Saturday, May 14, 2011

Ni blog sapa yang buat macam ni..!!!

Salam buat kesemua para pembaca yang sedang membaca ayat di entry dalam blog ini.. Untuk entry ni aku tak tau sama ada aku nak tension, bengang, marah atau ketawa berdekah2.. Di hujung entry ni nanti korang tentukanlah apa yang aku patut buat ye..

Macam ni ceritanya, malam tadi seperti biasa selepas aku mengepost entry berkaitan bunyi loceng aiskrim tu.. >> Entry ni.. Aku buat lah aktiviti membalas komen2kepada meeka yang telah memberikan komen pada entry2 sebelum ni.. Selepas membuka tab dalam jumlah yang banyak, maka aku pergilah ke dapur untuk minum..

Tiba2 muncul satu suara yang kali ni memang jelas aku dengar.. Kalau adik2 aku tak tidur lagi tu memang dia akan tanya dekat aku bunyi apa tu.. Aku bergegas ke ruang tamu untuk memastikan yang bunyi itu bukan datang dari lappy aku..

Tapi malangnya bunyi itu memang dari lappy aku.. Korang nak tau aku dengar bunyi apa..?? Ianya bunyi lagu dari cerita ceplos, kan lagu tu masa awal2nya ada rentak macam seram kan.. Aku tengok aku punya wayar headphone tercabut dari tempatnya, sebab tu bunyi nya kuat..

Aku pun apa lagi, cepat2 pasang balik wayar headphone aku tu dekat lappy aku ni.. Sekarang ni aku nak tanya, sapa punya blog yang ada pasang lagu ceplos ni.. Mujurlah bukan suara2 yang mengilai keluar, kalau tak memang aku dah tidur awal malam tadi..hehe

Cepat mengaku, aku nak suruh dia tukar kepada lagu nasyid..hehehe. Hah, macam mana ni..?? Apakah aku patut marah atau ketawa dalam entry ni..?? Sila bagi jawapan dalam ruangan kosong di tempat komen tu ye.. Entry yang serupa dengan kejadian ini ialah entry ini.. >> Bunyi misteri di tengah malam

P/s :  Sepatutnya entry ni muncul semalam, tapi sebab blpgspot buat hal, aku postkanlah hari ni..huhu

9 comments:

Ferfarfer said...

HAHHAHA CM TAKDE LAGU LEN NAK LETAK LAGU TUH KAN!

Dayana Z said...

erkk huhu :P

NurWahidah Abdullah said...

agaknye die minat sgt lagu tu..

Xyz said...

haha. lagi sekali post arpiz lawak.

farah wahedda said...

hahahahah ada jugak orang pasang lagu2 cam tu

amal said...

haha..lagu ceplos.baik x yah letak lagu je.

Unknown said...

alamak ! Tia tak tau pulak lagu tu . nanti nak search r . hehe

Misty Melor said...

hahaha... adoiii gelak dulu... hahaha...

Muhammad Izuan said...

say no to lagu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...