Sunday, April 24, 2011

Aku anti orang yang mencarut..!!!

Salam malam buat para readers a.k.a pembaca semua.. Apakah korang dah mula mengantuk..?? Laa, ada yang dah buat peta dunia atas keyboard tu.. Ish2, mujurlah keyboard murah yang beli dekat Chow Kit (err, Chow Kit ada jual keyboard ke..??).. Kalau mengantuk tu pergilah tidur, esok boleh berblogging lagi..

Aku pun belum mengantuk lagi, tapi mungkin akan terlelap di sebelah lappy ni sebab tanda2 untuk terlena dibuai mimpi ni sudah mula timbul.. Ketika korang membaca ayat ni, aku tengah blank tau, tak tau nak tulis apa2.. Jadi kemungkinan untuk entry ini dalam keadaan terbantut amatlah tinggi ye.. (maksudnya entry pendek lah..)

Sambil menaip ni pun tengah memikirkan sesuatu yang patut ditulis.. Aku rasa nak tulis tentang sikap manusia lah.. Boleh tak..?? Kalau tak boleh korang bagitau ye..^^ Okay, sejak aku hidup ni aku rasa aku dah jumpa macam2 manusia dah.. Ada yang okey, dan ada yang tak okey langsung..

Namun bagi aku antara sikap yang aku paling tak suka ialah sikap mulut tak reti jaga.. Bukan yang suka buat fitnah tu, tapi itu pun aku tak suka juga.. Tapi yang mulutnya macam longkang, tau nak mencarut je kerjanya.. Sembang2 biasa pun nak mencarut, kalau marah lagi lah segala macam ayat yang keluar..

Aku ada kawan yang macam ni dari sekolah rendah, lepas tu pindah sekolah menengah pun ada yang macam tu juga.. Masuk dekat U pun ada yang mulut macam tu juga.. Aku sendiri tak tau kenapa aku tak boleh dengar kalau orang mencarut.. Bila aku dengar aku rasa macam nak mengamuk je..

Untuk mengelak kan aku tak bertumbuk dengan orang, maka aku pun angkat kaki dulu kalau orang tu start mencarut.. Aku rasa mungkin sejak dari kecik lagi aku sudah diajar yang perkataan tak elok dan tak boleh digunakan.. So bila dah besar ni nak sebut perkataan tu pun rasa sangat susah..

Kalau korang nak bersembang dengan aku silalah jaga mulut tu, janganlah keluar perkataan sensor2 tu.. Bila aku baca komen2 yang ada perkataan mencarut tu pun aku boleh angin.. Kalau korang macam mana..?? Pernah tak jumpa dengan orang yang macam ni..??

P/s : Hope dalam blog aku ni pun takde perkataan yang mencarut..

8 comments:

farah wahedda said...

adew je boleh dikatakan ramai laa yg ske sngat mencarut ...entah laa rase macam nak lari ke planet pluto je hehehehhe

NUR AYNIE said...

xbaik carot mencarot nie ishhh

aNis sHazLiN said...

aduhhhh...pantang betul org mencarut ni! nak bakor2 jew! huh!

cik ina said...

blog saya mencarut tak ??ehhe
satu pertanyaan ikhlas ni,arpiiz.

Arpiiz said...

farah waheda : jom2 kita pergi planet pluto, nak naik roket sapa ni..hehe

nur aynie : memang tak baik, lagi baik kalau makan carrot..^^

anis : kalau boleh bakor memang nak bekor gak ni..hehe

cik ina : err, buat masa ni takde rasanya..

atiey azha said...

selalu kalau member bertemu member mesti ada .

"woii sial ! aku ingat kau dah mampos . hidup lagi rupanya ."

perhhh .. ayat baik punya minta penerajang . watchaaa ! hahaa

NURUL NADIAH MAMAT said...

manusia...kadang2 fikiran tetiba jadi tak waras....
p/s : paling banyak manusia mencarut bila marah....so...kawallah marah anda....

Far8 budak baik said...

aku terase lahh..haha tq tq
kadang2 aku terlepas mcm tu kn..
habit kot..haha..adoyai..maaf maaf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...