Wednesday, May 18, 2011

Berita dari pihak blogspot...

Ye2 aku tau yang korang semua tengah resah gelisah ibarat cacing sedang kepanasan sebab dia nak buat tanning.. Jadi untuk entry malam ni biarlah aku jelaskan kepada korang apakah yang telah berlaku terhadap widget follower korang tu..

Bagi yang tak tau tu meh sini aku nak bagitau awal2.. Pada blog korang tu sebenarnya telah kehilangan satu widget yang teramat penting tau.. Kalau tak percaya cubalah korang pergi tengok dekat blog korang tu, mesti widget follower korang tu sudah menghilangkan diri kan..

So, disebab kan aku ada member yang berkerja dalam bahagian blogspot ni, maka aku akan menjelaskan kepada korang apa yang telah berlaku pada widget2 follower korang tu.. Biar aku pastekan jelah apa yang dia dah emailkan dekat aku..

Kepada Arpiiz.


Kami memohon maaf atas kesulitan yang sedang berlaku pada saat ini. Pihak kami pada ketika ini sedang cuba mengembalikan semula widget-widget follower itu. Namun kemungkinan untuk widget follower itu menjadi kosong semula agak tinggi.


Pihak kami juga memohon maaf sekali lagi kerana menurut jangkaan kami, kesemua blog didalam dunia ini terpaksa dihapuskan dalam masa 24 jam sahaja lagi. Ini semua adalah kerana masalah itu adalah masalah jangka panjang selepas kami membuat beberapa pembaharuan.


Jadi kami berharap agar tuan akan membuat salinan terhadap entry2 anda yang berada didalam blog anda itu. Pihak kami tidak akan membuat sebarang salinan untuk blog anda kerana kami terpaksa membersihkan semula semua data yang ada di dalam pengkalan kami.


Harap penjelasan itu dapat menjawab segala pertanyaan tuan tadi.

Hah, macam mana.. Blog korang akan dihapuskan dalam masa 24 jam lagi, kiranya esok malam semua blog akan hilang... So, cepat2 lah korang copy paste entry2 korang tu supaya dapat diletakkan dalam blog baru korang nanti..

Err kejap ye, sebelum berlaku apa2 kekecohan.. Aku nak bagitau yang email itu hanya rekaan semata2 sahaja.. Ianya direka khas untuk mengisi entry aku malam ni..hehehe. Korang tak marah kan..???

22 comments:

NurWahidah Abdullah said...

hampeh bebenor..

Akunyer said...

wahhh ni yang rasa nak jadi incredible hulk nih...

Anonymous said...

followers dh byk.. alahai ! ne nk kutip followers lg.. mst dowg rndu ! aduyaii... nt ila dh mls berblog.. huk3

Mime MF said...

choii!!
wat cuak jer..
hehe...fuh=..=''

farah wahedda said...

tak lah tak marah ..esh geramnyeee

AmyZa'aba said...

terkentot kejap biler bacer.,n last2.,x jadik kentot.,huh.,

Anonymous said...

kuang hassam...

Misty Melor said...

haha... meluat2... :-w..

FatinFirdaus said...

ada kena sembelih japg.. GGGGRRR!!

Mr. Asada said...

hahahaha... sabor je lah. kirim salam kat member yang keje kat blogspot td tu.

hana said...

hampeh...
dh cuak bertingkat2 ni..
aish..rasa macam nak ketuk je..

JumpZeera said...

ceh asam keping!!

ohh tipah tertipu..

Muhammad Izuan said...

kuang ajor!!!! hahahaa... cuak, gilo aku

FarizAtie said...

chett hampagas laaa..hahaha..td btol2 rse nak copy paste tp pk2 balik mane same tahun n tarikh blog itu dipaparkan..mati woo..hha...*dalam hati rase ni msti nak kenakan readers aka bloggers ni...then till the end bace..memang btol..JAHAT!!!..hahahaa

tia @ Ini Kisah Tia said...

wah ! Tia cuak gileee . hahaa . ingat betul daa . baru nak pi buat back-up ;)

syazana.not.single said...

tak,tak marah langsung.

*smbil asah2 pisau*

haha.

Syakir+Ina=Syakirina said...

ish,kene tipu je . egtkn btl td :P

adan said...

entri buat aku nak baca lebih lanjut..

xkan lah blogspot buat hal lagi..

last2.. hampeh!!!!! arghhhhhhhhhhh...

Budak Botak said...

adeiii ada gak cmni ye...

Entry terbaru -> Gambaran / Lakaran Pelukis Stadium Baru Kelantan... (",)

noreenrara said...

dush dush.. nie entry mntk penumbuk dua das..heh ~ :D

Unknown said...

MEH KITER RAMAI2 BAKO JE DAK ARPIZZ NIE.... KITER BAKO..BAKO..BAKO...

aneesz said...

grrrrrr!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...