Tuesday, May 31, 2011

Nak tambah komen lagi banyak..

Okay, hari ni aku nak buat tutorial sikit.. Eh2, arpiiz buat tutorial lah, ni yang rasa pelik ni.. Adakah dunia sudah menghampiri kearah kehancuran.. Dah2 jangan nak mengada2 berfikiran macam tu, aku taulah yang aku dah lama tak buat tutor dalam blog ni, so jangan lah nak kutuk2..huhu

Aku nak buat tutor apa ye..?? Owh ye, tutor tentang komen pulak.. Dah lama rasanya aku tak buat tutor ni.. Tapi aku rasa ini bukanlah tutorial pun, just cara untuk menambahkan bilangan komen dalam entry korang je.. Aku buat ni khas untuk orang yang gilakan komen (agak2 aku termasuk ke tak..??)

Cara nya macam ni, selepas korang membuat satu entry yang korang dah bujet untuk menerima komen yang banyak.. Korang rilek2 dulu, tunggu dalam area 20 minit lepas tu baru korang check tempat komen.. Kalau korang still tak terima sebarang komen, korang kena pulak buat cara ni..

Cara ini pulak korang memerlukan daya dan tenaga yang tinggi sebab korang kena pergi komen dekat blog orang dulu.. Selepas korang komen dekat entry orang barulah entry korang yang tadi akan mendapat komen dari orang lain..

Belum habis lagi caranya.. Inilah cara untuk menambahkan komen yang sebenar2nya.. Korang dah sedia belum untuk mencuba cara ini.. Kalau korang betul2 bertekad nak mencuba cara ni, korang kena kena betul mempunyai semangat yang tinggi..

Kalau korang pernah bertapa di gua musang lebih baik sebab korang sudah mempunyai ketahanan diri yang tinggi.. Apa2 jelah aku ni, bagitau jelah kan senang sikit.. Okay2, aku bagitau lah ye.. Cara untuk korang menambahkan bilangan komen korang ialah..

Ialah dengan menjawab segala komen yang telah korang terima tu.. Kalau masih belum ada orang komen, korang sendirilah yna komen dekat entry tu..hehe. Okay lah, aku nak pergi rehatkan badan ni, penat pulak aku rasa hari ni..huhu

P/s : Sorry kalau korang rasa entry ni entah apa2..huhu

Pagi2 lagi dah bikin hal..

Adeh, apahal lah dengan pagi aku ni.. Pada permulaan hari ni pulak aku mengalami masalah yang agak besar.. Owh ye, lupa pulak aku nak ucapkan salam dekat korang semua.. Yelah, pada first entry aku mestilah dimulai dengan salam.. Kalau entry aku tu takde salam, mungkin itu entry kedua atau ketiga..

Berbalik kepada hal yang telah dibikin pada pagi ini.. Mesti korang semua tertanya2 walaupun yang sebenarnya hanya aku sahaja yang buat2 tanya.. Mengapakah dengan pagi aku hari ni, adakah aku telah lupa untuk memberus gigi, atau aku terlupa yang hari ini ada kelas..??

Yang sebenarnya pagi tadi aku telah terlupa sesuatu yang boleh lah dikatakan penting.. Aku terlupa untuk membawa dompet aku masa aku pergi ke kelas tadi.. Jadi, sekarang ini aku dalam keadaan lapar sebab pagi tadi pun aku tak sempat nak sarapan..

kalau dekat rumah, aku boleh lah tidur macam ni..
So, apa yang boleh aku buat ialah melepak di lab fakulti aku sambil menunggu kelas aku yang pukul 12 nanti.. Namun perkara ini tidak lah serius sangat, aku adalah seorang yang tahan lapar.. Jadi memang tak jadi hal lah kalau setakat tak makan dari malam sampai petang esoknya..

Ini pun sebab tengah takde idea dan boring menghadap komputer dengan internetnya yang slow macam.. Eh, tak boleh cerita dekat sini macam mana slownya internet sini.. Nanti kalau ada abang2 yang jaga lab ni tau, habis aku tak boleh masuk dalam lab ni lagi...

Dah lah, aku nak pergi lepak dekat surau pulak.. Kalau rasa mengantuk, boleh lah tidur dekat situ sekejap walaupun pernah tertidur dekat situ selama 2 jam..hehe. Siapa yang biasa tidur dekat surau or masjid dalam kampus korang tu, kita memang lah mempunyai persamaan..^^

Monday, May 30, 2011

Akhirnya... (buat muka terharu)

Eh2, kenapa ni sampai nak kena buat muka terharu ni..?? Owh, sebab aku dah berjaya mendaki gunung Everest dalam masa sehari tu ye..?? Kalau lah ada yang tiba2 terfikir macam tu, korang salah tau.. Tapi aku tau memang takde orang yang akan fikir macam tu..

Jadi apa benda yang akhirnya ni..?? Macam ni, ini cerita petang tadi masa aku dalam perjalanan balik dari kedai.. Aku ikut jalan dalam, jalan yang sunyi dan dikelilingi dengan pokok2 kelapa sawit.. Tiba2 aku jumpa seekor naga.. Hehehe, tak lah itu tipu je, ini sambungannya..

bayangkan korang sangkut dekat jalan macam ni..huhu
Entah macam mana tiba2 motor aku mati pulak ditengah jalan yang sunyi tu.. Dahlah aku tengok jam masa tu dekat pukul anjing 7 lebih, kira dekat nak maghrib lah.. So, dengan rasa risau dan menggelabah tahap cencurut, maka aku cuba untuk  menge’start’ motor tu (ada ke menge'start')..

Setelah beberapa cubaan berani mati aku lakukan, motor tu still juga tak hidup.. Aku test lagi, dan beberapa cubaan lagi sekali, barulah hidup motor tu.. Lega betul aku masa tu sebab aku memang risau kalau motor aku mati dijalan yang sunyi..

Jadi aku pun balik ke rumah dengan memecut sepantas kilat.. Kalau kilat ada masa tu, kilat pun boleh kalah tau..hehe. So, itulah akhirnya yang aku bagitau dekat tajuk atas tu.. Terharu tak masa korang baca tu..?? Aku tak terharu tapi aku cuma lega je sebab dapat sampai rumah..hehe

Itulah cerita aku untuk malam ni, korang pernah tak mengalami kejadian yang seperti ini.. Kalau ada, korang bolehlah kongsikan bersama aku dengan mengemail kan cerita korang itu ke alamat yang tertera dikaca monitor komputer korang tu.. Tapi kalau korang nak cerita dekat ruang komen tu lagi senang sebenarnya..

P/s : Aku risau kalau kejadian tadi adalah disebabkan makhluk yang keluar pada waktu maghrib tu..huhu 

Waa..!! Ruginya lah..

Waaa...!!

Waaaa...!!!!

Laa, ni anak sapa pulak yang menangis dalam entry aku ni.. Sesiapa yang rasa ini anak dia, sila ambil ye sebab kesian dia menangis dalam entry aku ni.. Ni mesti budak ni sesat sampai pergi dekat blog aku ni... Ish2, apa benda lah yang aku merepek ni..??

Takde maknanya nak ada anak sesapa yang menangis dalam entry ni, itu cuma satu suara yang muncul apabila aku tidak bukak blog sehari dan semalam.. Macam apa yang korang baca dekat tajuk tu, agak2 
korang apa benda yang aku rugi..??

Ye, aku tau korang semua dapat menjawabnya.. Mestilah korang tau jawapannya sebab korang pun blogger juga.. Tapi kalau2 ada yang tak tau tu, aku sebenarnya rugi duit sebanyak RM500 juta ringgit sebab tak jenggok blog aku semalam...

Perghh, hebat betul aku ni menipu kan.. Kalau lah betul2 macam tu, aku memang tak sanggup nak biarkan blog aku bersendirian.. Aku sebenarnya rugi traffik blog sebab semalam tak ramai yang datang singgah blog aku..

Ditambah lagi dengan takde entry terbaru, memang sah lah menjunam traffik aku ni.. Nak buat entry autopost pun tak sempat pulak semalam.. Macam mana nak tak sempat, masa aku tengah taip entry, tiba2 internet rumah aku buat hal.. Nak buat report dekat TM, tapi semalam hari ahad..

So,  aku terpaksa lah membiarkan blog aku sepi tanpa update apa2 entry..huhu. Nak pergi dekat cybercafe, motor pulak takde sebab ayah aku guna bawak pergi kerja.. Jadi untuk membalas dendam demi semalam, maka aku nak buat blogwalk secara besar2 besaran..

Tapi itu pun kalau  sempat lah sebab petang ni aku kena pergi kelas pulak.. Jadi kemungkinan untuk aku menangguhkan niat aku tu agak tinggilah..huhu lagi sekali.. Dah lah, aku nak pergi buat blogwalk ni, sapa nak ikut sila sediakan basikal ye..hehe (ni apahal pulak ni..??)

Pagi isnin ni lain lah...

Pagi ni adalah pagi isnin..

Kenapa aku rasa hari ni lain sangat ya..??

rasa macam smart pulak gambar ni..^^
Kenapa pagi ni tidak sesunyi pagi isnin yang sebelum2 ini ye..

Emm, mungkin ia hanya perasaan aku sahaja kot..

Tapi mana mungkin ianya perasaan aku sahaja..

Aku yakin yang pagi ni ada sesuatu yang tak kena..

Tapi apa..??

Kejap, biar aku tengok apa yang lainnya..

Kalau pagi isnin biasa, pukul 10 masih sunyi lagi..

Tapi pagi ni sudah bising pulak..

Biasa pagi ni hanya ada aku sahaja dirumah..

Tapi pagi ni adik2 aku turut ada dirumah..

Owh, rupanya cuti sekolah dah bermula..

Selamat bergembira pada cuti sekolah ini..

* Entry ini ditujukan khas kepada mereka yang bercuti pada waktu cuti sekolah ini.. Kalau ada yang kena kerja, selamat berkerja..

Tiada apa2 pun..

Sepi..

Tiada kata yang mampu ku ucapkan..

Tiada apa yang mampu ku berikan..

Tiada bukti yang boleh ku tunjukkan..

Tapi..

Ada satu yang mampu ku lakukan..

Iaitu...

Biarkan kesepian itu berlalu..

Dan bawakan kegembiraan disamping mu..

Semoga kau selamat dunia dan akhirat kelak...

Saturday, May 28, 2011

Malam ni cuma itu je yang mampu aku tulis..huhu

Maaf lah buat para2 sakura pembaca semua, malam ini aku tersangat lah sibuknya.. Ini pun dapat pegang kejap je komputer ni.. So, maaf lah sebab aku tak dapat buat entry yang sempurna sikit.. Hope korang tak kisah kan kalau aku buat entry yang macam ni..

Kalau sesapa yang nak tau, aku sekarang ni tengah ada dekat kampung.. Ini pun update dekat cybercafe yang dah mula nak tutup ni.. Biasalah kalau dekat kampung ni, pukul 11 tu dikira lewat malam, bukan macam bandar, pukul 12 pun still ramai orang..

Okaylah, ini pun tokey cc tu dah heboh bagitau yang dia nak tutup kedai.. Esok bila aku dah balik rumah aku buat entry lagi ye.. And lagi satu, korang dah tengok ke belum cerita Karak, aku tengah plan nak pergi tngok ke tidak cerita tu dekat wayang.. Kalau ramai kata best, aku nak pergilah esok, itu pun kalau ada duit lagi..huhu

Kesian korang kan..huhu

Ish2, aku tau yang korang dah start bosan.. Aku mengaku itu salah aku sebab buat korang macam ni.. Tapi seperti biasalah, itu semua bukan lah atas kehendak aku sendiri.. Ianya berlaku tanpa aku sendiri sedar dan tanpa aku sendiri minta..

Eh2, apahal ni tibe2 je keluar ayat2 seperti yang korang baca dekat atas tu..?? Apakah ada sesuatu yang telah aku lakukan dekat korang tanpa aku sedar..?? Sebenarnya aku nak mintak maaf sebab kalau korang perasan, bagi yang perasan je lah..

Kalau ada yang tak perasan tu, maka cepat2 lah korang perasankan ye.. Tapi sebelum aku bagitau ni, nak tanyalah dekat korang.. Korang perasan tak apa benda yang aku nak korang perasankan tu..?? Okay2, aku tau yang korang memang tak akan jawab soalan aku ini..huhu

Sebenarnya korang perasan tak yang sejak kebelakangan ni, aku banyak postkan entry tentang luahan hati je kan.. Aku tau yang korang bukan suka sangat entry2 luahan hati ni, malahan mungkin ada yang muntah masa baca entry luahan hati aku itu..huhu

Tapi betul ke ada yang muntah..?? Kalau ada sila bagitau aku ye sebab kalau korang bagitau dekat orang lain,  nanti orang lain pulak yang turut muntah masa baca entry2 aku..hehehe. Tapi macam yang aku cakapakan dekat atas tu lah, aku bukan sengaja nak menulis benda2 tu..

Dah itu je perkara yang terlintas dalam kepala aku ni time jari aku menyentuh keyboard.. Maka terhasillah entry2 luahan hati plus ayat2 mengarut tu.. Jadi disini aku nak memohon maaf atas entry2 sekarang yang semakin memmbosankan tu ye..

Sekiranya korang rasa entry2 yang macam tu tak membosankan, maka silalah bagitau dekat pihak polis..Eh, apahal pulak polis pun nak masuk dalam  hal ni.. Korang bagitau lah dekat aku, nanti boleh lah aku kembang hidung baca pujian2 korang tu..hehehe

Macam mana nak uninstall ni..??

Salam buat para readers a.k.a.k pembaca di entry ini dan entry yang sebelum2 ini.. Owh, aku nak mintak maaf kepada korang semua yang sedang tertunggu2 entry terbaru aku untuk hari ini.. Pagi tadi aku agak sibuk sampai aku tak sempat dan tak dapat nak membuka blog aku ni..

Maksud sibuk aku tu ialah sibuk membuta membuat kerja tau.. Bukan sibuk menghadap tv walaupun ada lah juga..hehe. Kan malam tadi aku ada bagitau korang yang lappy aku ada problem tentang masalah connection internet kan.. Setelah aku teliti2 dengan lebih dalam rupanya ada satu punca yang menyebabkannya sebegitu..

Puncanya ialah dari puak penentang virus dalam lappy aku iaitu AVG antivirus.. Menurut pengamatan aku, problem ini berlaku sejak aku cuba memecat AVG dari komputer aku setelah aku mendapati cara dia bekerja tidak memuaskan hati aku..

Tapi mungkin kerana AVG ini telah mempunyai pemikirannya yang tersendiri, maka aku tak berjaya nak memecat dia dari lappy aku ni.. Bila aku nak uninstall je,dia tak bagi.. Katanya ada error lah, ada benda hilang lah.. Jadi disini aku nak mintak sesapa tolong aku boleh tak..

Korang tau tak cara lain nak uninstall software selain dari guna cara biasa.. Kiranya korang tunjukkan dekat aku cara luar biasa lah..hehe. Aku guna CCleaner pun still tak mau juga nak buang antivirus ni.. Degil betul lah AVG ni, nanti aku kena tukar lain lah pulak..

P/s : Antivirus yang paling okay bagi korang apa ye..??

Friday, May 27, 2011

Aku terpaksa mengalah juga...T_T

Laa, ni apahal pulak dengan ko ni arpiiz oii.. Ko mengalah sebab apa ni, takkan sebab berebutkan sebijik guli dengan budak 5 tahun kot, atau sebab ko kalah lumba lari dengan seekor kucing.. Kalau setakat itu je lebih baik ko buat entry lain jelah...


Err, sebenarnya macam ni ceritanya.. Aik, awal2 perenggan lagi dah terus nak ceritakan benda yang sebenarnya ni.. Rasanya ini bukan diri aku yang menulis ni, mungkin untuk entry ni, sebahagian diri aku yang lain menaip di entry ini..
Alahai, apa benda yang aku mengarutkan ni..?? Ni yang malas nak menaip ni, sebab asal taip je, maka akan bertebaran lah idea2 merepek ni diruang kepala otak aku ni.. Hope korang layankan jelah segala benda2 repekan yang aku tulis dalam semua entry aku ye..

Okay2, macam ni ceritanya, semalam aku ada cakap yang internet dekat rumah aku tu tak boleh digunakan.. Dan sekarang ni problem tu dah okay dah.. Rupanya bukan orang curi kabel, tapi ada penaik tarafan dekat kawasan rumah aku tu.. Tapi kali ni masalah lain pulak yang datang dekat aku sekarang..

Masalahnya ialah lappy aku pulak tak boleh detect internet.. Bila aku connect je, dia tulis “Limited access”, komputer utama dalam rumah aku ni okay je pulak.. Adoi, pening aku memikirkan cara2 yang sepatutnya boleh menyelesaikan masalah ini..

Biasanya aku kalau masalah2 macam ni, boleh je aku selesaikan sendiri.. Tapi untuk yang ini aku terpaksa mengaku kalah.. Aku terpaksa akui yang ilmu aku tentang bab2 komputer ini masih cetek lagi, mungkin tak lebih paras ibu jari kaki je kot..huhu

Jadi sebagai alternatif lain, aku kena lah bertapa di gunung Kinabalu selama 7 tahun.. Okay itu memang sah lah nak menipu kan, nampaknya esok aku kenalah pergi ke kedai komputer supaya masalah ini dapat diselesaikan..

P/s : Aku nak guna komputer rumah ni pun kena tunggu giliran tau..huhu

Rezeki jumaat lagi, yeke..??

Eh2, apahal tajuk tu macam pelik je..?? Korang rasa pelik tak dengan tajuk tu..?? Hmm, mungkin cuma aku je yang berprasangka sebegitu kot.. Tapi kenapa aku buat tajuk macam tu ye..?? Ni yang rasa macam musykil ni..

Okay, korang semua jangan lah membuat muka pelik bila aku menulis sebegitu.. Sebenarnya takde apa yang nak dipelikkan dengan tajuk yang macam tu.. Aku saja je nak merekacipta ayat itu supaya perenggan itu menjadi lebih panjang..

Agak2 koranglah, apalah rezeki aku pada hari jumaat ini ye..?? Cuba teka dulu, kalau tak nak teka pun tak pe juga sebab nanti aku akan bagitau juga jawapan nya..hehe. Korang perasan tak dekat iklan yang bawah header aku tu..

Ye, itulah rezeki aku untuk kali ini.. BE baru yang datang tanpa aku duga dan tanpa aku tau, tapi yang sebenarnya dari semalam lagi dah ada iklan tu.. Cuma baru hari ni je aku sempat nak membuat entry tentang nya..

Sebenarnya ini bukanlah rezeki aku sorang je, sebab kalau tidak disebabkan korang semua yang selalu datang singgah blog aku ni.. Takdenya aku akan dapat BE ni.. Terima kasih banyak2 kepada para readers dan para pelawat blog aku ni..

Dan tidak lupa juga thanks kepada Nuffnang dan syarikat Perodua sebab sudi meletakkan iklan BE itu kedalam blog saya ini.. Lain kali kalau nak letak BE tu, bagitau lah ye, boleh saya prepare kan entry awal2..hehe

P/s : Kalau nak tau iklan Perodua tu tentang apa, klik je jangan segan2..hehe

Aarghh, aku nak transform ni..!!

Okay, sebelum aku terus me’transform’kan diri aku ni.. Aku nak ucapkan salam kepada korang, hope hari ni kita mendapat keberkatan pada hari jumaat ini.. Eh2, kalau macam ni dah tak jadi lah aku nak transformkan diri aku ni ye..

ini lah rupa aku kalau aku transform..hehe
Kenapa aku guna perkataan ‘transform’..?? Sebab orang lain kalau nak kata dia marah, mesti dia akan gunakan perkataan ‘bertukar’.. So, aku nak lah lain sikit, nanti bila orang lain ramai guna perkataan transform pulak.. Aku tukar lah cari perkataan lain yang lebih maju..hehe

Apa2 jelah aku ni ye, hope korang layankan dengan apa yang aku tuliskan ni.. Sebenarnya aku tengah geram ni sebab pagi ni internet dekat rumah aku still tak mau lagi.. Mungkin masalah kabel telefon tu still tak baik lagi kot..

Mesti korang tertanya2 macam mana aku mengupdate entry ini kan.. Ye, aku tau akan ada yang kata aku post melalui lab fakulti aku.. Tapi malangnya apa yang korang fikirkan tu memang lah betul, ish kenapa korang boleh teka dengan betul ni..??

Apa lah aku ni, dah fikir dengan betul pun still malang lagi.. Maksud aku malang bagi aku lah sebab tak berjaya membuatkan korang salah tafsiran.. Ish2, jahat jugak aku ni ye sebab nak bagi korang salah..hehe. Maafkan lah aku yang tak seberapa jahat ni..T_T

Kebetulan pulak pagi ni kelas aku habis awal, so boleh lah aku melepak2 kejap dekat lab ni.. Sementara menanti idea yang tak kunjung tiba ni, maka aku update jelah entry ni sebab dari semalam lagi aku tak dapat bukak blog dekat rumah aku ni..huhu

Okay, aku nak pergi balik rumah sebab kalau lepak sini lama2 pun aku nak buat apa.. Aku cuma nak update entry ni je.. Nanti kalau internet dekat rumah aku dah boleh digunakan, aku buat entry lain ye..Korang nantikanlah kemunculan entry aku petang ni ye..^^

Thursday, May 26, 2011

Boringnya lah sekarang ni...

Huh, baca tajuk pun dah boring inikan pulak entry ni.. Kalau korang rasa entry ni bosan, boring, rasa macam mengantuk je bila hadap entry ni.. Aku nak korang baca sampai habis dulu barulah korang tutup entry ni okay..hehe

Ala, kalau kau rasa boring sangat, bukak jelah blog dan hiburkan para pembaca dengan entry 2 ko yang merapu.. Tapi itu lah masalahnya, para pembaca aku ni terhibur ke dengan entry2 merapu ni..?? Nanti kalau ada yang mengalami kekejangan otot sebab baca ayat2 merapu, masalah aku nanti..

Jadi apa yang aku nak buat sekarang ni.. Kalau nak suruh aku main game yang pernah menjadikan aku lupa pada blog dulu pun.. Game tu aku dah menangkan dah, so kalau aku main juga memang sah lah bertambah rasa boring aku ni..

Sekarang ni sesapa cuba bagi aku idea untuk aku menangkis penyakit boring yang sedang melancarkan serangannya pada diri aku ini..?? Apa..?? Korang suruh aku main teng teng, ala itu game time aku umur 5 tahun lah, lagipun depan rumah aku ni tar, mana ada pasir nak lukiskan kotak2 tu..

Laa, ada yang suruh aku main chess pulak.. Kalau aku main chess memang sah lah aku je yang menang sebab dalam rumah aku cuma aku je yang reti main chess ni (nada berlagak..hehe).. Err, aku rasa aku tau apa benda yang boleh aku buat bagi menghilangkan rasa boring ni..

Korang nak tau jugak ke..?? Tapi korang kan tengah tak boring, nanti kalau dah boring barulah datang cari aku dan time tu aku boleh lah bagitau cara apa yang aku nak buat ni.. Yelah2, aku bagitau jelah cara apa yang aku nak buat..

Satu2 nye cara untuk aku menghilangkan rasa boring ni ialah dengan mencipta roket soyus yang ke 30 pulak.. Ish2, kenapa aku kena buat ayat2 tipu ni, ni yang rasa menyesal ni.. Okay yang betulnya ialah aku akan dengar lagu je..

Memang itu jelah yang aku akan buat kalau aku tengah boring, bila dengar dalam 2 ke 4 lagu, nanti mesti mata aku lelap.. Jadi itu jelah caranya kalau korang nak ikut sangat.. Dah2, aku nak pergi cari earphone aku ni, hilang pulak dia..huhu

Alahai, aku dah tak boleh berblogging lagi...

Apa..!! Biar betul dengan apa yang arpiiz tuliskan ni.. Kenapa pulak dia dah tak boleh berblogging ni..?? Ala, kalau macam ni dah tak best lah lagi, aku minat giler dengan blog dia tu.. Kalau dia dah tak buat entry lagi, mau naik sawan aku nanti..huhu

Hahaha, okay itu cuma ayat perasan dimana aku sendiri perasankannya.. Tapi agak2 ada ke yang jadi sawan kalau aku dah tak update entry lagi ni..?? Err, kalau ada nampaknya aku kenalah meneruskan menaip untuk blog ni..

Okay, kita berbalik ke rumah tajuk yang korang baca dekat atas tu.. Sebenarnya apa yang korang baca tu memang betul, aku dah tak boleh nak berblogging lagi kerana aku terpaksa meneruskan tanggungjawab aku kepada negara ini..

Aku akan pergi berhijrah ke negara Parsi sana kerana aku kena merisik negara dorang.. Aku mendapat info bahawa dorang bela seekor raksasa yang mampu memusnahkan satu negara.. Ish2, tak sanggup pulak untuk aku meneruskan penipuan ini..
Ini yang betul punya, sebenanya internet dekat rumah aku tak boleh digunakan.. Jadi buat masa ni aku tak dapat lah meneruskan sesi berblog bagai ni.. Punca berlaku mengapa internet rumah aku ni takde mungkin disebabkan berlaku kecurian kabel telefon..

Itu aku tak pasti lah, tapi kalau betul lah.. Time ni lah masa untuk menyumpah seranah orang yang melakukannya..hehe. Nak menyumpah2 pun kena ada masa juga2 tau, korang ingat bila2 masa je boleh buat kerja terkutuk tu.. Jadi itu jelah yang aku nak bagitau..

Lagi satu nak bagitau, kemungkinan untuk aku tidak menjalankan aktiviti blogwalking amatlah tinggi.. Tapi aku harap korang singgah lah juga baca entry2 yang telah aku jadikan autopost nanti ye..

P/s : Ini pun guna komputer dekat cc, sebab dah gian sangat nak berblogging ni..hehe

Bukan ku tak sudi...

Salam semua, bertemu kita lagi dalam entry didalam blog aku ni.. Korang semua dah bangun ke belum ni..?? Eh, soalan jenis apa kah yang aku tanyakan ini..?? Owh, ini adalah soalan berbentuk objektif, so korang jawab jelah sudah atau belum...

Ish2, aku rasa soalan dekat atas tu semalam pun aku ada tanya juga kan.. Jadi kenapa pagi ni aku tanya lagi, hmm lantak lah dia, asalkan dia tak kacau orang.. Masa korang baca dekat tajuk tu, korang ada rasa tak macam pernah dengar ayat tu..??

Kalau tak rasa tu mungkin korang ni tak minat lagu dari kumpulan Iklim.. Tapi aku bukan nak ceritakan tentang lagu mahupun pencipta lagu tu, tapi ada cerita disebalik tajuk ni tau.. Korang kenal tak Adam..?? Ala Adam lah yang mata ada dua, hidung ada satu tu.. Korang kenal ke tak ni..??

Okay, kalau nak tau korang klik je nama dia yang berwarna biru tu.. Kalau korang nak tau, dia ni dengan beraninya telah menyound malah mengspeaker kan tentang blog aku ni.. Berani sungguh dia ni berbuat demikian terhadap blog aku ni..

Hehe, itu tipu jelah dan jangan lah korang percaya ye.. Sebenarnya Adam ni telah memberi amaran teguran bahawa blog aku ni banyak sangat iklan.. Ye, aku tau dan aku sedar tentang benda tu.. Tapi apa yang boleh aku buat sebab aku telah menjadikan blog ini sebagai medan pertempuran..

Eh2, silap lagi aku tulis.. Apahal pagi2 ni asyik silap tulis je, mengantuk ke..?? Yang sebenarnya masa awal2 dulu aku berblogging adalah kerana faktor kekurangan wang.. Jadi aku mengambil keputusan untuk meletakkan banyak iklan dalam blog aku ni..

Setelah sekian lama aku membiarkan iklan tu disitu, maka aku lupa lah nak buang iklan tu sebab niat berblogging tu dah tukar dah.. Tapi malam tadi masa aku check2 dalam akaun iklan aku tu, terkejut lah juga sebab bertambah duit.. Jadi ini menjadikan bijik mata aku bertukar kepada syiling emas..hehe

So, kesimpulannya ialah.. Aku nak mintak maaf lah jika iklan dalam blog aku ni membuatkan loading blog aku ni berat atau ia menyakitkan sampai buta terus pandangan mata korang.. Aku akan buang beberapa iklan jika aku rasa ia sudah tidak mendatangkan hasil lagi ye..hehee

P/s : Thanks adam sebab sudi memberikan teguran tu ye..^^

Wednesday, May 25, 2011

Kejadian tanah runtuh tu ada kaitan dengan aku..??

Huih, biar betul dengan statement aku tu.. Ni kalau pegawai JKR baca ni, memang habis aku ni kena soal siasat dengan dorang.. Hope korang bukan lah orang2 dari jabatan tu ye, kalau ye pun korang buat2 tak tau je dengan apa yang aku nak bagitau dalam entry ni..

Sebenarnya kejadian tanah runtuh tu memang ada kaitan dengan diri aku.. Tapi aku bukan sengaja, ia cuma kebetulan je.. Okay, meh sini aku ceritakan yang sebenarnya, hope dengan apa yang aku ceritakan ni akan mengurangkan rasa bersalah aku ni..huhuhu

Ketika waktu kejadian itu, aku tengah berjalan2 disekitar sambil menghayati alam yang terbentang luas ini.. Tiba2 aku tersepak seketul batu entah kenapa aku rasa macam nak sepak je.. Selepas sahaja aku sepak batu itu, tiba2 berlaku tanah runtuh..

Time tu aku memang dah cuak gila dah, bukan setakat cuak gila tapi dah lebih lagi.. Masa tu aku sempat jugalah tengok macam mana tanah tu runtuh sehingga menyebabkan rumah2 dibawahnya ditimbus.. Tanpa memikirkan apa2, maka aku mengambil keputusan untuk melarikan diri..

Semalam aku singgah melihat tempat kejadian tanah runtuh itu, dan nampaknya kesan2 rumah yang hancur memang masih ada lagi.. Aku kesian melihat apa yang berlaku, jadi aku mengambil keputusan untuk menceritakan benda ni dalam blog ni..
gambar dari blog cikgu dahlia

Err, sebelum tu aku nak bagitau dekat sini.. Rumah2 yang hancur itu adalah rumah semut tau, atau orang panggil sebagai sarang semut.. Tanah runtuh yang aku maksud kan pulak ialah timbunan tanah merah yang berada di tepi jalan tu..hehe

P/s : Entah kenapa entry ni aku rasa macam tak best pulak, mungkin sebab sakit kepala kot..huhu

Entah kenapa aku postkan entry ni..??

Petang ni aku tengah takde mood, tapi jari aku ni sibuk betul nak menaip sesuatu di ruangan blog ini.. Maka macam biasalah, bila takde mood menulis mestilah takde apa yang nak dibincangkan.. So, apa lagi yang aku nak tuliskan ni, mungkin itu jelah.. Okay selamat berehat waktu petang..^^
kan best kalau dapat duduk tepi pantai..huhu

Nak buat fanpage ke tidak..??

Salam buat readers dan pembaca entry dan blog ni.. Pengumuman, kepada sesiapa yang masih belum bangun atau belum mandi atau belum sarapan atau macam2 lagi, silalah selesaikan kerja korang dulu.. Sekiranya korang sudah tiada apa2 yang nak dibuat, barulah sambung baca entry ni balik terima kasih..

Ni apahal tiba2 ada pengumuman pulak pagi2 ni.. Dekat entry ni pulak tu, entry lain tak nak pulak dia muncul.. Tak kisah lah dengan pengumuman tu sebab aku sendiri pun tak amik kisah inikan pulak korang.. Okay, macam tajuk yang korang baca dekat atas tu..

Ye, tajuk yang dekat atas tu lah, kalau tajuk yang dekat bawah tu, itu tajuk entry malam tadi.. Kalau korang rajin korang bacalah entry tu lepas ni ye.. Apa itu fanpage..?? Fanpage itu ialah seekor binatang berkaki lapan dan mempunyai sepuluh biji mata..

Haha, okay aku tau yang korang tak akan percaya.. Fanpage ialah helaian peminat atau dalam bahasa kasarnya betulnya ialah.. Err, aku rasa orang panggil fanpage jelah, mana ada nama lain lagi dah.. Jadi persoalannya disini ialah, adakah blog aku ni patut atau layak untuk membuat fanpage..??

Sekiranya korang rasa layak, sila undi dengan menaip fanpage 5 untuk 5 undian dan hantarkan di ruangan komen bawah ni ye..hehe. Aku sebenarnya nak tanya korang je, buat fanpage ni apa faedah dia, atau nenek aku panggil sebagai advantage / benefit.. (cewah, nenek aku speaking london..hehe)

Aku tak tau, sebab tu aku tanya korang ni.. Kalau banyak faedahnya aku ingat nak buat lah, tapi itu cuma dalam perancangan sahaja, tak tau lah jadi ke tak nak buatnya.. Err, sila jangan salah sangka ye, faedah yang aku tanyakan tu bukan lah faedah bunga yang biasa dicas oleh Along2 sekitar Lembah Klang tu ye..

Okay, cuma itu je persoalannya yang ingin aku tanyakan.. Korang pun boleh lah berikan jawapan korang dibahagian komen tu ye.. Saje nak bagitau ni, masa korang baca ni kemungkinan aku masih ada dalam kelas tau, tengah belajar, rajin tak aku ni..hehe.

Tuesday, May 24, 2011

Adoi, ni memang problem besar ni..

Laa, malam ni kenapa pulak arpiiz oii.. Asyik2 ko mengeluh je, kitorang dah bosan dah ni tau tak.. Kalau macam ni kitorang nak pakat unfollow blog ko lah.. Lebih baik ko buat entry yang memboleh kitorang ketawa berdekah2 sampai putus urat perut..

Amboi, menipulah kalau ketawa sampai putus urat perut, dan kalau jadi pun memang sah lah aku tak nak buat entry macam tu even memang aku tak reti nak buat.. Okay, yang dekat atas tu cuma ayat2 yang sengaja diguna pakai untuk memenuhkan entry malam ni..

adakah ini awek misteri tu..??
Tapi kalau korang memang betul2 pakat nak unfollow blog aku, huih memang problem yang lagi besar dari problem yang aku nak ceritakan ni.. Mesti korang tertanya apakah masalah yang besar sangat tu sampai aku terpaksa mengeluh dalam blog ni..

Tapi kalau korang tak tertanya2 mahu pun tak tanya, aku tetap juga nak menceritakannya dalam entry ni.. So korang baca jelah apa benda yang aku taip ni ye.. Sebenarnya macam ni problem yang sedang aku hadapi ni, aku telah kehilangan chip memori dalam otak aku..

Ini telah membuatkan aku mempunyai masalah hilang ingatan.. Eh2, aku rasa macam berlaku penipuan di sini betul tak..?? Kalau macam tu aku teruskan lah, pagi tadi kan aku ada bagitau yang aku mimpi couple dengan seorang awek misteri..

Jadi masalahnya disini ialah sekarang ni aku telah rindu sangat dekat awek tu.. Pelik kan aku ni, boleh rindu dekat awek yang datang dalam mimpi.. Tapi memang itulah yang terjadi dekat aku sekarang ni, dan ia telah membuatkan aku rasa resah dan gelisah, semua benda yang aku buat rasa macam tak kena..

Dulu pun aku pernah mimpi tentang awek misteri, tapi time tu ceritanya dia pergi meninggalkan aku.. Korang boleh baca entry tu dekat sini, tapi entry tu agak panjang lah.. >> Pagi yang misteri. Jadi disini boleh tak korang bagitau biodata korang supaya manalah tau korang ke awek yang misteri tu..hehehe

Eh, aku saja2 jelah takkan aku nak mintak macam tu.. Kalau betul lah yang awek tu wujud, nanti aku bagitau lah dekat korang siapakah dia ye.. Okay, aku nak pergi balas balik kunjungan korang dari semalam.. Rasa rindu pulak nak berblogwalk dekat blog korang..hehe

Pergi mencari cinta..

Laa, sapa pulak lah yang pergi mencari cinta ni..?? Takkan aku pulak kot, kalau aku rasa susah sikit lah sebab buat masa sekarang ni aku malas nak mencari cinta2 ni.. Tapi cinta kepada yang Esa aku mesti teruskan juga, sebab kepada Dia lah aku bergantung hidup..

Jadi siapa kah yang pergi mencari cinta ni..?? Entah lah, aku pun tak tau siapa, mungkin adalah makhluk Allah di luar tu yang sedang mencari cinta.. Jadi ini bermaksud yang korang boleh abaikan je tajuk dekat atas tu ye, sebab aku sebenarnya nak cerita benda lain..

Ala, jangan lah marah, aku tau yang korang sebenarnya tertarik pada tajuk kan.. Tapi apalah salahnya kalau aku buat entry yang lari dari tajuk (letak nada sedih..). Eh, apa benda yang aku nak tuliskan ni tadi, owh ye aku sebenarnya nak bagitau dekat korang semua..

Aku nak bagitau... Err, tak  payah bagitau lah ye, nanti korang bosan pulak..hehe. Okay2, aku bagitau lah ni ye.. Yang sebenarnya aku dah dapat BE lagi satu dari Encik Nuffnang.. Pagi lagi aku dah tau, tapi saja je aku nak bagitau dekat korang  masa petang ni..

Nak tau aku dapat BE apa and dekat mana diletakkan iklan itu..?? Hmm, aku rasa lebih baik aku bagitau kesemua BE yang aku dapat sepanjang bulan ni.. Bukan niat aku nak menunjuk atau belagak, tapi niat aku nak buat korang jelez je..hahaha

Taklah, bukan itu niat aku.. Takdenya aku nak buat macam tu dekat korang semua, tapi kalau korang aku tak tau lah pulak kan.. BE yang aku dapat tu ialah iklan dari Nokia Entertainment Smartphones, iklan ni diletakkan pada bahagian atas entry tu..

Kiranya iklan ni berkongsi tempat dengan iklan Hong Kong Disneyland lah.. Okay, cuma itu jelah benda yang aku nak bagitau dekat korang semua ni.. Hope dengan adanya iklan2 BE dari Nuffnang ni dapat lah aku beli kereta Ferari sebijik..hehee

P/s : Tak silap aku iklan nokia tu ada tunjuk gambar game angry bird, korang pergilah klik kalau nak tau dengan lebih lanjut..^^

Eh2, dah tengah hari dah ke..??

Salam buat para readers semua.. Eh2, betul ke apa yang mata aku tengah tengok ni.. Korang nampak tak apa yang aku nampak ni..?? Kalau tak nampak memang sah korang belum pergi keluar bilik lagi.. Macam mana, nampak ke tak apa yang aku suruh korang nampak ni..??

Sebenanya aku nampak matahari dah terpacak atas kepala dah.. Pada masa ini pula aku baru bangun tidur akibat terlalu melayan mimpi2 indah yang banyak pulak datang masa aku tidur tadi.. Adeh,apa lah nak jadi dengan aku ni..

Kata orang kalau lambat bangun pintu rezeki tak bukak, eh yeke orang cakap macam tu.. Tapi aku rasa lebih kurang macam tu lah.. Disebabkan aku lambat bangun jugalah aku tak dapat nak postkan first entry pada waktu yang telah ditetapkan..

Kenapa lah aku tak buat autopost je, kan senang sikit.. Tapi malangnya malam tadi idea aku tak datang pulak, so tak dapat aku nak buat satu entry autopost untuk pagi ni.. Ni pun tengah menaip dengan sepantas peluru M16 ni.. Kalau taip sepantas cahaya, nanti akan ada banyak salah eja je pulak..

Okay lah cuma setakat itu je entry aku untuk pagi tengah hari ni, aku  nak pergi sidai baju dulu.. Nanti kalau lambat sidai, mak aku marah pulak.. Siapa dekat sini yang baru bangun macma aku juga, sila angkat tangan dan buat entry macam saya..hehehe

P/s : Malam tadi mimpi aku couple dengan sorang awek yang tidak dikenali, misteri tak mimpi tu..huhu

Monday, May 23, 2011

Malam ni aku terpaksa...

Aku nak mintak maaf lah dekat korang semua ye, terutama korang yang tengah baca entry ni.. Eh, kenapa aku tiba2 mintak maaf ni, apakah aku sudah mula insaf tidak mahu mengenakan para pembaca blog aku ni lagi..?? Kalau ada lah yang berfikiran begitu, korang lah pulak yang kena mintak maaf..

Kenapa pulak..?? Sebabnya apa yang korang fikirkan tu memang salah, aku cuma akan berehat sebentar bersama kitkat dari membuat entry yang macam tu untuk malam ni je.. Aku sendiri tak tau kenapa dengan aku malam ni.. Aku rasa yang malam ni aku kena berehat lah deri menghadap blog..

Jari and pergelangan tangan aku ni tiba2 sakit pulak.. Nak menaip entry ni pun rasa pedih sangat sampai mengalir air mata aku.. Okay, itu tipulah kan sebab aku cuma rasa sakit je bila jari aku ni menekan papan kekunci lappy ini..

So, malam ini aku hanya akan menutup lappy aku ni lebih awal dari biasa.. Kalau mengikut dari perkiraan aku ni, masa korang baca entry aku ni, aku telah pun menutup mata sambil berbaring diatas sofa.. Kalau ada yang nak tau, aku sebenarnya tak tidur dalam bilik..

Bilik aku tu adik aku pulak yang conquer, mentang2 lah masa tahun lepas aku kena duduk hostel.. Bila aku balik je dekat rumah, aku tengok katil tinggal satu je.. So, aku mengambil keputusan untuk tidur diruang tamu, boleh bangun awal dari orang lain..

Okaylah, tadi kata jari sakit lah, tak boleh nak menaip lah.. Tapi dah sampai 6 perenggan dah, apa lah aku ni kan.. Yelah2, aku nak tutup lah entry ni tapi sebelum tu aku nak ucapkan lah selamat malam dekat korang semua..^^

Aaarghh..!! macam mana ni..

Alamak, macam mana ni.. Aku dah lah tak sedia lagi ni, kalau tiba2 je depan dia tu gugup macam mana pulak nanti.. Aku ni bukannya boleh sangat kalau dah gugup, bila gugup memang sah jadi gagap, lepas tu habis semua benda aku lupa..

Okay ye, sebelum tu aku nak bagitau dekat korang, kalau ada lah sesapa yang diantara korang ni ingat entry ni ada kaitan dengan entry aku kena kahwin tu.. Korang sebenarnya silap tau kerana entry ni entry lain pulak.. Korang nak tau cerita yang sebenarnya kan, ala tipulah kalau korang kata tak nak tau..

Kalau korang tak nak tau kenapa korang baca entry ni..?? Apa2 jelah, sebab aku nak bagitau jugak, kalau aku tak nak bagitau takde lah aku buat entry ni.. Korang ingat tak yang beberapa bulan lepas aku ada tanya sama ada nak amik subjek bahasa mandarin atau jepun..

So, sekarang ni aku dah amik subjek bahasa mandarin.. Dan untuk masalah hari ni pulak ialah, petang ni aku ada kelas nya dan menurut kata lecture tu, dia nak buat oral pulak petang ni.. Korang tau tak oral tu apa..?? Bukan berus gigi oral-b tu, tapi oral ni ialah bila kita kena menjawab soalan secara lisan..

Mesti korang nak kata yang aku dah pro kan, tapi malangnya anggapan korang itu salah lah pulak.. Aku masih belum pro lagi, still beginner or dalam dunia blog orang panggil newbie.. Malam tadi aku try lah baca apa yang pernah dia ajar, adeh berbelit lidah aku nak menyebutnya..huhu

Takpelah, nampaknya aku kena lah redha dengan apa yang akan aku hadapi petang ni nanti.. Katanya yang dia nak tanya 10 soalan in mandarin.. Aaarggh, masak aku macam ni.. Okaylah, aku nak pergi hafal apa yang patut ni..T_T

P/s : Kalau malam ni aku tak "pengsan" awal, aku update lagi ye..^^

Sesat di dalam ayat2 mengarut...huhu

Salam buat para readers aku yang sungguh cantik dan hensem pagi ni.. Walaupun aku tau ada yang masih belum bangun tidur atau pun pergi mandi.. Takpelah aku puji pagi2 ni, bukan selalu pun aku puji korang, betul tak..?? Jadi kepada mereka yang belum mandi, pergilah basuh muka sekurang2nya..

Yelah, nanti kalau mak atau roomate korang tengok, takde lah kena kutuk baru bangun tidur.. Korang pun janganlah risau sebab masa aku tulis entry ni pun aku belum mandi lagi, tapi masa korang baca ni aku dah berbau wangi lah..hehe

Jadi apa benda yang aku nak tuliskan pagi2 ni.. Hmm, aku sendiri masih tak pasti aku nak tulis tentang apa.. Kalau aku tulis tentang macam mana gaya aku tidur, agak2 korang nak baca tak..?? Tapi macam mana pulak aku nak bagitau macam mana gaya aku tidur sebab aku sendiri pun tak tau..

Jadi mesej yang aku nak selitkan dalam entry ini ialah, pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang yang tersayang.. Eh, ni apahal aku telah menyesatkan korang dengan iklan berhati2 dijalan raya ni.. Apa2 jelah, asalkan aku dapat menambahkan bilangan perkataan dalam entry ni..

Okay, cukuplah dengan tulisan merapu dan merepek tu.. Untuk mengelakkan korang sesat dibawa arus ayat2 mengarut aku, lebih baik aku membawa korang ke pangkal jalan iaitu dengan menamatkan riwayat entry ni.. Tepi2, aku nak bunuh entry ni dengan pedang sakti aku ni.. hiaaaghh..!!

Ish, nampaknya aku sendiri telah sesat dalam ayat2 mengarut ni.. Dah2, aku nak stopkan entry ni, malas dah jari aku nak menaip lebih2.. Okay terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry ni.. Kita bertemu lagi dalam entry lain pada waktu dan hari yang lain ye.. Daaa..^^

Sunday, May 22, 2011

Bunyi misteri dalam tandas pulak..

Huih, kali ni bunyi misteri dalam tandas pulak.. Kalau sebelum2 ni aku ada cerita bunyi misteri masa exam, masa tengah malam.. Banyak lagilah entry tentang bunyi misteri dalam blog aku ni, kalau korang nak baca korang boleh lah pergi search atau cari dekat post2 aku yang lepas..

Tapi untuk cerita ni adalah cerita dari kawan aku, aku jumpa dia petang tadi sebab lama tak jumpa.. So, demi tidak membuang masa, aku terus ceritakan lah dekat korang.. Ceritanya macam ni, eh sebelum tu korang buat2 lah seram, nanti baru feel..hehehe

Masa tu dia dah lambat pergi ke kelas, kelas pulak masa pukul 8.00 malam.. So dia pun mengambil keputusan untuk membawa kereta myvinya itu.. Apabila sampai sahaja di perkarangan fakulti dia tu, maka dia pun dengan tergesa2nya berjalan menghala ke arah kelas yang sememangnya telah bermula..

Tapi entah kenapa tiba2 perut dia terasa sakit pulak, rasa macam memulas2.. Jadi dia pun berlari lah kearah tandas dulu sebelum masuk ke kelas.. Jadi masa dalam tandas tu, korang tau lah apa yang dia buatkan, takkan lah itu pun aku nak cerita juga..

Tiba2 lampu tandas tu berkelip2, jadi kawan aku ni dah mula cuak lah kan.. Entah macam mana tiba2 dia terdengar pulak macam ada suara perempuan dalam tandas sebelah.. Pelik lah dia, macam mana boleh ada suara perempuan dalam tandaas lelaki..

Kata dia yang masa tu dia fikir ada orang buat projek lah tu.. Jadi dia pun cepat2 lah keluar dari tandas dan sebelum dia keluar tandas tu, sempat lah juga dia berdehem sambil mengetuk pintu tandas sebelah tu.. Sambungnya lagi, tiba2 je dia rasa macam nak tengok betul ke ada orang buat projek..

Jadi dia berdiri tidak jauh dari luar tandas sambil menunggu dengan penuh sabar.. Tiba2 korang nak tau tak apa yang dia nampak, dia kata yang dia nampak...
Dia nampak...

P/s : Entry ni memang sengaja aku buat cerita tergantung sebab aku memang suka..hehehe

Petang minggu yang mentensionkan..huhuhu

Arghh..!! kenapa lah petang2 ni ada orang yang nak mengganggu kententeraman dan keharmonian hidup aku ni.. Tak boleh lah nak biarkan aku mendapatkan tidur petang yang lena.. Eh2, kenapa dengan aku ni, pagi tadi dah merungut, ni petang pulak nak merungut lagi.. Apa cerita ni..??

Okay sebenarnya aku tengah tension dengan makhluk allah yang macam ni.. Yang macam mana..??Yang jenis tak reti guna telefon.. Aku tau yang korang sebenarnya nak tau ceritanya dari awal kan.. Yelah aku ceritakan satu hikayat ni..

Tadi masa aku sedang lena tidur dengan bermimpi kan yang aku telah berjaya menjadi seorang jutawan, bukan setakat jutawan, malah lebih lagi.. Tiba2 telefon berbunyi (baca macam lagu wonderpet tu), maksud aku telefon rumah aku berbunyilah..

Aku pun angkat lah nak menjawab panggilan tu.. Tapi malangnya tiada suara, mungkin panggilan terputus.. Okay, takpelah sebab aku fikirkan macam tu.. Lepas tu berbunyi lagi sekali telefon aku tu and aku angkat lagi sekali.. Pun still panggilan terputus..

Kemudian aku tunggu disisi telefon tu kalau2 berbunyi lagi.. Memang betul apa yang aku jangkakan, telefon tu berbunyi dan dengan sepantas kilat dan cahaya, maka aku mengangkat untuk menjawab panggilan itu lagi sekali.. Yeah, memang aku dah mula rasa macam nak maki hamun orang yang buat macam tu..

Kenapa..?? Sebab aku angkat dengan kepantasan sebegitu pun, still panggilan terputus.. Memang sah lah itu tandanya orang nak main2.. Aku amik keputusan untuk cabut je wayar telefon tu, baru puas hati.. Lantaklah lepas ni kalau2 sapa nak telefon tak dapat..

Kalau dia buat macam tu dekat handphone memang aku call and sumpah2 je orang tu.. Tapi hakikatnya aku takkan buat macam tu pun sebab buang kredit je nak call balik.. Jadi nasihat aku kepada mereka2 yang batak dengan telefon ni..

Tak payah lah nak buat benda2 yang macam ni, menyusahkan orang je tau.. Kalau korang buat macam tu, manalah tau orang tu boleh trace balik.. Memang panas lah telinga mendengar cacian orang tu.. Kalau tak pun, nanti orang lain yang akan buat benda yang sama dekat korang..

Malware oh malware...

Salam kepada korang semua yang sudah bangun pagi, atau yang bangun tengah hari.. Kenapa takde kepada yang bangun petang atau malam, sebab aku rasa orang yang macam tu tak singgah kot baca entry aku ni..hehehe.

Kenapa ni, pagi2 lagi dah mengeluh panjang..?? Eh, macam mana korang tau yang aku mengeluh panjang, aku cuma berpeluh je sebab baru lepas main dengan adik2 aku ni.. Tapi kalau nak diikutkan dari tajuk tu, memang aku nak mengeluh kan something dekat korang ni..

Seperti biasalah, kehidupan aku sebagai blogger yang sudah mula kehilangan semangat berblogging nya ini sedang cuba menambahkan kembali semangatnya itu.. Namun ketika aku sedang menyusun semangat aku kearah yang lebih tinggi, maka ada sahaja halangan yang mendatang..

Bukan sahaja halangan, malah ranjau dan onak yang penuh dengan duri terpaksa aku lalui.. Tidak cukup dengan itu, lautan api juga aku terpaksa renangi semata2 nak menambahkan semangat berblogging aku ni.. Amboi, sedap betul aku ni menipu korang kan, sampai lautan api konon, karut je semua tu..

Maksud aku, aku kena merajinkan diri aku untuk melakukan aktiviti berblogwalking demi menambahkan semangat dan idea yang makin hilang ini.. Tapi sejak kebelakangan ni aku aku asyik jumpa je dengan blog yang mengandungi malware..

Bila aku buka blog yang ada dekat dalam shoutbox tu, maka akan adalah blog yang mengandungi malware.. Aku tak kisah kalau blog korang ada malware ke tak, tapi aku punya puak penentang virus tidak membenarkan untuk aku membuka blog tersebut..

Jadi nasihat aku disini ialah, korang rajin2 kan lah diri korang untuk check sama ada blog korang tu ada virus ke tak.. Cara nak check ada ke tak, mula2 korang buka blog korang tu guna komputer lain atau pun restart balik modem korang tu..

Lepas tu korang taip url blog korang dan masuk lah dalam tu.. Kalau tak dihalang oleh apa2, maka blog korang tu sihat walafiat lah tu.. Tapi kalau tak, korang kena pergi baca dekat entry aku yang ini untuk cuba membuang malware tersebut.. >> Entry ni..

P/s : Takziah kepada mereka yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Selangor tu..

Saturday, May 21, 2011

Bila malas menguasai diri, maka...

Ye, bila penyakit malas ni dah mula menguasai diri aku ni, maka akan berlaku sesuatu perkara yang akan lakukan.. Hah macam mana, gerun tak bila korang baca ayat tu.. Mesti korang rasa macam nak pergi makan nasik kan sekarang ni..hehehe

Okay, aku tau benda tu tak lawak, malah aku juga tau yang ayat tu bukan ayat untuk iklan krim temulawak.. Tapi apa yang aku nak nyatakan dekat entry ni, aku sekarang ni tengah dalam mode malas.. Bukan dalam mode senyap mahupun mode umum..

Apa korang ingat telefon je ada jenis2 mode ni, aku pun ada gak mode2nya.. Tapi mode aku ni jenis yang tukar sendiri, aku sendiri tak dapat control mode2 dalam diri aku ni.. Ah, sudah lah dengan apa yang aku mengarutkan ni, aku ni hanya membuang masa korang je kan..

Tapi memang itu pun niat aku ni, hahaha.. Jahat betul aku ni kan, hope korang tak kisah lah dengan kejahatan yang ada dalam diri aku ni ye..^^. Err, okaylah aku nak habiskan ayat dekat dalam entry ni.. Hah, itu lah sesuatu yang akan aku lakukan bila malas menguasai diri aku ni..

Berehat di petang sabtu..

Eh, hari ni betul lah sabtu kan..?? Aku lupa pulak, entah macam mana aku asyik ingat yang hari ni hari isnin je.. Hmm, nampaknya entry ni khas untuk aku jelah ye, sebab nak kena rehatkan minda..hehe. Takpe, kalau korang nak berehat juga sambil baca entry ni pun tak pe jugak..^^

Okaylah, aku malas nak celoteh dengan lebih panjang, so korang tengoklah juadah makanan gambar yang aku sediakan ni ye.. Aku malas nak letak caption, so tak payah lah tanya aku ye kalau korang tak faha,..hehe


Kalau nak tengok yang lain, klik dekat sumber aku dapat gambar ni : Chris Stomer (Creative Ad)
P/s : Petang ni ada hal sikit, mungkin sampai malam baru sampai rumah..huhu

Korang ni baran tak..??

Eh2, ni apahal pagi2 dah tanya soalan yang macam tu..?? Orang pagi2 tanyalah dah sarapan ke belum..?? Dah mandi ke belum, paling tak pun tanya dah bangun ke belum.. Okay2, aku tanya lah ni, korang dah makan ke belum ni, kalau dah makan cepat jawab soalan di bahagian tajuk tu..

Kalau korang sendiri tanya aku, aku sendiri tak tau nak jawab apa.. Aku rasa aku ni cuma baran bila dengan adik2 aku je.. Yelah, dorang ni dah lah asyik bergaduh je, macam mana aku tak baran.. Namun walau macam mana pun kalau dengan orang lain aku boleh kawal baran aku ni..

Cuma satu jelah yang aku tak boleh tahan,aku tak boleh kalau dengar orang tu marah2 dan pada waktu yang sama, dia menyebut perkataan sensor.. Aku sendiri tak tau kenapa, bila aku berhadapan situasi macam tu, aku rasa dalam badan aku ni nak je pergi tumbuk orang tu..

Dan demi mengelakkan perkara itu berlaku, maka aku pergilah meninggalkan kampung halaman aku ni.. Cewwah, sampai nak meninggalkan kampung pulak aku ni, macam sengal lah pulak kalau aku tingalkan kampung sebab nak elakkan pergaduhan..

Tapi alhamdulillah lah sebab sepanjang aku hidup ni tak pernah lagi aku bergaduh dengan orang.. Aku pun sebenarnya tak suka nak baran2 ni, lagi2 sampai bergaduh.. Ibu selalu pesan, pakaian kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci sukar dicari..

Eh2, apahal iklan sabun pun masuk juga dalam entry ni, dia ada share apa2 ke dekat dalam blog ni.. Ah, abaikan jelah apa yang aku mengarutkan tu.. Jadi cuma itu jelah benda yang aku nak share kan pagi ni.. Korang pulak macam mana, baran tak..??

* Baran = Cepat marah

Udara subuh pada diri kita..

Wah, ni apa mimpi aku postkan entry masa subuh2 ni, waktu subuh pun belum masuk lagi (dekat kawasan aku).. Eh, lupa pulak aku nak ucapkan salam dekat korang semua, tak kisahlah yang masih lena diulit coklat hazel mimpi..

Sebab nanti korang akan bangun juga baca entry aku ni.. Perghh, yakin gila aku ada orang nak baca entry aku pagi2 ni.. Takpelah, lagipun ini sebagai ujikaji untuk melihat sama ada time2 ni korang dah bangun ke belum.. Kalau tak ramai yang baca entry ni, maknanya ramailah yang masih terlena..hehehe

Sasaran aku untuk orang yang akan baca entry ni pada waktu ini ialah korang2 yang tengah study, dan korang yang dah bangun pada pukul 4 lebih.. Owh ye, sebelum entry ni terbabas dengan lebih jauhnya, baik aku ceritakan apakah motif tajuk diatas..

Sebenarnya takde apa2 motif pun, just saje nak share kan dekat korang apakah kebaikan udara pada waktu subuh ni.. Antara kebaikan2 teh.. Eh, silap pulak, ingat nak buat iklan teh lipton tadi..hehe.

* Badan akan jadi lebih segar..
* Otak akan mudah menerima apa saja ilmu..
* Menenangkan minda..
* Akan mengubah aura2 negatif dalam badan kepada aura positif

Okay, cuma itu jelah yang aku tau.. Lagi pun aku dapat tau ni dari cikgu sekolah menengah aku dulu.. So, tak pasti sama ada itukah yang dia bagitau dulu..hehe. Aku nak pergi jalan2 pusing satu taman rumah aku ni, sapa nak ikut..^^

Friday, May 20, 2011

Alamak, aku dah lambat postkan entry ni..

Adeh, macam apa yang korang baca dekat atas tu, entry ni aku lambat postkan lah.. Kalau macam sebelum2 ni aku akan postkan entry pada pukul 10.25 malam, tapi hari ni pukul 10.25 baru aku nak buka blog.. Ditambah lagi dengan tengah takde idea sekarang ni..

Eh2, sebenarnya ada idea, tapi aku dah susunkan idea tu mengikut jadual yang telah aku tetapkan lah.. Jadi untuk idea malam ni memang aku fikir aku nak relax je.. So, malam ni pun tiada lah lagi entry rekaan untuk aku postkan malam ni..

Aku fikir aku nak buat perubahan lah dekat blog ni, tapi masih takde idea nak buat perubahan apa.. Nak design header pun aku tengah fikirkan nak buat konsep apa.. Kalau boleh aku nak buat macam blog Ini kisah tia dan Cik Ina, kenapa aku nak buat macam blog dorang..??

Sebab aku tengok blog dorang ni dah macam website pulak.. Ni yang jeles ni, aku nak korang pergi blog dorang dan suruh dorang buat tutor macam mana nak buat layout macam tu.. Aku mencari juga layout macam tu, tapi tak jumpa pulak..

Dah lah layout macam website, lepas tu ringan pulak tu.. Agak2 apa lah rahsia blog dorang ye, korang berdua sila jawab cepat.. Kalau tak nanti aku sendiri yang jawab pulak, korang mesti tak nak kalau aku sendiri yang jawab soalan tu..hehe

Okay lah, aku rasa cukup sampai disini untuk aku menaip di entry ini, sekarang ni dah pukul 10.43.. Kalau makin lama aku mengarut, makin lambat pulak untuk aku postkan entry ni.. Tapi aku rasa korang mesti tak kisahkan kalau aku lambat post entry ni..^^

Tak payahlah baca ni, nanti korang muak pulak...

Aku tau yang korang still juga nak buka dan baca jugak kan.. Korang ni memang lah, aku tak tau nak cakap macam mana lagi, aku kecewa tau.. Kenapa korang tak nak dengar cakap aku ni..?? Lantak lah, suke ati korang lah kalau still nak baca juga..

Err, sila jangan salah faham ye.. Kalau korang rasa ayat diatas tu macam ayat nak marah, korang memang silap lah ye.. Sebabnya takkan lah aku nak marah korang pulak kan, dah lah korang ni penggerak blog aku ni  untuk maju ke hadapan (eh, dah macam ayat untuk PM pulak..hehe)

Tapi aku rasa korang memang akan bosan kot kalau aku nyatakan sebab dan tujuan aku membuat entry ni.. Tapi itu bagi mereka yang selalu singgah dan baca blog aku lah.. Kalau yang just singgah cari kotak jerit tu, mesti tak akan bosan bila baca entry ni..

Jadi apa benda yang akan membuatkan korang bosan tu..?? Takkan entry rekaan lagi kot, hmm aku tak tau la korang bosan ke dengan entry rekaan aku.. Tapi yang pasti dah 2 hari berturut2 aku buat entry tentang hal ini.. Cuba teka aku nak buat entry apa..??

Laa, takkan tak perasan kot, macam mana nak jadi pembaca setia aku ni.. Eh2, perasan pulak ramai orang yang jadi pembaca setia blog ni..hehe.. Ish, ni nak bagitau ke tak ni..?? Okay2, aku bagitau lah ye, hope korang tak muak lah bila aku bagitau ni..hehe

Sebenarnya hari ni aku dapat satu lagi BE dari Nuffnang, Iaitu iklan di bahagian tepi tu, iklan ADT Home Security.. Mungkin rezeki hari Jumaat kan, so apa yang dapat aku ucapkan ialah alhamdulillah sekali lagi.. Masuk ni dah BE yang ke-3 lah yang aku dapat jika termasuk dengan BE dari entry ini dan entry ini..

Okay, aku tau yang korang tak muak dengan entry ni.. Sebab kalau dah muak mesti korang akan tekan butang pangkah dekat atas tu.. Terima kasihlah sebab korang still baca entry ni sampai habis ye dan terima kasih kepada Nuffnang sebab bagi lagi satu BE dekat blog ni, saya suke sangat..^^

P/s : Nak pergi menakluk (blogwalk) ke kawasan (blog) yang belum di jajahi lagi ni..hehehe

Takde benda yang aku nak storykan ni..

Salam para pembaca semua, korang still mengantuk lagi ke..?? Hmm, kalau macam tu samalah kita ye.. Aku ni pun tengah mengantuk sangat ni, tak tau lah kenapa.. Mungkin sebab malam tadi tidur lambat kot, tapi lambat2 pun just pukul 2 je baru lelap..

Takpelah, biarkanlah mata ini dengan mengantuknya, asalkan jari ini masih menaip untuk entry pagi ini.. Aku tak tau nak story apa pagi2 ni, ditambah dengan mata mengantuk ni memang idea aku tak kan datang lah ni.. Err, macam mana kalau aku pendekkan entry ni..

Maksud aku, aku nak tamatkan apa yang aku tulis ni lah.. Tapi aku pulak yang rasa macam tak best, kalau aku buat entry pendek2 ni aku rasa macam tak puas pulak.. Kalau nak tunggu idea ni datang memang agak susah, jadi apa yang harus aku lakukan demi meneruskan kehidupan diatas muka bumi ini...??

Eh2, nak buat drama bangsawan pulak aku ni.. Kalau aku nak buat drama bangsawan, aku kena pergi dekat dewan pustaka kampung aku lah.. Kenapa kena pergi dekat dewan kampung aku..?? Entah lah, aku pun tak tau kenapa.. Aku bukan pandang pun apa yang aku taip ni..

Menipu lah kan kalau aku tak pandang.. Maksud aku ialah aku malas nak fikirkan apa yang aku tengah taipkan ni.. So, korang layankan jelah apa yang aku bebelkan di pagi hari ni ye.. Kalau ada yang tak terlayan tu, korang boleh lah pergi menjengah ke blog2 yang lain pulak pagi ni..

Okaylah, aku nak pejamkan mata ni kejap.. Dah berat sangat ni sampai nak pandang entry ni pun aku dah tak mampu.. Hope nanti takde lah aku terlajak sampai lupa nak pergi ambik adik aku dekat sekolah.. Tajuk pun aku belum letak lagi masa korang tengah baca ayat ni tau..

Thursday, May 19, 2011

Malam ni bukan entry rekaan dah..

Okay2, malam ni aku agak penat lah sebab baru balik dari kelas.. Pukul 9.30 baru sampai rumah, rehat2 kejap lepas tu terus update blog.. So, tiada idea untuk aku membuat entry rekaan lagi.. Suka lah korang ye sebab tak akan kena tipu malam ni..


Tapi korang jangan senang hati sangat, malam esok aku akan kembali membuat entry yang macam semalam lagi.. Apaa?? korang nak boikot entry yang tipu2 ni.. Alamak, kalau macam tu problem lah aku.. Dah lah idea yang selalu datang tu, idea untuk mengenakan korang je..

Kalau korang tak nak baca entry yang macam tu, korang nak baca entry yang macam mana lagi..?? Owh, korang nak baca entry yang betul2 lah ye, kalau korang nak entry yang macam tu korang kenalah cari dekat blog lain ye..

Ala, sebenarnya bukan selalu pun aku membuat entry2 yang macam tu.. Tolong lah bagi peluang untuk aku membuat entry jenis macam tu lagi.. Takpelah, kalau korang tak nak baca entry macam tu takpelah, aku buatlah entry yang lain pulak..

Untuk entry malam ni pun aku tengah pikir sama ada aku nak buat entry tipu juga atau tak.. Tapi setelah memikirkan dah 2 malam aku buat entry yang macam tu, maka aku mengambil keputusan untuk buat entry yang biasa2 je malam ni..

Okaylah, cuma itu je aku nak tulis untuk entry malam ni.. Nak pergi makan dulu, lapar lah pulak malam ni.. Lepas tu nak pergi balas komen2 dan singgah dekat blog korang tu.. Korang ada buat entry2 rekaan tak..?? Kalau ada aku pun nak gak rasa macam mana rasanya kena tipu..hehehe

Nuffnang ni... Grrrr..!!!

Ni apahal ni, bunyi macam ada perasaan tak puas hati je dengan nuffnang ni.. Memang aku tak puas hati ni, aku tak puas hati betul dengan nuffnang ni tau.. Kenapa aku tak puas hati pulak ni..?? Satu persoalan yang aku nak korang tanya, boleh tak..hehe

Sebenarnya macam ni, korang nampak tak iklan nuffnang dekat atas entry ni..?? Bukan yang bawah header or yang dekat belah tepi tu, dan bukan juga iklan churp2 ye.. Tapi yang dekat atas entry tu lah, ala korang jangan nak buat2 tak nampak pulak ye.. Kalau nampak sila klik jika berminat, jika berminat je..

Iklan apa yang korang nampak dekat situ..?? Iklan Hong Kong Disneyland kan..?? Cuba tengok gambar siapa yang ada dekat situ.. Kenal tak gambar siapa tu, sebab kalau kenal sila bagitau aku ye.. Aku tak kenal siapa dia, yang aku tau nama dia ialah Hanis Zalikha dan Jane Chuck (iklan lagi satu), dan dorang ni ialah blogger..

Eh, betul ke apa yang aku bagitau ni, kalau salah korang tolong betulkan ye.. Sekarang yang aku tak puas hati ialah kenapa bukan gambar aku dalam iklan tu.. Ni yang rasa macam nak kena hantar ticket banyak2 dekat nuffnang ni..
lawak pulak bila aku tengok gambar ni..

Haha, berangan giler aku ni kan.. Siapalah aku ni untuk orang upah masuk dalam iklan dorang tu.. Dah lah nama pun Arpiiz, ish nama apa tu..?? Nanti mesti orang ingat yang nama tu nama alien dari planet Kroghus.. Hah, sudah lah tu, aku malas nak merepek petang2 ni, lagi best aku makan kerepek..

Niat hati ni nak bagitau yang iklan Hong Kong Disneyland tu ialah BE aku yang ke-2.. Alhamdulillah, aku harap rezeki aku akan bertambah2 dengan bertambahnya BE ni.. Encik nuffnang, lain kali letak lah BE banyak2 dekat blog saya ye, saya suke ni..hahahaa (gelak secara berhemah)

P/s : Kalau takde iklan tu, mungkin masa untuk iklan tu keluar dah habis..

Yelah2, aku nak mintak maap lah ni..huhuhu

Apa2 hal pun untuk first entry hari ni, aku nak ucapkan salam kepada para readers yang sedang membaca entry ini dan juga entry malam tadi.. Eh, kenapa entry malam tadi pun masuk juga..?? Kalau nak tau, bacalah sampai habis dulu ye..

Sambung balik dari tajuk tu.. Yelah2, aku nak mintak maap lah sebab dah buat korang rasa tertipu, terkentut, termarah2.. Bukan aku sengaja nak buat entry macam tu, aku takde niat pun nak buat macam tu.. Masa aku tulis entry tu pun aku rasa macam bosan je..

Mesti korang tertanya2 kenapa aku menulis dengan gaya yang seakan2 sedih dan kecewa kan.. Jangan risau, itu hanyalah lakonan semata2 sahaja.. Tapi apa2 pun aku nak ceritakanlah tentang entry malam tadi, entry yang telah membuatkan readers blog aku terasa dizalimi ditipu..

Bagi sesiapa yang belum baca entry malam tadi, pergi baca cepat.. >> Berita dari pihak blogspot.. Tak sangka pulak aku entry yang aku rasa macam boring tu telah membuatkan korang2 semua berasa terkejut tahap tercabut jantung.. Menurut dari komen tu, sampai ada yang nak bertukar jadi Hulk dah..

Tapi aku nak rasa bangga sikitlah sebab entry tu dapat komen yang agak tinggi berbanding entry yang lain..hehe. Sampai ada blogger yang telah membuat entry lagi memberitahu yang dia tak puas hati dengan entry aku tu.. Kalau korang nak baca pergi lah ke entry beliau yang ini ye.. >>Tipah tertipu weh!!

Sebenarnya dia bukan tak puas hati, cuma menyatakan rasa geramnya terhadap entry tu, katanya muka dia sampai merah masa baca entry tu.. So, aku dengan ini nak menyusun sepuluh jari ditangan, dan memohon maaf sekiranya entry itu membuatkan korang tercarut2, terkentut2 dihadapan laptop korang tu ye..hehe

Pagi ni bila aku baca balik komen2 korang, tergelak aku sorang2 dekat rumah ni.. Agaknya macam mana lah kalau email tu betul2, mesti korang sibuk nak buat backup kan.. Owh lupa nak bagitau dekat korang, widget follower tu dah ada balik, so korang tak payah lah risau lagi ye..^^

P/s : Kalau aku tak bagitau yang entry tu rekaan, agak2 jadi isu tak..??

Wednesday, May 18, 2011

Berita dari pihak blogspot...

Ye2 aku tau yang korang semua tengah resah gelisah ibarat cacing sedang kepanasan sebab dia nak buat tanning.. Jadi untuk entry malam ni biarlah aku jelaskan kepada korang apakah yang telah berlaku terhadap widget follower korang tu..

Bagi yang tak tau tu meh sini aku nak bagitau awal2.. Pada blog korang tu sebenarnya telah kehilangan satu widget yang teramat penting tau.. Kalau tak percaya cubalah korang pergi tengok dekat blog korang tu, mesti widget follower korang tu sudah menghilangkan diri kan..

So, disebab kan aku ada member yang berkerja dalam bahagian blogspot ni, maka aku akan menjelaskan kepada korang apa yang telah berlaku pada widget2 follower korang tu.. Biar aku pastekan jelah apa yang dia dah emailkan dekat aku..

Kepada Arpiiz.


Kami memohon maaf atas kesulitan yang sedang berlaku pada saat ini. Pihak kami pada ketika ini sedang cuba mengembalikan semula widget-widget follower itu. Namun kemungkinan untuk widget follower itu menjadi kosong semula agak tinggi.


Pihak kami juga memohon maaf sekali lagi kerana menurut jangkaan kami, kesemua blog didalam dunia ini terpaksa dihapuskan dalam masa 24 jam sahaja lagi. Ini semua adalah kerana masalah itu adalah masalah jangka panjang selepas kami membuat beberapa pembaharuan.


Jadi kami berharap agar tuan akan membuat salinan terhadap entry2 anda yang berada didalam blog anda itu. Pihak kami tidak akan membuat sebarang salinan untuk blog anda kerana kami terpaksa membersihkan semula semua data yang ada di dalam pengkalan kami.


Harap penjelasan itu dapat menjawab segala pertanyaan tuan tadi.

Hah, macam mana.. Blog korang akan dihapuskan dalam masa 24 jam lagi, kiranya esok malam semua blog akan hilang... So, cepat2 lah korang copy paste entry2 korang tu supaya dapat diletakkan dalam blog baru korang nanti..

Err kejap ye, sebelum berlaku apa2 kekecohan.. Aku nak bagitau yang email itu hanya rekaan semata2 sahaja.. Ianya direka khas untuk mengisi entry aku malam ni..hehehe. Korang tak marah kan..???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...