Sunday, April 17, 2011

Dimanakah terletaknya kefamousan seorang blogger..??

Tu dia, tengok tajuk pun dah macam rasa lain je menyebutnya.. "Kefamousan"..?? Mana lah datangnya perkataan tu, ni kalau si pembuat kamus dewan bahasa dan pustaka tu baca, mesti menangis terharu (ye ke..?).. Tapi tak mengapalahh, asalkan korang faham apa yang aku cuba sampai kan sudah lah..

Andai kata ada yang tak faham juga dengan apa yang aku tulis ni, korang bacalah sampai 3 kali, lepas tu baru komen ye..hehe. Taklah, kalau korang tak faham korang terus je komen, ala macam tak biasa pulak bila datang dekat blog aku ni..
"Eh, aku belalang, bukan nujum pak belalang."

Kita kembali kepada perbincangan kita pada malam ini.. Dimanakah terletaknya kefamousan seorang blogger..?? Adakah di kerisnya, atau di kekuatannya.. Eh2, silap ayat pulak, ni kes terpengaruh dengan cerita nujum pak belalang lah ni..

Aku bagi beberapa pendapat aku ye, diingatkan ini cuma pendapat sahaja.. So korang tak payah lah nak merajin kan jari korang untuk marah2 dekat aku nanti.. Korang baca lah pendapat aku ni..

* Melalui entry.
= Yang ini aku percaya lah juga.. Entry memainkan peranan penting untuk buat orang kenal blogger tersebut..

* Melalui personaliti
= Maksud aku melalui sifat dorang lah contohnya dorang tu cantik ke, hensem ke..??

* Melalui kepandaian blogger tu..
= Kepandaian yang aku cuba maksud kan ialah betapa kreatifnya seorang blogger itu..

* Melalui kelancangan blogger itu..
= Err, korang tau tak maksud kelancangan tu apa..?? Menurut kamus lancang itu kapal layar, lagi satu biadap.. Tapi takkan pula "melalui kapal layar blogger itu"..?? so korang tau maksud aku apa kan..

Okay, cuma itu je yang dapat aku fikirkan buat masa ni.. Kalau korang ada apa2 pendapat mahu pun kemuskilan.. Sila hubungi nombor yang tertera di kaca laptop korang.. Err, tak tertera ke..?? Kalau macam tu korang kena jugalah pergi dekat bahagian komen dan tulis apa yang korang nak tulis..^^

9 comments:

fareiyka said...

hoho.. nice. . "kefamousan" ea ??

| gad1s s0ypans | said...

hikhikhik.....

bg0s....
pas nie bley yar gad1s jadik femes.....

c(=

KUREKURE COMEL said...

hehehe...mina jgk insan biasa....

kalau pemes sgt tak best....hehehe

www.fierapirot.bolgspot.com said...

betul2..pendapat yang boleh digune pakai..^_^..singgah2 jap.pas 2 bace..and follow u..


http://fierapirot.blogspot.com/2011/04/5-golongan-blogger-yang-rugi.html

mykhalis said...

famousnya seorang blogger pada trafiknye..ok.. kalau entry juta2..follower juta..trafik tak juta..tak power,,hehe

Opah Kentang said...

kefamousan seorang blogger tu bergantung pada cara blogger tu promosi kan blog dye kot.
huhu :P

M a W a D D a H said...

setuju kate mykhalis tue...hehehe

NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN.. said...

how about my blog?? kategori mana erk???

cik ina said...

melalui kelancangan tu,memang paling senang femes..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...