 juta, maka aku terpaksa jugalah membuatnya.. Benda first sekali yang perlu aku buat untuk memulakan siasatan ini ialah membaca bismillah.. Yelah, setiap melakukan apa pun mestilah dimulakan dengan itu kan..
Sambung balik kepada kes siasatan aku ni.. Selepas itu aku perlu mencari alamat blogger tu, bukan alamat rumah, tapi alamat url blognya.. Bila dah dapat barulah boleh cari alamat rumahnya pulak.. Aku nak buat apa dengan alamat rumahnya tu..??
Mestilah aku nak buat panduan untuk aku pergi beraya ke rumah blogger tu.. Hehe, takkan lah aku nak buat macam tu pulak kan.. Aku mestilah pergi ke rumahnya untuk bertanyakan kepadanya mengapa dia sudah tidak dikenali oleh blogger2 sekarang..
Bila aku sampai dihadapan pintu rumahnya, maka ucapan salam aku hulurkan.. Senyap sunyi je, aku pun mengambil keputusan untuk masuk kedalam rumah itu memandangkan pintunya pun tak berkunci.. Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat (lihat gambar dibawah)
Ya, itulah yang aku nampak.. Nampaknya blogger tu telah lama mati, dan matinya pula dihadapan komputer.. Bila aku lihat komputernya, dia sebenanrnya baru siap menaip entry terakhirnya.. Tapi belum sempat dia nak post entry tersebut, dia telah mengalami sakit jantung dan mati serta merta..
Moral of story :
* Mati tidak mengira masa dan tempat.
* Jangan asyik menghadap blog, benda lain kena juga buat..
* jangan lupa makan ubat kalau dah tau diri tu ada penyakit..
* Kenali jiran anda, anda mampu mengubahnya..(ni apa jadahnya ni..??)
P/s : Aku nak buat entry lain, tapi entry cerita pulak yang jadi..huhu. And nak bagitau yang ini ialah cerita rekaan je ye..
6 comments:
nice post my friend try to put translator
2Peeeps Health and Fitness
ade2 je la arpizz nie hahah~
seb baik bukan aku yg legend
blogger legend ek? huhu
gulp....entri ni penuh makna tersirat ni...huhuhu...
har3....blogger legend dah kojol...moral of story xpyh la jd blogger legend..eh apa kaitan kan?
Post a Comment