Monday, May 23, 2011

Sesat di dalam ayat2 mengarut...huhu

Salam buat para readers aku yang sungguh cantik dan hensem pagi ni.. Walaupun aku tau ada yang masih belum bangun tidur atau pun pergi mandi.. Takpelah aku puji pagi2 ni, bukan selalu pun aku puji korang, betul tak..?? Jadi kepada mereka yang belum mandi, pergilah basuh muka sekurang2nya..

Yelah, nanti kalau mak atau roomate korang tengok, takde lah kena kutuk baru bangun tidur.. Korang pun janganlah risau sebab masa aku tulis entry ni pun aku belum mandi lagi, tapi masa korang baca ni aku dah berbau wangi lah..hehe

Jadi apa benda yang aku nak tuliskan pagi2 ni.. Hmm, aku sendiri masih tak pasti aku nak tulis tentang apa.. Kalau aku tulis tentang macam mana gaya aku tidur, agak2 korang nak baca tak..?? Tapi macam mana pulak aku nak bagitau macam mana gaya aku tidur sebab aku sendiri pun tak tau..

Jadi mesej yang aku nak selitkan dalam entry ini ialah, pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang yang tersayang.. Eh, ni apahal aku telah menyesatkan korang dengan iklan berhati2 dijalan raya ni.. Apa2 jelah, asalkan aku dapat menambahkan bilangan perkataan dalam entry ni..

Okay, cukuplah dengan tulisan merapu dan merepek tu.. Untuk mengelakkan korang sesat dibawa arus ayat2 mengarut aku, lebih baik aku membawa korang ke pangkal jalan iaitu dengan menamatkan riwayat entry ni.. Tepi2, aku nak bunuh entry ni dengan pedang sakti aku ni.. hiaaaghh..!!

Ish, nampaknya aku sendiri telah sesat dalam ayat2 mengarut ni.. Dah2, aku nak stopkan entry ni, malas dah jari aku nak menaip lebih2.. Okay terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ni.. Kita bertemu lagi dalam entry lain pada waktu dan hari yang lain ye.. Daaa..^^

3 comments:

Paolo Balam said...

kau mamai ke ape bro?

mykhalis said...

itula pasal..berbelok2..harap pedang sakti bukanlah ayat lucah..wahahha

KUREKURE COMEL said...

perhhh.....pandu cermat ye....sengal ek..hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...