Thursday, May 05, 2011

Mengantoknya lah...~_~

Alahai, petang2 ni pun still mengantuk lagi.. Agak2nya adakah ia mempunyai petanda2 tertentu kalau kita rasa mengantuk ni.. Siapa tau sila bersila tapi kaki kena lurus.. Hah, tak tau korang macam mana nak buat bersila tapi kaki kena lurus..

Kalau korang nak aku ajarkan boleh je, tapi sebagai permulaan korang kena lah pergi bertapa di gua batu emas selama 3 hari 2 tahun.. Ish2, aku ni tak abis2 nak merepek sebagai kan.. Aku kena pergi berubat ni, kalau tak makin melarat penyakit melalut ni..

Berbalik kepada tajuk yang telah aku nyatakan dekat atas tu.. Mengantok ialah seekor raksasa yang wujud dalam badan kita, tujuan dia ialah supaya kita tidak dapat melakukan kerja dengan bersemangat.. Eh2, silap pulak, itu kalau malas..

Ala, takkan lah aku nak kena bagitau dekat korang apa itu mengantuk.. Kalau ada yang tak tau juga meh sini aku bagi tau dari segi teori aku.. Mengantuk ialah satu keadaan yang membuatkan korang rasa nak baring diatas katil yang empuk bertemankan bantal peluk yang besar gedabak..

Ada beberapa faktor yang membolehkan korang rasa mengantuk pada waktu petang.. Di bawah ni aku bagi senarainya ye.. :

* Penat selepas melakukan aktiviti yang banyak.
* Makan banyak, orang masa petang cuma makan biskut je, bukan makan ayam golek..hehehe
* Boring tahap dewa.
* Kadar oksigen dalam kepala korang sudah mula berkurang
* Sebab korang rasa mengantuk lah..

Okay, itu sahaja faktor yang dapat aku fikirkan masa ni, kalau korang nak tambahkan lagi pun boleh, takde hal lah... So, apa yang korang nak kena buat kalau dah mengantuk sangat ni...?? Korang pergilah tidur sekejap, tapi pastikan sekejap je tau..

Korang percaya tak, kalau masa petang korang dapat lelap dalam masa 5-10 minit, bila korang bangun mesti segar macam korang dah tidur selama 8 jam.. La, korang tak percaya ke..?? Kalau tak percaya korang boleh tidur petang ni, tapi sebelum tidur tu korang suruh lah member korang kejutkan lepas 10 minit korang tidur..

Sebab aku dah test dan buat ujikaji ni, so aku pun berani lah bagitau dekat korang.. Kalau korang teringin nak aku jelaskan secara saintifik aku rasa korang kena lah lupakan keinginan korang tu.. Sebabnya aku tak reti dan aku tak tau nak menjelaskannya..huhuhu

P/s : Kalau tak menjadi, itu tandanya korang terlampau penat, so sambung tidur lepas maghrib nanti ye..hehe

4 comments:

Unknown said...

tgk blog lama2 pun leh ngntuk nie....huarrrr zzzZzzzz

Misty Melor said...

betul2... kadang2 tu... sekejap je tido dah puas ... tido berkualiti.. kadang2 alhamdulillah terjaga kul 3/4 pagi.. sbb dah rasa taleh tido.. boleh bangun tahajud sat :)..

farah wahedda said...

ehh ykew...alaa tapi dh mahgrib la sob3

Unknown said...

boleh ke macam tu ? nanti tak cukup 10 minit tuu . hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...