Friday, July 27, 2012

Nak tukar mood..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua...

Pilih mood anda pada hari ini...

Haih, sekarang ni kan tengah mood puasa, asal aku ni mengada2 sangat nak tukar2 mood ni..?? Aku tak nak puasa ke..?? Ish2, teruk benor lah aku ni kalau tak nak puasa, dah lah bulan ramadhan ni datang sekali dalam setahun, takkan itu pun aku tak boleh nak sabar kot..

Sebenarnya aku bukan nak tukar mood puasa ni, aku nak tukar mood blog aku ni.. Kalau korang tengok dekat blog aku ni, kan gelap je.. Tak meriah langsung, dah tu siap ada gambar tengkorak lagi tu.. Buatkan korang rasa takut je bila singgah blog ni...

Apa...?? Korang kata korang tak takut pun tengok gambar tengkorak tu..?? Alah, korang tipu je, sebab korang tak nak rasa segan kan..hehehe.  Jadi apa kata korang cadangkan dekat aku, warna apa yang patut aku apply kan dekat blog ni..??

Adakah warna2 yang ceria lagi menggembirakan atau warna2 suram lagi menggerunkan...?? Sebarang ulasan boleh lah diajukan di ruangan komen dibawah ye.. Jika aku berkesempatan, aku balas lah balik komen tu and singgah kat blog korang pulak..

2 comments:

Aishah Jahirah said...

nak make over blog la ni?warna ceria...xkisah la apa asal sesuai dengan blog dan xsakit mata je..hik

afzalsukasuki said...

hehe ko rasa camner ngan blog ko?leh je edit tokok tambah template jangan ko tukar macam blog gegerl dah la hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...