Tuesday, April 19, 2011

Permulaan hari itu penting..

Salam buat para readers yang sedang sibuk menatap wajahnya dihadapan laptop tu.. Okay, aku mulakan entry aku ini dengan memakan nasi goreng yang telah di buat oleh orang yang aku paling sayangi.. Siapakah orang itu..?? Korang jangan jeles ye kalau aku bagitau nanti (err, ada ke yang nak jeles)..

Orang itu adalah ibu aku sendiri, ala lagi pun mesti lah korang dah tau kan..^^ Setelah melahap nasi goreng yang sememangnya pilihan hati dan jiwa raga ini.. Aku pun start lah membuat entry ini sambil memikirkan apakah ayat yang aku nak letak didalam entry ini..

Korang boleh bagi idea tak supaya aku dapat menyusun ayat2 yang indah boleh dijadikan satu entry.. Okay lah, aku tak nak kacau korang lah, biarlah aku fikir sendiri (buat2 merajuk).. Ah, stop it arpiiz, just continue what are you going to tell them (ceh, nak speaking lagi tu..)..
bangun pagi yang ceria dapat menjadikan hari lebih gembira

Tahukah anda yang seekor ular sawa mampu membelit manusia sehingga dapat mematahkan tulang manusia itu tersebut.. itu fakta tau, ini cerita betulnya.. Permulaan hari itu amatlah penting bagi setiap orang, korang setuju tak..??

Korang paham tak maksud aku ni..?? Permulaan hari yang aku maksudkan ialah tentang bagaimana korang berfikir dari saat korang bangun tidur tu.. Sekiranya korang bangun2 tidur terus rasa sedih, maka hari itu korang akan sentiasa berasa sedih.. Dan begitu juga yang sebaliknya..

Jadi bagaimana cara untuk mengubahkannya..?? Caranya ialah dengan sentiasakan berfikir bahawa akan berlaku sesuatu yang baik dekat korang hari ni.. Korang juga boleh cuba melupakan perkara yang membuatkan korang sedih tu.. Dengan cara ini korang pasti akan dapat menukarkan aura sedih tu kepada aura gembira..

Apa gunanya aura itu..?? Err, yang itu mungkin aku akan kupaskan untuk entry yang lain pulak.. Kalau korang rajin, korang boleh je search dekat google tu.. Tapi apa yang penting sekali ialah sentiasa bersifat optimistik jika mahu satu hari itu dipenuhi dengan perkara yang gembira..

P/s : Agak2 aku boleh jadi penceramah motivasi tak..hehehe

6 comments:

zaidah said...

mulakan harimu dengan senyuman.....semoga sepanjang hari penuh dengan senyuman

Sunah Sakura said...

yesssss! hari ni nak wat keje!!!

LindaRahim said...

sgt faham...permulaan hari sgt penting...mulakan hari dgn fikiran yg tenang dan positif...ceria dan bersemangat...solat subuh dan doa mohon dirahmati...

Unknown said...

bangun tido terus senyum..supaya mood anda happy hari itu....

mykhalis said...

hehe..ini ideal unutk jadi motivator gitu..tapi mmg betul..kalau kite bangun pagi moyok..mesti hari tue ada something wrong..kan?

amal said...

sebut pasal aura,teringat pulak kat aura mawi dulu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...