Friday, April 08, 2011

Keadaan yang aku tak suka sangat..

Salam buat korang semua, terutama bagi readers lah, kalau yang setakat singgah tu sempat ke nak jawab salam aku ni.. Hari ni aku agak dalam kebingungan atas sebab2 tertentu.. So, bila lepas korang baca entry ni dan membuatkan otak korang rasa bingung, jangan lah salah kan aku ye..hehehe

Macam yang korang tengok dekat bahagian tajuk tu.. Laa, ada yang tak tengok tajuk ke, pergi tengok cepat bukan lama sangat pun.. Dah baca ye, okay aku teruskan kepada ayat2 yang seterusnya.. Banyak keadaan yang boleh berlaku dalam masa beberapa minit sahaja, jadi terpulang sama ada keadaan itu buatkan korang happy atau tidak..

Namun sebegitu ada beberapa keadaan yang aku paling tak suka.. Seboleh2nya aku nak elakkan benda ni dari terjadi dekat aku..Korang nak tau ke..?? Mestilah korang nak tau kan, kalau tak buat apa korang baca entry ni.. Yelah2, aku citer kan lah ni..

Motor tiba2 mati di jalan yang lenggang.. Antara banyak2 keadaan, keadaan ini lah yang paling aku tak suka.. Sebabnya aku bukan jenis yang reti godek2 motor, kalau komputer mungkin okay la kot.. Aku dah banyak kali kena, terutama time hujan, memang tension je buatnya..huhu

Orang kacau tidur aku, keadaan ini pun aku tak suka sangat sebenarnya.. Bayangkanlah masa korang tengah mimpi jumpa dengan Misha Omar, tiba2 orang kejutkan.. Kalau orang tu kejutkan aku atas sebab2 yang munasabah aku boleh la terima .. Tapi kalau orang tu kejutkan aku dan bagi alasan yang munasarawak (kenapa mesti serawak), memang kena speaker la..

Yang ketiga pula bila orang paksa aku bagi keputusan dalam masa yang singkat.. Keadaan ini akan membuatkan aku stress yang tidak dapat dibendung.. Bila aku stress maka aku akan mulalah bertukar jadi macam batman dekat bawah ni.. Selepas aku dah bertukar korang boleh lah fikir2 kan apa yang akan berlaku pada masa tu kan..
Okay, cuma itu je cerita untuk petang ni.. Nak pergi hantar motor dekat bengkel lah.. Nak suruh check apa masalahnya.. Kopak lagi duit aku nanti..huhu.. Korang ada tak keadaan yang membuatkan korang rasa benci or tak best..??

6 comments:

farah wahedda said...

SY benci kalau ada orang kacw sy makan hahahahhaha

MissNadh said...

ade,kalau ade orang pandang kite atas bawah cam tak puas hati..adeiii,aku de buat salah ke?hampeh sungguh la~

::نور فيلزاتي:: said...

keadaan yg tak best bila kita tgh mimpi terindah, lepas baik punya kawan sebilik kejut bangun subuh. it's okay laa kan sbb kejut bangun utk solat, but mimpi tu takkan b'ulang dahh. :(

terataiflowerz said...

xsuke bile keadaan mood elok tp dirosakkan oleh org2 yg menyakitkan at

NICK IRFAN said...

aku pun x ske jgk situasi ni

cik ina said...

jangan kacau masa tengah chat dan buat entry untuk blog..hehe..idea akan hilang serta merta.memang hangin jugak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...