Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..
Mengapa kau tergamak untuk melakukan perkara ini terhadap aku.. Mengapa kau mahu tinggal kan aku tatkala kita sedang didalam kebahagian.. Mengapa kau sanggup rampas keceriaan yang sedang kita miliki bersama.. Sudah 2 tahun kita bersama..
Apakah kau sudah lupa siapakah yang menjaga kau ketika kau sakit dahulu.. Ketika penyakit yang kau hidap itu memberitahu yang kau tidak akan mempunyai banyak masa untuk hidup.. Namun hasil berkat aku kehulur kehilir mencari penawar bagi penyakit kau, maka sihat juga tubuh kau..
Sudah kah kau lupa, siapakah yang sentiasa menemani diri kau setiap masa.. Walaupun aku sentiasa sibuk dengan tugasan aku, namun akan sentiasa aku meluangkan masa untuk menemani kau.. Apakah kau sudah melupakan perkara2 itu..
Jika benar kau tidak melupakan perkara2 itu, mengapa kau perlu mahu pergi meninggalkan diri aku buat selama2nya.. Aku sangat sedih bila mengetahui yang kau mengambil keputusan untuk meninggalkan aku.. Jika tiada kau, dengan siapakah lagi aku mahu bermain..
Dengan siapa lagi aku perlu menghabiskan masa2 aku.. Janganlah tinggalkan aku, aku merayu kepada kau.. Aku tak sanggup kehilangan kau yang pada aku amat berharga.. Namun jika kau berkeras juga mahu pergi, aku terpaksa jugalah redha..
Apalah daya aku untuk menghalang diri kau.. Tapi satu sahaja aku nak bagitau, jika kau sudah tiada, mungkin aku memerlukan masa untuk mencari pengganti diri mu..
P/s : Ini ialah cerita diantara penulis dengan laptopnya yang sudah mula rosak, sekian terima kasih...
4 comments:
laaa...nk sedih dah..bila bc ending x jadik nk sedih..li baru jer..huhu
haahaahaa...laptop rosak sempat lagi kamu berblog ya?hebat2......
selalu kna tipyu kat tuan blog nih..addooiii...
penulisan kreatif!
thumbs up!
alahai...sedihnya citer ni, ingat pasal kapel tadi rupanya laptop dengan tuan rupanya....he3 terbaiklah!
ingatkan dengan kasut...ekeke
Post a Comment