Saturday, April 23, 2011

Jom sarapan pagi...

Salam buat readers yang bersepah dekat luar sana tu.. Okay, macam tak elok pulak guna perkataan bersepah, apa kata kalau aku guna perkataan lain pulak.. Aku ulang balik ye.. Salam buat para readers yang berada dekat luar tu... Okay tak ayat ni..??..hehe

Siapa dekat sini yang belum sarapan lagi, kalau ada yang belum tu, pergilah sarapan dulu.. Takpe, lepas makan nanti kalau korang nak baca balik entry ni pun tak pe.. Bajet macam ada orang yang beria2 je nak baca entry aku ni, tapi kalau ada apa salahnya..^^

siapa nak mee ni boleh lah amik gambar ni..hehehe
Kata orang yang sarapan pagi itu penting, korang ada cakap macam tu tak..?? Memang betul pun apa yang orang cakap tu, sebab makan sarapan akan memberikan kita tenaga sepanjang hari.. Namun aku bukanlah jenis yang selalu makan sarapan..

Ada macam pelik sikit tak, mestilah korang tak pelik sebab ramai lagi orang yang selalu tak sarapan.. Tapi kalau orang lain tu mungkin sebab dorang sibuk, so dorang pun takde lah sempat nak bersarapan.. Aku pulak biasa tak makan sarapan atas alasan takde selera..

Tak tau lah kenapa, bila pagi aku rasa macam malas nak makan.. Kalau masa sekolah dulu, pagi2 cuma minum air je, lepas tu kalau nak makan nasi ke apa, aku cuma makan masa balik rumah je.. Kenapa aku tak beli makanan dekat kantin je..??

Sebabnya aku ni seorang pemalas untuk beratur panjang membeli sepinggan nasi.. Sampai aku masuk U ni pun aku masih macam tu.. Kawan2 aku pun pelik bila dorang jarang sangat nampak aku makan.. Sampai ada hari tu member aku nak belanja aku sebab dia ingat yang aku takde duit nak beli makanan..

Tapi walau macam mana pun kalau aku dah lapar sangat, contoh macam malam tadi aku tak makan apa2.. So bila paginya aku makan lah juga sarapan.. Korang pulak macam mana..?? Apakah korang jenis macam aku atau jenis yang nak kena makan sarapan juga..??

P/s : Nak pergi makan mee goreng lah, korang nak juga ke..hehehe

1 comment:

atiey azha said...

kita sama . kalau masa sekolah dulu2 , berbuih mulut mak ngan ayah suruh sarapan . atiey betul-betul takda selera nak makan pagi . nak menghadap lagi lahh . takat minum air seteguk , pastu blah ..

kalau dekat kampus lak , member kata . baguslah kau ni . senang nak kahwin dengan kau . tak banyak makan . jimat beras . hohooo !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...