Saturday, April 30, 2011

Perkara pelik bila aku buka blog aku..

Salam buat para readers a.k.a pembaca blog ini.. Bagi mereka yang tengah makan tengahari tu, teruskan sesi makan tengahari korang tu, nanti barulah tak rasa lapar masa baca entry ni.. Aku ni pun belum makan lagi, nanti lah kalau rasa rajin barulah jenguk2 dapur tu..huhu

Nak menaip ni pun rasa malas je, tak tau lah kenapa pulak hari ni.. Mungkin sebab hari ni hari yang agak boring kot.. Tapi aku rasa hari2 sama je, takde pun apa2 yang lain sangat.. Okaylah, aku tak tau nak tulis apa dekat entry ni sebab time aku taip ni mata aku rasa makin mengantuk pulak..

Owh ye, aku nak cerita dekat korang satu benda yang aku rasa pelik sikit lah.. Entah kenapa bila aku bukak je blog ni, aku rasa mengantuk.. Nak menaip pun dah rasa blurr je, and penjana idea untuk mencipta ayat2 merepek pun tidak berfungsi dengan baik..

Agak2 korang kenapa ye.. Apakah blog aku ni mempunyai pil tidur yang disebarkan melalui pandangan sahaja.. Kalau betul itu memang sesuatu yang aneh lah, sebab aku tak pernah lagi dengar benda yang boleh disebarkan melalui pandangan..

Tapi yang tensionnya, lepas aku tutup komputer aku ni elok pulak mata ni segar bugar ibarat segarnya udara di waktu pagi.. Dan time tu jugalah idea untuk ayat2 merepek datang mencurah2 ibarat air terjun Niagara tu.. Biasanya kalau benda tu berlaku, terpaksa lah aku membiarkan ianya berlalu sebab dah malas nak tunggu komputer ni on semula..

Adeh, aku terpaksa juga menamatkan entry ni sebab mata aku betul2 dah tak boleh nak bukak.. Ni pun aku taip sambil tutup mata, aku nak pergi tidur kejap lah ye.. Selamat berehat korang semua..^^

P/s : Korang ada tak rasa macam aku ni bila korang nak bukak blog korang...??

5 comments:

farah wahedda said...

huhuhu ape ke pelik tu..ingatkan buku je yg boleh buat kita gantok ..blog pon sama jugak??...farah rase ni mesti ada bacteria2 gantok kat blog arpizz huhuhu

Ini Kisah Tia said...

pelik benor . macam dah jadi pil tidur pulak laptop tu . hehe ! Tia boleh dapat idea nak post entri bila baca entri orang .

cik ina said...

rasa-rasanya belum lagi kot mengantuk bila bukak blog..seronok je baca blog orang.

Rafidah Farhana said...

kalau bukak buku cayelah jugak.
Ape punya penyakit alien ni. Hahaha.

ADAM said...

63 entry utk april..wow..bnyk sangat lah apis.. letih aku nk pollow.. hang ni menyeksa follower hang ajer . kasihani lah kami warga veteran ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...