Monday, February 28, 2011

Makan sambil berblog..

Salam malam buat semua..

Malam ni kena update cepat sikit..

Sebab sekarang ni tengah makan nasi goreng..

Maklumlah, lepas seharian tak makan nasi..

Korang dah makan..??

Kalau belum jom lah kita makan sekali ye..

Tapi jangan makan laju2 ye..

Selamat melantak menjamu selera..^_^

bukan nasi goreng aku..

Wahai follower2 aku...

Salam pagi buat semua rakyat Malaysia terutama kepada bloggers yang pagi2 lagi dah buka blog.. Haih, ni mesti kes tak sabar nak update entry tentang mimpi malam tadi ni.. Gurau je, jangan marah ye.. Pagi2 ni kena chill, tak boleh nak hot and spicy je..

Okay2, aku ni suka sangat melalut di awal perenggan kan.. Apa boleh buat, dah memang macam tu cara aku tulis, takkan aku nak melalut di setiap perenggan kot.. Kalau ada mungkin time tu otak aku tengah ligat berfikir tentang sesuatu.. Lupe pula aku, sorry kepada korang yang menunggu aku untuk update malam tadi, walaupun aku tau mungkin takde kot yang tunggu.. Bukan kerana aku malas nak update, tapi atas desakan keluarga assignment yang berlambak bak gunung kinabalu tu memaksa aku untuk melupakan blog aku sekejap..

Hari ni aku nak bagitau dekat korang especially to my follower.. Actually i want..(translate) Sebenarnya aku nak bagi ni dekat korang sebagai tanda terima kasih aku sebab sudi follow blog aku yang tak seberapa ni.. Aku tau mungkin ada yang tak suka, tapi apa boleh buat kan, cuma itu je yang aku mampu buat..T_T

Inilah dia bendanya, kepada semua follower aku silalah ambil ya.. Tak payah nak berebut sebab benda ni cume perlu dicopy je dan paste dekat blog korang..hehe. Hope blog korang dan blog aku ni boleh memberi manfaat kepada orang lain ye..

Selamat hari Isnin..^_^

* Tambahan, cara nak letak ialah :

Klik kanan >> copy image location >> Design >> Gambar >> imej (letakkan copy link tadi dekat bahagian 'dari web') >> pautan letak link ni http://arpiiz001.blogspot.com/ >> save..

Sunday, February 27, 2011

Ada sedikit perubahan..

Salam kepada semua yang sedang berehat pada pagi ahad yang indah ini.. Cik Tifa kita ni nak bagitau dekat korang sesuatu ni.. Korang kenal tak siapa Cik Tifa ni, kalau tak kenal baca entry ni..>> entry ni..

"Seperti apa yang anda perasan (bagi yang perasan), kami telah meletakkan iklan Heartbeat atau lebih dikenali sebagai HB di dalam blog ini.. Bukan sebab kami tidak setia pada En. Nuffnang kesayangan kita itu.. Tapi kami sengaja nak mencuba selepas melihat ramai pula blogger yang meletakkan iklan HB ni dekat blog mereka..

Ditambah pula dengan kata2 manis dari mereka yang mengatakan bahawa dengan meletakkan iklan HB ni tidak akan menjejaskan status gelihati(glitterati) nuffnang.. Untuk pengetahuan anda, kami pun baru sahaja nak mencuba2, nanti kalau betul apa yang mereka katakan itu, kami akan bagitau dekat anda..

Jadi kepada sesiapa yang juga turut terasa tertarik atau rasa kami yang menarik anda untuk join HB ni, sila klik pada tulisan heartbeat yang warne hijau dekat atas tu.. Tapi kalau anda malas sangat nak alihkan cursor(anak panah) tu, klik sini pun boleh juga >> Heartbeat

Jika anda memerlukan tutorial tentang cara nak daftar HB ni, anda klik dekat sini ye sebab kami pun belajar dari sini >> klik sini.

Perubahan lain yang nak kami bagitau ialah tempat letak shoutbox kami telah kami letakkan pada bahagian bawah sekali.. Maaf jika itu membuat kan anda berasa susah, tapi ini antara kajian yang sedang kami lakukan untuk memantapkan blog ni..

Last sekali kami nak bagitau yang jika anda rajin, anda boleh klik ke semua iklan yang muncul dekat dalam blog ni.. Kalau tak silap kami yang HB ni tiada fraud klik, jadi anda boleh la klik walau saje2..hehe. Okay, cuma itu sahaja, kalau ada apa2 info tentang HB and Nuffnang kami akan inform pada blog ni.. Selamat berhujung minggu ^_^"

Yang benar, Cik Tifa Lockhart

P/s (play station) : Disebabkan entry ni ditulis oleh Cik Tifa, maka ayatnya agak sopan sikit berbanding ayat aku..hehehe

Saturday, February 26, 2011

Aku buat kereta terbang..

Salam malam buat semua especially dekat korang tu, yang itu, dan juga yang itu.. Korang tengah buat apa tu, mesti tengah makan sambil duduk kan.. Mestilah sambil duduk, kalau masa berdiri nampak buruk bebenor rupanye..^^

Malam ni aku nak cerita tentang experiment yang telah aku lakukan sejak kebelakangan ni.. Bukan experiment bedah tikus atau katak, tapi aku tengah mencari formula tentang macam mana aku nak buat kereta yang boleh terbang.. Setelah pelbagai cubaan demi cubaan yang telah aku lakukan, akhirnya aku telah berjaya menghasilkannya..

Aku tunjukkan gambar ni khas untuk korang tau..
Inilah hasil kereta yang aku ubah suai tu..
Setelah aku membuat cubaan terbang di dataran merdeka.. Inilah hasilnya...
Selepas terbang..
Ya, inilah hasil percubaan kereta terbang aku dan aku telah terpaksa membayar ganti rugi kepada tuan rumah yang aku telah langggar tu..huhuhu

Selamat beristirehat..^_^

Aku malas nak update ni..

Salam buat semua, aku tak nak tulis panjang2 la..

Aku cuma nak tulis yang aku malas nak update..

Okay, itu je...

Eh2, dah update plak...

Macam mana ni..??

Selamat hari Sabtu..^^

tapi aku takde la malas macam orang ni..^^

Friday, February 25, 2011

Akhirnya rahsia dah terbongkar...

Salam malam buat semua tetamu yang datang menjengah ke blog Arpiiz itu nama ku.. Pada malam ini saya akan menyanyikan sebuah lagu.... err, rasanya tak payah kot, takut korang akan mengalami gejala tidur di depan laptop pula.. Maklumlah, suara aku ini ibarat suara jigglypuff yang boleh membuatkan sesiapa pun tertidur bila terdengar suaranya..(siapa yang layan pokemon dulu tau la apa itu jigglypuff)..

Okay, kita kembali semula ke jalan yang lurus.. Maksud aku ke tujuan aku buat entry ni.. Setelah kajian demi kajian telah dilakukan oleh pelbagai jenis saintis.. Dari saintis tentang tumbuhan hinggalah ke saintis yang mengkaji tentang astronomi.. Mereka semua telah menjumpai apakah rahsia untuk membuat satu entry yang paling berkuasa.. Entry korang akan menjadi lebih menarik dan bertambah cun/hensem bila korang mengetahui rahsia itu.. Pendek kata, entry korang tu akan dapat menarik minat dari semua golongan tak kira sama ada yang bayi, kanak2, remaja hinggalah ke mereka yang sedar diri mereka dah lama hidup.. Kalau yang tak sedar tu aku tak boleh buat apa la kan..

Apakah rahsianya..? Seorang blogger yang tengah menghadap laptopnya sekarang ini bersuara.. Sabar dulu, nanti akan aku bagitahu sebab sekarang ni pun aku belum dapat lagi apa rahsianya.. Aku dah suruh dorang emailkan, tapi dorang kata yang dorang tak tau nak guna pula.. Ish2, kuno betul lah dorang ni, harap namanya saintis.. Takpe, sementara menunggu para saintis tu nak emailkan rahsia tu apa kate kita pergi melepak2 depan tv sambil melayan biskut kering cicah air milo panas.. Huish, lazat woo, senang cakap sampai menjilat cawan..

Korang dah habiskan ke belum air milonye..? Laa, belum buat lagi rupanya.. Takpelah sebab aku dah dapat dah emailnya.. Ni aku tuliskan balik ye..
Alamak, saintis ni cuma hantar gambar je, macam mana nak tengok.. Ish, nampak nye rahsia untuk membuat entry paling berkuasa tu akan tetap menjadi rahsia.. Nantilah, bila aku jumpa dengan saintis tu, taulah apa yang aku nak buat..

Okay, apa2 hal aku nak mintak maaf kalau korang dah tertanya2 sangat apakah rahsianya.. Aku sendiri pun tak tau ada ke rahsia yang macam tu.. Tapi apa yang pasti ialah saintis sebenar mesti lah tau menggunakan email, kalau dorang tak tau macam mana dorang nak share hasil kajian dorang tu, betul tak..??

Malas, pemalas dan rajin..??

Aku tak tau sejak dua tiga empat menjak ni aku sudah tawar hati terhadap kau.. Apakah kau sudah tidak lagi berjaya menarik  perhatian aku.. Apakah kau sudah tidak pandai nak membuatkan dirimu menjadi penarik perhatian aku.. Atau mungkin aku sendiri yang sudah mula berasa bosan dengan diri kau..

Aku MALAS..
Aku malas nak melihat kau lagi.. Aku sudah terasa malas untuk memandang wajah kau.. Aku memang sudah mula malas melayan diri kau.. Tapi apakan daya, aku tak mampu lagi.. Aku tak tau kenapa.. Apakah kau juga tahu mengapa..??

Aku PEMALAS..
Memang betul aku ni seorang pemalas.. Memang betul aku sudah mula menjadi pemalas.. Tapi semuanya berpunca dari siapa..?? Apakah dari kau, atau pun dari diri aku sendiri.. Sudah pasti lah orang ramai akan mengatakan diri akulah sebagai punca aku menjadi seorang pemalas..

Aku RAJIN..
Aku sudah tidak serajin dulu lagi.. Aku sendiri tidak tahu kenapa.. Pernah orang kata yang jika kita terlalu tumpukan perhatian terhadap sesuatu, maka kita akan mudah bosan.. Mungkin sebab itulah orang kata yang kita perlu berpada2..

Aku rasa mungkin sudah tiba waktu untuk aku biarkan kau bersendirian sementara.. Begitu juga dengan aku, memberikan sedikit ruang waktu untuk kita kembalikan semangat untuk kita bersama kembali.. Tapi apakah aku mampu..?? Aku tidak tahu, tapi apa yang aku tahu ialah aku perlukan sedikit masa..

Siapa nak belajar buat seks..

Salam kepada semua yang sudi terjah beramai2 ke blog aku ni.. Amaran dari aku ialah kepada sesiapa yang tak sanggup nak membaca sampai habis, sila lah keluar rumah ye.. Entry kali ini adalah untuk bacaan orang yang berumur sahaja walaupun aku sendiri baru nak cukup umur..hehe. Korang dah bersedia nak membacanye, kalau dah sedia moh kite ke kafe membaca..

Eh, nanti kejap, tu ada lagi budak yang tak blah lagi tu, dah2 pergi baca blog lain dulu.. Maaf ye korang sebab nak kena tunggu aku pergi halau budak tu.. Maklum lah, ini entry 18 SX, so aku kena la tapis betul2.. Okay, kalau apa yang aku ceritakan ni salah korang betulkan ye..

langkah pertama ialah korang kena lah panaskan badan dulu..
kena cahaya matahari dah panas lah kan..
Langkah kedua pula ialah...
Takde maknenya aku nak ajarkan cara nak buat tu.. Aku sendiri pun tak tau inikan pula nak ajar orang.. Atas tu cuma saje je nak bagi gempak sikit.. Aku buat entry ni sebab ada orang cari dekat blog aku, kesian dia mencari kan.. So, aku dengan rajinnya membuatlah entry ni..
aku tau korang tak nampak, so klik jelah untuk bagi besar..
Lagi pun ramai blogger yang buat entry macam ni, dorang ceritakan keyword yang dorang dapat, so aku pun nak juga..hehe. Seingat aku, inilah entry aku yang first mengeluarkan perkataan "seks" ni, tapi camne la dorang boleh cari benda tu dekat blog ni..T_T. Buat masa ni, blog ni dalam kategori baik lagi tau..

Hope korang takde lah nak marah aku ye, sebab takdenye aku nak buat cerita2 tentang seks ni, lainlah kalau aku amik dari akhbar ke, itu pun bukannye cerita seks.. Nasihat aku kepada pengguna internet di luar sana, silalah gunakan internet untuk kebaikan, bukan cari cerita2 yang kurang bermoral tu ye..

Thursday, February 24, 2011

Jenis2 blog..

Salam buat semua yang sudi datang ke majlis pertunangan .. Eh, dah silap intro ni, sori kepada semua ye, kalau korang nak datang ke rumah yang buat kenduri bukan dekat sini ye.. Sini adalah sebuah blog, bukan sebuah rumah kenduri yang korang nak datang tu.. Lagi pun hari ni mana ada orang buat kenduri, hari sabtu and ahad je biasa orang buat kenduri..

macam buah juga, ada pelbagai jenis..

Apa agaknya jenis blog yang korang pernah jumpa ye..?? Mesti macam2 kan.. Yang aku pernah jumpa ialah macam dekat bawah ni..


Jenis masakan..
Ini memang orang tau la, setiap kali masuk dalam blog dia, entry yang ada adalah entry tentang makanan je.. Biasanye memang boleh buat orang terliur la bila tengok gambar2 yang dia letak..


Jenis tips dan tutorial..
Sama macam yang jenis masakan, entry dia cuma tetang tips2 tak kisah la tips buat blog, tips nak cantik, tips cara nak minum air kosong, asalkan tips.. Tutorial pula biasanya tentang edit gambar guna phostohop, photoscape dan pelbagai lagi..

Jenis lawak, seram, cerita..
Yang ini aku kurang sikit jumpa, tak taulah sama ada aku tak perasan atau memang kurang.. Yang biasa aku jumpa tentang gambar2 lawak jelah..

Jenis personal, peribadi, merepek..
Antara yang paling banyak aku jumpa.. Entry yang berkisarkan tentang kisah kehidupan, cerita family blogger tersebut.. Jenis merepek ni mungkin macam blog aku kot..hehe

Jenis politik dan jenis kutuk blog..
Yang ini memang aku tak pernah jumpa lagi.. Korang pernah jumpa tak..??

Kesimpulannya, dunia blog ni bermacam2.. Kita mesti akan jumpa pelbagai jenis blog, samalah macam kita jumpa pelbagai jenis orang di dunia realiti ni.. Korang punye blog tu jenis apa ye..??

Korang tak takut ke..??

Salam buat semua warga2 blogger dan kepada sesiapa yang sudi singgah membaca ke blog ini.. Adoi, entah macam mane la hari ni aku boleh lupe nak update blog mase tengah hari tadi, kelas cume pagi je.. Dah petang macam ni baru lah nak update..huhu. Tulah, aku dah cakap, update blog dulu baru tidur, ni tak yang ko pergi tidur dulu kenapa (suara yang tak dikenali)..??

Kita teruskan lah kepada topik pembincangan kita hari ini.. Sebenarnye aku agak ter'ask2' (tertanya2) la kepada kaum hawa ni.. Bukan setakat gadis yang bernama Hawa saja ye.. Kalau aku tengok dekat blog2 atau yang paling banyak adalah dekat Mukabuku (Facebook) tu, ramai sangat yang meletakkan gambar korang yang membuat muka comel tu secara terbuka.. Kalau setakat 1 atau 2 mungkin aku tak heran, tapi kalau ada samapai 100 tu camne..??

So di sini tercetuslah satu soalan dari minda aku dan korang kena menjawabnya dalam bentuk karangan sepanjang 4 perenggan dan kena lebih dari 360 patah tengkuk perkataan.. Tak payah lah, nanti buat susah korang saja ye tak..?? Tapi kalau korang nak buat juga aku tak paksa ye.. Apa soalannye, soalannya ialah apakah korang tak takut bila korang letak gambar2 korang macam tu dikhalayak ramai tu..??

Kan ke sekarang ni banyak yang menjadi mangsa2 penipuan dengan menggunakan gambar yang diletakkan di laman2 sosial (apahal ayat aku ni skema semacam je).. Korang tak takut ke jika gambar korang tu diguna pakai oleh pihak yang tak bertanggungjawab.. Lagi satu, korang tak takut ke jika gambar2 korang tu membuatkan korang lebih mudah menjadi sasaran mangsa2 jenayah..(mintak2 dijauhkan)

Bukan niat aku nak menakut2kan korang, cuma aku tertanya2 apakah korang tau risikonya jika letak gambar korang yang memang sah comel tu di tempat yang boleh dilihat oleh sesiapa saja.. Ini belum lagi yang meletakkan gambar2 yang boleh membuatkan mata orang terjojol keluar.. Kalau yang itu aku malas nak cerita lah..

Cuma itu sajalah apa yang aku nak tanyakan, kepada sesiapa yang nak jawab boleh je jawab dekat ruangan komen ni ye.. Kepada sesiapa yang rasa macam terasa diatas persoalan aku tu, aku memohon duit maaf la ye..^^

Wednesday, February 23, 2011

Ayarkk.. Apa pasal jadi macam ni..??

Aaargh....!!!! Aku tak puas hati ni.. Jangan sesiapa pun yang berani halang aku.. Kalau korang berani juga, tau la apa yang aku akan buat dekat orang yang berani sangat tu.. Aku dah tak boleh nak sabar lagi ni, malam ni juga aku akan pergi bakar rumah dia.. Aku tak kisah kalau polis nak tangkap aku ke janji aku puas..

Okay, cukuplah mainan imaginasi aku tu ye.. Tapi korang jangan percaya pula yang aku berani nak bakar2 rumah orang ni.. Takde maknanya aku nak pergi bakar rumah orang, lagi baik kalau aku pergi bakar duit sampah yang mak aku suruh petang tadi.. Aku tau yang korang mesti tertanya2 dekat siapa lah yang aku marahkan tu.. Adakah dekat Dollah anak Wak Kassim..?? Bukan, sebab aku tak kenal pun sapa2 nama Dollah.. Mungkinkah dekat Siti anak Mek Limah..?? Pun bukan juga sebab itu cuma nama yang tiba2 muncul dalam minda aku ni..

Habis tu siapa pula yang aku tujukan kemarahan aku ni.. Eh,siapa kata yang aku tengah marah ni, ko ye..?? (sambil memandang seekor kucing yang tengah makan seekor ikan paus).. Sebenarnya aku tak marah pun, aku cuma geram je.. Geram dekat siapa pula ni..?? Aku pun tak tau, tapi yang pasti aku bukan tengah GARAM tapi GERAM tau.. Oh, baru aku ingat, aku tengah geram dekat si dia ni...
Ya, aku tengah geram dekat dia ni.. Kali ni bukan tentang hal ni tau.. Tapi kali ni tentang hal yang lain pula.. Apa la pula yang aku tak puas hati ni ye..?? Aku tak puas hati kenapa aku tak dapat Buffered earning ni, ni yang rasa nak jumpa depan2 ni.. Tipu je, aku mane boleh geram dekat En. Nuffnang ni, nanti dia tak bagi duit lagi susah.. Rilek dulu ye En.Nuff, dekat atas tu cuma gurauan sehidung2 je..
Yang sebonar-bonar eh, aku cuma sedikit hairan tentang kejadian manusia yang berlaku hari ni.. Apakah kejadian itu..?? Ish, apahal lah banyak sangat persoalan dalam entry kali ni..?? Soalan lagi.. korang layan jelah ye.. Pagi tadi seperti biasa aku membuka blog aku dan sambil itu membuka tab lain dan membuka laman sesawang Nuffnang.. Apabila aku melihat analitik aku untuk hari ni, tiba2 aku tersebut ayat ni.. WHAT THE FACEBOOK..!!

Tak mengapa, aku sabar dulu, mungkin kejap je kot.. Aku biarkan je hal itu berlalu sampai la ke waktu aku menaip entry ini.. Aku tengok lagi sekali dan benda tu masih tak berubah.. Kenapa, mengapa dan apa yang terjadi ni, persoalan itu muncul lagi di benak fikiran aku ni.. Korang nak tau juga ke apa yang telah berlaku, inilah hal yang sebenarnye berlaku..
Bar hijau tu satu penipuan sahaja..
Aku lihat analitik aku kosong.. Takde pun bar hijau tu.. Gambar atas tu tipu je, bajet nak orang ramai terjah, walhal yang biasa berlaku ialah bar tu banyak rendah dari tinggi..T_T. So, aku nak tanya lah dekat korang, adakah benda ni terjadi pada diri aku sahaja..?? Kalau cuma aku sorang je mungkin la ada problem dekat bahagian aku kot..

Aku nak tunjukkan wajah sebenar aku ni.

Salam buat korang semua, tak kisah lah sama ada korang tu lelaki atau perempuan.. Kalau ada yang 2 alam tu pun aku tak kisah, takdenye aku nak halang korang dari baca blog aku ni.. Hari ni aku nak tanye dekat korang lah.. Siapa dekat sini yang pernah kenal aku..?? Mungkin la ade sorang dua, tapi aku tau ramai lagi yang masih belum kenal siapakah Arpiiz ni kan..

Hari ini aku nak menunjukkan lah wajah aku yang sebenar, gambar yang dekat profile tu bukan gambar betul pun.. Tapi aku bukan saje2 nak tunjukkan wajah aku ni tau, aku tunjukkan ni sebab aku nak tanye korang adakah wajah aku ni kacak lagi bergaya.. Jangan gelak dulu, nanti korang dah tak boleh nak gelak lagi kuat nanti..hehe. Ni aku upload kan gambar aku ye..
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
..
...
...
..
...
...
...
...
...
Loading.....
...
...
...
...
...
..
...
...
...
..
..
.
Eh, silap upload pula.. Ni aku upload kan gambar yang betul..
...
...
...
...
...
...
...
...
..
...
...
...
...
...
Loading lagi....
...
...
...
...
...
...
...
..
..
..
.
...
...
...
...
...
...
Inilah wajah aku yang sebenar, macam mana, kacak lagi bergaya tak ni..??
Hahaha, sudah2 la tu, jangan la korang percaya apa yang aku tulis tadi.. Kalau korang nak gelak sekarang pun boleh gak sebab nampak sangat menipunye kan.. Actually, aku bukan perasan, cuma adik aku tu tak tau la kenapa dengan mata dia sebab dia kata muka aku macam si Kamal Adli tu.. Aku yang mendengar tu pun tergelak inikan pula korang yang mesti tengah guling2 ketawa kan..

Okay, cuma itu je nak tulis buat masa ni..Korang boleh la terus kan sesi ketawa balik ye..^^

Tuesday, February 22, 2011

Malam yang mendebarkan..

Salam buat blogger2, para2 ibu dan bapa, Datuk2 dan Tan Sri2 serta kepada semua yang membaca blog aku ni.. Malam ni aku nak ceritakan sedikit satu pengalaman buat aku yang telah menyebabkan hampir keseluruhan badan termasuk buah pinggang tapi bukan buah pelam depan rumah aku menggigil..Hahaha, agak2 korang faham ke tidak apa yang aku repekkan ni, korang layan jela ye..^^

Semuanya bermula pada suatu malam yang hening (sebenarnye malam tadi je), waktu itu burung hantu sedang merayau mencari dinner (makan malam) nya.. Aku sedang leka menaip membuat satu entry untuk aku postkan dekat blog ini, tiba2 aku terkejut apabila mak aku menjerit memanggil aku.. Masa mulanya aku ingatkan bunyi orang menjerit dari tv, sebab mak aku jarang sangat menjerit ketakutan ni.. Tapi disebabkan aku nak tau juga apakah betul mak aku memanggil nama aku, maka aku bergegas keluar dari bilik..

Apabila aku keluar dari bilik, aku dapati ada seekor singa laut ular dalam rumah aku.. Masa mulanya aku tak nampak ular tu dekat mana sebab dia nak main nyorok2 dengan aku, tapi bila mak aku bagitau baru la aku perasan yang ular tu menyorok dibelakang mesin basuh.. Tanpa berlengah lagi aku mengambil penyapu untuk memukul ular itu, ketika itu lah aku baru sedar yang aku nak pukul ni bukanlah seekor kucing yang selalu masuk dalam rumah aku tu..

lebih kurang macam ni la masa ular tu naikkan kepala dia..
Kemudian aku ternampak ada sebatang kayu yang kalau pukul dekat kepala orang ibarat menjemput malaikat maut lah.. Aku dengan segera mengambil kayu itu dan pergi ke arah ular itu.. Keadaan bertambah genting highlands apa bila ular itu mula menaik kan kepalanya dan membuat muka ala2 king cobra gitu.. Aku terus memberanikan diri dan mengambil jarak yang sesuai untuk aku mulakan sesi pukul memukul ular tu..

Time tu aku dah lupa semua pesan kawan aku, katanya kalau nampak ular kena tanya dulu sama ada itu ular betul atau makhluk lain yang myammar menyamar.. Agak pelik apabila time aku nak pukul ular tu, tangan aku seakan2 menghidap Parkinson, menggeletar pada kadar yang berlainan.. Aku tekad yang aku tetap juga akan pukul ular itu sampai mati sebab takut apa2 jadi pula dekat family aku.. Setelah mentarget kepala ular itu, maka satu hayunan tepat mengenai kepalanya dan berlakulah tragedi 13 may berdarah..

Maka berakhirlah cerita aku, ini pengalaman betul tau, bukannye cobaan macam cerita P.Ramlee tu.. Apa2 pun, nasib baik aku tak mimpi yang ular tu datang nak patuk  aku, sebab orang kata kalau mimpi kena patuk ular tandanye ada orang nak masuk meminang..hehehe

Adakah profile anda mesra blogger ..??(Part 3)...

Salam buat semua yang membaca entry ni.. Pada hari ini aku nak tunjukkan korang langkah tambahan untuk korang lebih memesrakan profile blog korang tu.. Bagi yang nak tau tu silalah baca sampai habis ye, kalau yang tak nak baca pula silalah baca entry lain yang terdapat dalam blog aku ni.. Kalau ada juga yang tak nak baca entry dalam blog ni, silalah baca blog2 yang ada di luar sana..

Kembali kepada tajuk entry ini.. Sebenarnya aku nak buat sampai part 2 je, tapi setelah seorang blogger yang rajin lagi prihatin telah menegur aku, katanya terdapat satu masalah maka aku terpaksa menambah kan lagi entry ni, tak pe kan..?? Ada yang tak baca lagi ke entry semalam, takpe korang klik je sini ye.. >> Part 1 dan Part 2.. Siapakah blogger itu, mesti korang nak kenal dengan dia kan.. Inilah blogger tersebut, dia dikenali sebagai matmina, jika korang nak tau siapakah penulis blog itu yang sebenar, adakah mat atau mina, korang terjah blog tu and tanye sendiri ye..hehehe

Dia telah menegur aku yang katanya profile aku tidak menunjukkan link untuk ke blog aku.. Thanks aku ucapkan kepada beliau kerana telah memberitahu kepada aku tentang masalah ini.. Setelah aku menggodek2 setting profile aku tu, barulah aku dapat detect apakah punca sebenarnya.. Kepada korang semua, jika korang nak pastikan yang profile korang ade tunjukkan link ke blog korang tu, korang buat macam ni ye..

Step 1: Korang buka blog yang korang follow dan pergi ke widget follower tu..
Step 2: korang tekan sign in dan isilah apa yang dia suruh isi tu..
Step 3: Pergi ke option dan pilih site settings..
Step 4: Tekan pada button add link dan isilah url korang tu dan nama blog korang.. Tapi kalau sebelah add link tu ada tulis remove link maknanye profile korang tu dah ada link la dan korang boleh teruskan ke step 6..
Step 5: Klik button add dan done..
Step 6: Untuk pastikan, korang sign out dari widget follower tu dan klik pada gambar muka korang yang hensem/cantik tu..
Step 7: Kalau dah keluar link korang maknanye dah menjadi la, kalau belum cuba korang test buat balik atau pun korang bagitau dekat aku..

Okay, aku rasa tak payah gambar la sebab gambar2 tu aku tak sempat nak save..huhu. Bukan sebab aku saje tak save, tapi masa aku tengah edit gambar tu, tiba2 rumah aku takde lektrik, tak ke itu menyedihkan..~_~. Apa2 hal pun selamat mencuba ye..

Monday, February 21, 2011

Adakah profile anda mesra blogger..?? (Part 2)..

Salam kepada semua yang membaca blog ni dan kepada mereka yang setia menanti update2 yang aku buat terhadap blog ini.. Ini adalah entry sambungan dari entry yang pagi tadi >> yang ini.. Aku terus sambung la ye, korang pun mesti nak tau apa caranya kan..

Bukan kah pada blog kita ini terdapat widget follower, kalau takde tu aku tak tau la pula sebab aku belum jumpa lagi blog yang takde widget ni.. Cara aku untuk berjalan ke blog follower aku adalah dari situ lah.. Tapi agak mengecewakan pula apabila aku nak jalan2 tu terjumpa pula Ah Long terjadi pula seperti perkara ini..
nak tengok lebih jelas silalah klik ye..
Benda yang macam ni la yang boleh mengurangkan tahap metabolisme dalam badan aku ni... Korang tak nampak ke apa yang kurang..? Aku bagitau ye, dekat situ takde link untuk ke blog dia.. So taqqiem991 sila betulkan kesalahan anda ni ye, gurau je..^^

Macam mana nak betulkan..?? Senang saje caranya, korang cuma perlu bayar dekat aku wang sebanyak RM 1 juta, bawa duit tu ke rumah aku..hehe. Tak lah, korang just kena follow blog korang sendiri je.. Bila dah follow blog korang sendiri nanti jadilah seperti ini..
still tak nampak lagi, klik je dekat gambar tu..
Tengok, dah ada link dah.. Nanti senang la aku and orang lain nak jalan2 dekat blog korang.. Aku tau ramai yang tak perasan tentang hal ni, maka aku dengan baiknye nak perasan kan lah..hehehe. Tapi itu terpulang kepada diri masing2 kan, "hempuk keyboard, tanya dompet ada duit tak nak beli keyboard baru" (apa kena mengena la)..

Okay, cuma itu je nak mention dekat korang.. Kalau korang nak ikut apa yang aku tunjukkan tu, korang ikutlah.. Kalau tak nak, aku tak paksa pun..^^

Adakah profile anda mesra blogger..?? (Part 1)

Salam kepada semua blogger, yang tengah berehat, yang tengah buat assignment, dan yang tengah nyorok dalam almari tu, aku nampak tau..hehe.. Hari ni aku nak bagitau la serba sedikit benda yang agak mengganggu aku apabila aku nak jalan2 melalui profile korang.. Semua orang tau yang profile agak memainkan peranan penting terutama kepada orang macam aku yang blogwalking menggunakan profile ni, ada yang tak tau ke.. Tak pe meh sini aku terangkan macam mana korang boleh blogwalking guna profile..

Biasanya aku akan buka profile korang melalui komen dan juga tempat widget follower tu, tapi walau macam mana pun ada gak beberapa blogger yang tidak mengaktifkan profile dorang lantas menyukarkan perjalanan aku untuk berjalan2 contohnya seperti blog bakawali ni (tujuan nak menegur je..).. Selain itu, ada juga mereka yang tidak meletakkan blog dorang di dalam profile mereka.. Sini aku tunjukkan setting untuk memesrakan profile korang tu..

Step 1: Dari dashboard pegi ke Edit Profile
korang klik la kalau tak nampak..
tak nampak juga, klik lagi sekali ye..
Korang jangan lupa save pula ye, save profile dekat pic1 and pic2 tu, nanti penat2 korang buat (even tak penat pun) kena buat balik..

Ini untuk mereka yang tak mengaktifkan profile mereka, bagi melalui widget follower pula malam nanti aku bagitau ye.. Korang nantikanlah kemunculannya..hehe

P/s (play station) : Pic ke-2 tu, korang tandakanlah untuk blog yang korang nak orang baca.. Kalau ada blog yang private korang jangan lah tanda kan..

Sunday, February 20, 2011

Takpe kan kalau aku buat macam ni..

Salam, hari ini aku nak buat entry yang pendek sangat.. Korang rasa boleh tak kalau aku buat entry sependek ini.. Bukan sebab aku malas atau takde idea, tapi aku saje nak tengok ada respon tak kalau aku buat entry sependek ini.. Kalau ada respon baguslah tapi kalau takde respon pun aku tak marah..^^ Okay, itu je nak tulis, korang tak marah kan..??

ini entry pendek, bukan entry seluar pendek..

Anda adalah seorang blogger TEGAR...

Salam kepada semua yang sedang berehat pada hujung minggu yang indah ini.. Kepada sesiapa yang tengah berkerja pula silalah jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat pekerja yang rajin ye.. Hari ini aku terasa nak berehat dulu dari berblogging ni sebab dah tiap2 hari aku menghadap blog ni.. Sekali sekala bagi la pula aku menghadap game yang da lama aku tak main tu..^^

So kali ni aku nak bagitau dekat korang tanda2 jika korang adalah seorang blogger tegar.. Ini adalah dari pandangan kawan aku.. Dia yang cakap, aku cuma sampaikan aje..

Awak lah, siapa lagi
* Kitaran hidup seharian korang, 80% adalah menghadap blog..
* Semua benda korang nak ceritakan dalam blog tu..
* Blog tu dah macam dairy diari dah, penuh cerita tentang kehidupan korang..
* Blog tu sentiasa berupdate..
* Lagi banyak berjalan ke blog orang lain dari berjalan ke rumah jiran sebelah..

Buat masa ini cuma itu jela yang kawan aku nyatakan.. Aku tak tau la nak kata betul atau salah sebab bila kawan aku cakap macam tu, aku rasa aku macam tergolong dalam golongan itu pula..hehe. Korang pula macam mana ya, korang ada tak rasa ciri2 yang dinyakan tu..??

Saturday, February 19, 2011

Cara makan ayam panggang..

Salam buat semua terutama kepada korang yang lapar sebab entry kali ni tentang makanan pula.. Korang semua di minta supaya memegang tuala kecil seperti tuala good morning tu supaya gejala air liur berlebihan boleh dibendung.. Apakah korang dah bersedia untuk melihat ayam panggang yang enak, lazat, dan boleh membuatkan seseorang termimpi2 tentang nye..??

Kenapa la aku tibe2 nak buat entry tentang makanan ni..?? Sebab malam ni mak aku dengan rajinnya  membuat ayam panggang dengan menggunakan resepi turun temurunnya.. Resepi yang dikatakan resepi warisan istana di zaman silam (dah macam iklan Adabi pula..hehe) menyebabkan mak aku jarang buat tau.. Biasanya ayam panggang ni di buat bila ada sesuatu yang special je, tapi ahri ni mak aku taknak cerita la apa yang specialnya hari ini..

Korang layan jelah gambar2 yang aku amik ni ye..
ketika acara perasmian..hehe
antara model yang memperagakan ayam panggang ni
ni pun model gak ni..^^
ini yang aku makan, kalau korang nak amik la sikit.. :D

P/s (play station) : Sorry sebab gambar kabur ye..~_~

PERINGATAN: AKU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA KORANG MENGALAMI GEJALA KEKURANGAN AIR LIUR DISEBABKAN BANYAK SANGAT MELELEH SELEPAS TENGOK GAMBAR DIATAS..HEHE

Rehat minda hari Sabtu...

Salam kepada semua yang sedang beristirehat pada hari sabtu ni.. Hari ini aku rasa malas sangat2, sampai kan nak update blog untuk hari ni pun aku rasa malas.. Tapi apa boleh buatkan, selagi aku ada masa yang terluang ni aku gunakan lah untuk update blog, kalau dah sibuk mesti tak boleh update blog seperti biasa..

Hari ini aku  nak buat entry yang biasa2 je lah, malas aku nak bebel panjang2 ni.. Aku jumpa gambar ni masa tengah selongkar gambar2 yang google ada tu.. Masa aku cari2 tu, aku jumpa la gambar ni.. Korang layan jelah ye..
Aku tak tau nak cakap apa, macam kesian pun ada juga bila muka kita di edit jadi macam dekat atas ni.. Sumber dari sini>> Funny Pictures

Friday, February 18, 2011

Penting ke balas komen..??

Salam buat semua blogger especially kepada sesiapa yang pernah bagi komen dekat entry aku yang lepas2.. Entry kali ini berkenaan tentang komen pula.. Bagi sesiapa yang mengikuti blog aku ni mesti perasan yang aku asyik buat cerita tentang komen je kan.. Takpe, nanti aku buat tentang entry lain pula ye macam tentang jiran belakang rumah aku ke, korang sabar la dulu..

Tadi semasa aku tengah membaca entry aku yang lepas2, tiba2 aku perasan yang ada satu perubahan yang telah aku lakukan.. Apakah perubahan itu..?? Adakah entry aku menjadi semakin best..?? Itu aku tak tau la kan, tapi yang pasti aku ada perasan yang aku sudah terlalu jarang membalas komen.. Kalau dulu aku tengok, setiap kali ada komen aku akan balas, tapi sekarang ni cuma komen dari korang je.. Bukan aku saje2 tak nak balas komen korang tu, tapi aku tengah buat experimen tentang cara nak menjadi bijak seperti adik Adi Putra tu.. (hehe, tipu je ni)

So, di sini timbul satu pertanyaan dari otak aku ni.. Adakah membalas komen itu penting bagi seorang blogger..?? Adakah dengan membalas komen itu dapat memberikan kepuasan kepada si pemberi komen..?? Apakah dengan membalas komen itu dapat membuatkan wajah anda bertambah ayu..?? Itu aku serahkan kepada korang untuk menjawab.. Kalau nak jawab nanti sila buat satu entry yang bertajuk "Balas Komen".. Hahaha, tak payah la, aku saje je, macam biasa la, korang just bagitau dekat tempat komen di bawah ni..

Kalau nak ikut pendapat dari aku ni, aku tak kisah sangat kalau orang tu tak balas komen aku, tapi aku amik kisah kalau orang tu tak balas soalan aku.. So, korang kena jawab soalan diatas tau, ini satu paksaan..hehehe. Lagi pun ramai blogger yang ada di Malaysia ni kan, mesti la masing2 ada pendapat sendiri tentang isu ini.. Andai kata korang terasa dengan sikap aku yang tak balas komen korang sejak kebelakangan ini, aku menyusun 10 tangan jari minta maaf ye.. (dah macam hari raya pula..hehe)

Idea, idea..

Idea, idea..
Bila aku cari, tak nak pula kau datang ya..
Bila aku nak berehat, macam2 kau nak cerita..
Dari cerita lawak, sampai la ke cerita yang entah apa2..

Idea, idea..
Bila jari ini rajin nak menaip, bayang kau satu pun tak jumpa..
Mungkin sebab bayang kau memang tak ada..
Bila aku malas, Semua benda kau nak kata..

Idea, idea..
Kau hadir masa aku leka..
Bila aku fokus, kau terus lesap ya..
Tak mengapa lah, kena la tunggu lain idea..

Idea, idea..
Tapi aku boleh buat apa..
Nanti kalau dipaksa2, boleh jem pula..
Kalau silap boleh hilang nyawa..

Salam semua, sori lah sebab kena baca tulisan aku yang entah apa2 ni.. Aku sebenarnya takde idea ni.. Bukan tak ada sebenarnya.. Tapi idea tu hilang sebaik saja aku buka blog ni.. Korang pun mesti pernah rasa macam tu kan.. Bila jari ni dah tak sabar2 nak menaip idea yang datang tadi.. Tiba2 je idea tu hilang entah ke mana.. Apa2 hal korang layan jela ye..^^

Arpiiz Intro 3 : Misteri Hotel Tanah..


Berita tergempar, sebuah bangunan hotel telah wujud dari tanah secara tiba2.. Berita yang menggemparkan ini telah tesebar keseluruh negara dan ramai ahli saintis sedang mencuba merungkai kejadian aneh yang berlaku itu.. Terdapat beberapa saksi kejadian yang menyatakan bahawa satu pancaran kilat telah menyambar tanah sebelum hotel itu tiba2 muncul..

Semuanya bermula pada suatu malam yang tenang di sebuah bandar, seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an baru pulang dari kerja dan dia secara tiba-tiba terkejut apabila satu panahan kilat menghentam bumi.. Menurutnya, cahaya yang teramat terang memaksa dia untuk menutup matanya dari melihat silauan cahaya itu.. Dalam area 10 saat kemudian, gadis itu terkejut beruk kerana mendapati sebuah hotel yang diperbuat dari tanah tiba-tiba muncul di tempat yang terkena panahan petir tadi..

Dalam masa kurang dari 30 minit sahaja kawasan itu telah dipenuhi dengan penduduk yang tinggal disitu.. Masing2 mahu melihat bangunan yang dinyatakan, dan rata-rata semua orang kagum apabila melihat bentuk hotel itu.. Tidak lama kemudian muncul pula wartawan dari semua media termasuklah wartawan dari akhbar-akhbar.. Berita yang amat mengemparkan itu telah membuatkan ramai saintis mahu turun padang dan mencari apakah punca yang hotel itu boleh muncul dari tanah..

Setelah saintis dari dalam negara tidak dapat merungkai misteri kewujudan hotel itu, pihak kerajaan telah membenarkan saintis dari luar negara pula membuat kajian dan siasatan tentang perkara yang luar biasa itu.. Malangnya, tidak ada seorang pun dari mereka yang dapat mencari jawapan yang logik tentang kejadian aneh ini.. Pihak kerajaan telah melarang sesiapa pun untuk masuk ke dalam hotel itu untuk mengelakkan berlaku kemusnahan terhadap bangunan yang dianggap aneh itu..

2 hari selepas itu, seorang bapa membawa anaknya yang berusia 10 tahun untuk melihat hotel yang orang ramai anggap sebagai satu keajaiban.. Setelah mereka puas mengelilingi hotel itu maka terhasillah dialog seperti di bawah..:

Anak : Ayah, apa benda yang ajaib sangat tentang hotel ni..?
Bapa : Ko tak tau ke, kuno betul la ko ni, eh ko ni anak sapa ye..?
Anak : Anak ayah la, takkan dah lupa pulak, nyanyuk apa ayah aku ni.. Cepat lah ayah, bagitau lah apa yang peliknya dengan hotel ni..??
Bapa : Oh, betul gak tu, kalau ko bukan anak aku buat apa aku sembang dengan ko betul tak.. Macam ni, sebenarnya hotel ini dikatakan telah muncul dari tanah..
Anak : Tapi kan memang patut yang hotel tu muncul dari tanah..?
Bapa : Eh, ko ni tak belajar lagi ke haa, kan kalau nak buat hotel kena buat dari batu-batuan konkrit, mana ada hotel dari tanah..
Anak : Ayah, saya ni baru 10 tahun, mana belajar lagi tentang cara2 nak buat bangunan ni ayah..
Bapa : Betul jugak tu, kenapa aku ni sengal sangat hari ni, buat malu je (monolog dalam hati).. Apa2 jelah, yang penting kita tak boleh masuk kedalam hotel tau anak ku..
Anak : Saya tau ayah, lagipun kita memang tak boleh nak masuk pun..
Bapa : Eh, macam mana pula ko boleh tau yang kerajaan tak benarkan kita masuk dalam hotel ni..??
Anak : Ala, kalau kerajaan tak bagitau pun kita memang tak boleh nak masuk juga..
Bapa : Kenapa pula ko cakap macam tu..??
Anak : Yelah, ini kan busut, hotel bagi SEMUT.. Macam mana kita nak masuk..
Bapa : (Tersipu-sipu malu dan menyorok di belakang tandas awam)...

Okay, ini adalah contoh entry cerita dari intro 3 yang aku bagi semalam.. Kepada sesiapa yang nak buat cerita tapi takde idea boleh la join ni ya>> klik sini..
Tarikh tutup ialah pada malam ni jam 8 malam paling2 lambat pun mungkin 8.30 kot.. Salam hari jumaat semua..^^

Thursday, February 17, 2011

Sapa nak idea meh sini..

Salam kepada semua terutama pembaca la ye.. Kalau yang tak baca tapi datang jerit kat kotak jerit tu kurang sikitlah keutamaanya.. Malam ni ialah malam jumaat, aku rasa macam baru lagi aku postkan cerita seram minggu lepas.. Sekarang ni memang aku rasa masa itu terlalu pantas sangat, mungkin sebab aku pun makin lama makin sibuk..

Kembali kepada tujuan asal aku membuat entry ini..Yang sebenarnya aku tengah mempunyai banyak idea ni.. Tapi malangnya idea aku cuma pada intro je, bahagian body dan endingnya tak ada.. Korang nak aku share kan beberapa idea tak.. Okay, aku share kan la sikit ye, sikit je tau... Sapa nak buat nanti bagitau aku sebab nanti boleh la aku buat review.. Aku buka kepada sesiapa saja yang nak buat, tapi tak ada hadiah la sebab aku buat ni pun saje2 je..

Kat sini aku sediakan 3 intro jela ye.. Tajuk, body dan endingnya korang kena la fikirkan sendiri, sebab aku nak gak baca apa jadinya pada intro aku tu.. Adakah korang ini kreatif orangnya, boleh buat pelbagai jenis cerita.. Jadi dekat sini lah korang boleh mengasah bakat korang tu ye..

Intro 1
"Pada suatu malam yang dingin, seorang lelaki sedang berjalan2 mencari anak kucingnya yang hilang.. Sudah puas dia mencari disekeliling rumahnya dan rumah jirannya, kalau dia tahu tadi mesti dia tutup pintu rumahnya awal2 lagi supaya dia tidak susah mencari kucingnya seperti ini.. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, angin dingin sudah mula bertiup membuatkan badan lelaki itu merasa sejuk.."

Intro 2
"Aku sedang makan malam bersama keluarga aku disebuah kedai yang terkemuka.. Aku memesan Nasi ayam dan milo ais, antara menu kegemaran aku.. Ketika kami sedang menunggu makanan kami sampai, tiba2 aku terlihat seorang wanita berjalan ala2 model begitu.. Aku tak tau kenapa mata aku boleh terpaku bila melihat wanita itu.."

Intro 3
"Berita tergempar, sebuah bangunan hotel telah wujud dari tanah secara tiba2.. Berita yang menggemparkan ini telah tesebar keseluruh negara dan ramai ahli saintis sedang mencuba merungkai kejadian aneh yang berlaku itu.. Terdapat beberapa saksi kejadian yang menyatakan bahawa satu pancaran kilat telah menyambar tanah sebelum hotel itu tiba2 muncul.."

Okay, cuma itu je.. Tarikh tamat tempoh pula ialah pada pukul 8 malam esok.. Cara nya ialah dengan :
*Membuat satu entry yang bertajuk "Arpiiz Intro (1, 2, atau 3) : (tajuk cerita korang tu)"..
*Bagi link cerita korang tu dekat entry ini..
*Tak payah nak tag, follow atau apa2..
*Buat cerita mengikut kreativiti korang tak kisah seram, lawak, mengarut dan sebagai..
*Panjang cerita hendaklah sekurang2nya 3 perenggan.. (tak termasuk intro ye)
*Korang letaklah gambar header aku tu ye..

Selamat berkarya aku ucapkan kepada korang ye.. Hope dapat menghasilkan kepuasan kepada korang dan para pembaca semua..

Tanda2 entry korang tu best..

Salam semua para2 bloggers, hari yang cukup indahkan hari ini.. Disebabkan hari ini cuacanya baik sahaja, maka aku dengan rajinnya nak bagitau lah dekat korang sesuatu yang pada aku boleh dikatakan satu info.. Tapi itu cuma bagi aku jelah, kalau bagi korang ia cuma bebelan aku je, korang bace jelah ye..^^

Macam yang sudah tercatat seperti yang di atas tu, mesti lah korang nak tau kan apa tanda2 nya betol tak..?? Baik korang mengaku cepat, kalau tak aku belanje makan aiskrim nanti..hehe. Antara tanda2 kiamat ialah terbitnya matahari di sebelah barat.. Okay2, aku dah dengar ada yang macam tak sabar nak tau tu, rilek dulu ye semua.. Tanda2 yang menunjukkan entry korang tu best ialah..
bagus arpiiz buat entry macam ni - Barack Obama

- Lepas 5 minit korang postkan entry tu, dah dapat komen yang pertama..
- Mendapat respon yang membuatkan korang rasa nak nangis..
- Mendapat caci maki pujian tentang entry tu..
- Entry itu mendapat komen yang tinggi even entry tu tentang siput babi je..
- Ada orang tulis macam ni " Nice entry", "2 thumbs up", "Bagus lah entry ni"..
- Blogger otai/famous pun turut memberikan komen di entry tu..
- Ramai yang nak buat kopi, maksudnya copy paste la..

Okay, cuma itu jelah yang aku dapat detect.. Ala, lagi pun itu cuma dari pendapat aku je, sekiranya betul, maka betul lah.. Tapi kalau salah korang jangan salahkan aku pula ye.. Have a nice day..^_^

Wednesday, February 16, 2011

Ubat sakit kepala..

Salam kepada semua yang sedang berehat2 sambil duduk di depan komputer korang tu.. Kepada sesiapa yang berehat sambil tengok tv pun aku still ucapkan salam, tapi macam mana dorang nak tau aku bagi salam kalau dorang tengok tv betul  tak..??

Seperti biasa, selepas seharian menyiapkan assignment yang memerlukan kerahan tenaga otak dan badan ini, kepala aku mula nak bermanja2 dengan aku.. Puaslah dia suruh aku tidur supaya badan ni dapat berehat, tapi aku tetap degil.. Aku tau yang sebenarnya kepala aku ni yang nak berehat, mana tak nya selepas puas membuat assignment yang sudah cukup memeningkan kepala tu, di tambah pula dengan melihat status glitterati kewangan yang mula jatuh menjunam ibarat kereta jatuh gaung..

Tapi walau macam mana pun aku tetap nak postkan satu entry untuk pembaca2 setia aku, siapa pembaca setia aku tu..?? Korang yang baca ni lah, even korang baru first time baca entry dekat sini, aku tetap akan anggap korang sebagai pembaca setia blog aku ni.. Bolehkan kalau aku anggap korang macam tu, korang tak marah kan..?? Kat sini aku nak bagitau yang sakit kepala ni boleh terjadi atas beberapa faktor, contohnya stress, perut masuk angin, terlalu risau (hampir sama dengan stress) dan pelbagai lagi..

Macam tajuk yang dekat atas tu, kali ini aku nak bagi beberapa cara yang selama ini telah aku praktikkan jika aku menghidap penyakit semput... Eh, silap la pula, bila masa aku ada semput ni, maksud aku sakit kepala..
* Baring dekat katil, sambil cuba melelapkan mata..
* Tengok tv, tapi perlahankan suara..
* Dengar lagu dari komputer aku ni..
* Minum air suam banyak2..
* Makan nasi..
* Tidur.. (kalau waktu malam)

Inilah antara cara2 yang aku akan pilih jika aku sakit kepala.. Di antara semua cara dekat atas tu, aku rasa cara tidur tu lah yang paling berkesan.. Tapi kalau semua tu pun tak berjaya, aku terpaksa juga la makan panadol.. Even aku tau yang orang tak berapa galakkan makan panadol, tapi dah terpaksa nak buat macam mana betul tak..??

Aku rasa korang pun mesti ada cara tersendiri untuk hilangkan sakit kepala yang suka mengganggu keharmonian kehidupan korang kan.. Kalau ada boleh je share dekat sini supaya kita boleh berkongsi2 ilmu.. Okay, aku nak pergi blogwalking sebab hari ni belum lagi jalan2 dekat blog korang tu and selamat malam..^^

Korang jangan baca tau...

Salam rabu semua, hari ini aku kena menghadirkan diri aku kelas selepas semalam cuti maulidur rasul.. Walau pun perasaan malas itu mengusai badan ini, tapi aku kena kuatkan juga semangat aku untuk datang ke kelas sebab aku nak kena hantar assignment.. Sejak kebelakangan ini aku banyak sangat pula assignment, mungkin sebab dah nak hujung sem kot..

Hari ini aku postkan entry aku dekat lab di fakulti aku.. Sebab aku berada disini ialah kerana nak siapkan assignment yang patutnya di buat bersama geng aku, tapi aku sibuk nak postkan entry ini.. Korang jangan ikut perangai aku ni tau, nanti boleh kena pulau dengan geng2 korang tu..huhu. Aku ni takpe, sebab geng2 aku ni sporting (betul ke dorang sporting..??)

Okay, apa tujuan sebenar aku postkan entry ni..??  Aku rasa untuk entry yang ini tak ada tujuan, just nak cerita dekat korang yang hari ni aku sibuk buat assignment dengan member aku dekat fakulti.. So, moral of the story, janganlah buat kerja bertangguh ye..^^

(Hahaha, aku rasa ini la entry aku paling pendek dan tak ada tujuan..) Thanks sebab sudi baca walaupun aku dah cakap jangan baca..

Tuesday, February 15, 2011

Apa yang korang akan tanya..??

Salam kepada semua yang membaca entry ini sekaligus membuka blog ini sekali.. Dah malam aku baru nak postkan entry aku yang kedua.. Mentang2 la pagi tadi dah postkan entry yang ke-100, mula lah rasa malas ye.. Bukan itu sebabnya kalau korang terfikirkan apa yang aku fikirkan tu.. Aku sebenarnya mencari idea untuk aku postkan pada malam ni..

Kembali kepada tujuan entry ini.. Aku nak tanya korang lah, katakanlah masa tu korang tengah beli barang kat kedai.. Tiba2 korang terserempak dengan kawan lama korang yang masa sekolah rendah dulu.. Korang dah lama tak jumpa ni, dan korang pun hampir2 tak cam dah dengan dia.. Pesoalannya ialah, apakah topik yang korang akan bualkan apabila kawan korang tu tegur korang..??

Aku bukan apa tanya soalan ni dekat korang.. Aku sebenarnya tak tau nak cakap apa bila dah terserempak dengan kawan2 lama aku tu, maklumlah aku ni pemalu orangnya..~_~.. Biasanya aku cuma akan tanya 3 benda ni je..
* Buat apa sekarang ni (sambung belajar atau kerja)
* Duduk mana sekarang ni..
* Macam mana tempat belajar/kerja..

Lepas aku tanya 3 benda tu aku dah start diam la.. Kalau kawan aku tu pun tak tanya apa2, aku mintak diri lah, tapi kalau dia tu banyak tanya, aku layan jela.. Kalau korang apa yang korang akan tanya ye..??

Sapa nak tau, ini adalah entry aku yang........

Salam kepada blogger2 yang ada dekat rumah tu, biasa la hari cuti ni kena la bangun lambat sikit dari hari biasa betul tak dan tak lupa juga selamat menyambut Maulidur Rasul.. Bagi mereka yang berkerja pula, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.. Hope tak ada lah yang buat rusuhan sebab tak dapat cuti pada hari Maulidur Rasul ni ye..^^

Diam tak diam dah sebulan lebih dah blog ini beroperasi.. Dengan pelbagai jenis entry seperti seram, lawak jenaka, cerita tentang problem aku, info2 yang boleh aku share kan, sampailah tentang entry2 merepek dah aku buat.. Masuk entry yang ini pula, genaplah 100 entry aku yang pertama sejak aku mula menjejakkan kaki ke dunia blog ni..

Kalau dah entry seratus yang pertama ni, mestilah ada sesuatu yang special sikit kan.. Cuba korang teka apa benda yang special aku nak buat dekat sini..?? Korang nak aku buat contest..?? Nak aku buat soalan teka-teki..?? Takpe, korang cube lagi, teruskan meneka.. Kejap2, aku dengar tadi ada orang yang cakap tentang review blog.. Sapa yang cakap tu, cuba tunjukkan muka.. Owh, awak rupanya, terima kasih kerana telah meneka dengan betul ye..

Sebagai hadiah kerana telah meneka dengan betul, aku nak review la blog dia ni dekat korang.. Sapa lah dia ni ye.. Cuba korang scroll kan ke bawah sikit, ala sikit je bukan banyak pun...
....
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Nur Aynie
Inilah dia blogger tersebut, yang sebenarnya dia telah mereview blog aku di entry beliau dan kalau korang nak tau apa pendapat dia tentang blog aku ni, sila la klik yang ini >> klik sini
Kiranya ini sebagai balasan la sebab dia dah review kan blog aku ni.. Thanks la aku ucapkan ye dan korang jangan lupa pergi terjah blog dia tu and jangan lupa juga untuk korang tinggalkan jejak korang dekat situ..

Terima kasih daun keladi..
Lepas baca datang lah lagi..hehe

Monday, February 14, 2011

Cara korang nak kenal pemilik blog tu...

Salam kepada korang2 yang membaca ni.. Hari ni agak memenatkan aku juga la bile nak kena siapkan assignment yang patutnye kena hantar minggu lepas tu.. Tapi nasib baik la lecturernye tak ada dalam bilik, so boleh la antar senyap2..hehe

lelaki dan perempuan
Okay, apa cerita yang aku nak buat kata dalam ni ye.. Aku rasa aku nak buat entry tentang cara korang nak mengetahui yang pemilik blog itu adalah seorang perempuan atau lelaki.. Sebenarnya ada banyak cara untuk korang tahu sama ada blog itu dimiliki oleh seorang gadis yang cantik rupawan atau milik seorang lelaki yang segak bergaya..

Antara benda2 yang dapat aku kesan dalam blog seorang yang bergelar wanita..
- Warna tema blognya ialah pink or putih kalau tak pun warna yang cerah la..
- Banyak cerita mengenai family dan kawan lelakinya a.k.a boyfriendnya..
- Gambar dia penuh dekat dalam blog tu..
- Bagi yang newbie, dorang akan letak widget yang ada bling2 dekat sidebar blog dorang..
- Penggunaan ayat yang memang menunjukkan dia seorang perempuan..
- Ada yang letak ayat seperti "saya akan sayang awak kalau......"

Antara benda2 yang aku dapat kesan dalam blog seorang lelaki..
- Warna gelap yang paling banyak dalam blog tu..
- Banyak bercerita tentang tips2 dan ada juga yang cerita tentang awek dorang..
- Tak banyak sangat letakkan gambar sendiri..
- Banyak yang aku jumpa, dorang tak letakkan nama sendiri dekat blog dorang tu..
- Penggunaan ayat yang menujukkan yang dorang tu lelaki..
- Bagi yang minat bola, dorang akan letakkan lencana pasukan bola kegemaran dorang dekat dalam blog tu..

Itu cuma dari apa yang aku nampak apabila aku masuk dekat blog korang.. Mungkin juga apa yang aku tulis ni salah.. Tapi kalau korang nak tau dengan cara yang lebih mudah, korang cari je profil blogger tu dan tengok nama and gambar dia.. Tapi aku rasa korang bukan kisah sangat dengan pemilik blog tu kan.. Korang kisah ke..??

Aku sambut hari kekasih, korang pula..??

Salam kepada semua, hari ini tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih yang sedang hangat dilamun cinta, tapi mereka tak sedar tentang hangat api neraka disana nanti.. Adakah korang sambut hari kekasih di bulan February tahun ini..?? Korang tak sambut ke, ish2 kenapa korang tak sambut.. Rugilah kalau korang tak sambut hari kekasih tahun ini..

Ni lagi sekali aku nak tanya dekat korang ni, korang sambut ke tidak hari kekasih tahun ni..?? Cuba sikit korang angkat tikus tu, bukan tikus kat dapur rumah korang tu tapi mouse yang korang guna tu.... Ramainya yang tak sambut, kenapa korang tak sambut ye..?? Islam tak bagi, haram di sisi agama..?? Eh, bukan kerajaan sendiri ke yang menggalakkan, sampai dorang buat tanda dekat setiap kelendar lagi..

Cuba korang check kat kelendar korang, mesti ada punya.. eh, tunggu kejap.. korang tengok yang tanda dekat mana ni.. Laa, korang tengok yang tanda 14hb tu buat apa, aku suruh korang tengok dekat tanda 15hb tu.. Kan ke itu hari kelahiran kekasih Allah, takkan korang tak sambut kot.. Okay, kali ni aku nak tanya lagi sekali, yang ini last.. Sapa sambut hari kekasih tahun ni angkat kaki pula.. Eh, dah takde dah.. Mana yang ramai2 tadi pergi..??

Sorilah kalau aku buat korang keliru ke apa ke.. Takde niat pun nak buat korang keliru atau menyesatkan pemikiran korang tu.. Meh sini aku bagi benda yang fakta kat sini, Hari Valentine yang disambut dunia pada 14hb February tu memang diharamkan oleh agama islam.. Sebabnya ialah, sambutan itu dirai oleh golongan kristian, jadi takkan orang islam pun nak ikut kot.. Kalau sebab2 tertentu yang lain, korang boleh cari kat internet sebab ramai blogger yang buat tentang kenapa islam haramkan hari Valentine ni..

Pada tahun ini mungkin kebetulan yang hari Maulidur Rasul jatuh selepas hari Valentine, so kepada sesiapa yang teringin nak sambut hari kekasih tu, korang sambutlah pada hari kekasih Allah ye.. Tapi kalau nak sambut tu, buat la perkara yang elok macam banyakkan selawat keatas nabi.. Bukannya dengan pergi berdating dan duduk berduaan sambil ditemani syaitan bertanduk lapan tu..

Fakta kedua pula, tarikh kelahiran Nabi Muhammad ialah 12 Rabiul Awwal 1432, bukan 15 Februari 2011 tau.. Nanti ada pula yang tulis dalam exam tarikh kelahiran Nabi Muhammad 15 Februari, dah aku pula yang dituduh membawa ajaran sesat.. Okay, rasanya cuma itu je yang nak ditulis pada pagi ini.. Lagi sekali aku mintak maaf kalau ada tersalah fakta atau ayat.. Nak pergi sarapan kejap, lapar ni..^^

Sunday, February 13, 2011

Wanted..!!!

Salam semua, disini ada satu kes yang telah di share kan kepada aku.. Menurutnya dia tengah mencari suspek yang boleh membantu dia untuk menyelesaikan kes jenayah siber yang paling popular tahun ini.. Apa2pun korang baca jelah apa yang dia tulis dekat bawah ni ye..
ini bukanlah suspek yang kami cari

"Maaf kepada semua yang sedang beristirehat, mungkin pada petang2 sebegini ada yang tengah menghirup teh sambil melihat kanak2 bermain di halaman rumah.. Mungkin ada juga yang sedang menonton tv atau sedang bermain buaian di beranda rumah anda..

Kami dari pihak saiber dan sekuriti meminta bantuan kepada semua pihak yang mengenali orang ini iaitu Kita Kami (gambar) untuk memberitahu kami lokasi beliau.. Kami memerlukan beliau untuk membantu dalam satu kes jenayah siber.. Maklumat yang kami perolehi tersangatlah sedikit dan kami berharap dengan bantuan dia akan dapat menyelesaikan kes terbesar kami untuk tahun ini..

Berdasarkan dari informer2 kami, beliau telah dilihat sedang berjalan-jalan sambil mencari pasal seekor anak kucing.. Walau macam mana pun informer kami tidak dapat menyatakan tempat yang tepat kerana menurut nya yang suspek berada dikawasan anda semua.. Ingatan kepada orang awam, jika anda terlihat dia, sila berlari ke panggung wayang yang berdekatan.. Maaf, sila hubungi kami di talian hotline kami iaitu 08-88888888.. Kerjasama anda amatlah dihargai.."

Okay, itu cuma gimik sahaja dan tidak benar.. Yang sebenarnya aku tengah mencari orang ini (gambar dibawah) kerana beliau ialah follower aku yang ke-400.. Beliau tidak meninggalkan jejak blog apatah lagi jejak kasih beliau disini dan menyukarkan aku untuk melepak2 dekat blog dia tu..  Jadi, kepada empunya blog, silalah datang ke sini, ayah mu telah pun merestui perhubungan mu..Eh, silap2.. Sila abaikan ayat tadi ye..hehe.

Kepada pemilik blog itu silalah tinggalkan url blog anda disini supaya aku boleh mengenali siapakah follower aku tu dan sorry sebab buat cerita jadi suspek untuk kes diatas.. Kalau dia bernasib baik mungkin aku akan buat entry pasal blog dia ni.. Alamak, follower lain pun nak gak ke.. Takpe2, aku tengah memikirkan macam mana aku nak promote blog korang tu.. Nanti bila ada idea tu aku bagitau korang ye..

inilah follower aku yang ke-400

Sebab aku tak komen dekat entry korang..

Salam semua especially to bloggers la, tapi bagi yang bukan blogger pun tetap aku specialkan..hehe. Korang mesti nak tau kan apa cerita di sebalik tabir tajuk di atas kan.. Ala, macam biasa juga, bagi sesiapa yang tak nak tau tu, aku tetap juga nak bagitau dekat sini..^^

Aku ni walau pun masih sangat2lah baru lagi di dunia blog ni, tapi berbekalkan pengalaman sebagai bomoh yang sebenarnya aku tipu ni, aku rasa sudah hampir boleh untuk aku bagitau beberapa sebab yang aku jumpa kenapa aku tak jadi komen dekat entry korang tu... Antara senarai yang aku dapat bagi ialah...

* Tempat komen takde..
Yang ini tak banyak sangat aku jumpa, tapi memang agak menyedihkan juga la bila aku rasa nak komen, tapi tempat komen pula aku tak jumpa.

* Ramai orang dah komen..
Kadang2 aku tengok dekat entry korang tu ada yang sampai 20 lebih orang komen, aku nak gak la menambah tapi bila aku baca komen2 tu tiba2 aku rasa tak jadi nak bagi komen aku ni sebab apa..?? Sebab dah ada orang komen benda yang sama dengan apa yang aku nak komen kan tu..

* Tempat komen bukan jenis pop up..
Aku rasa semua tau yang orang lagi selesa dengan komen jenis pop up ni sebab tak payah nak open page yang sama lagi..

* Tak tau nak komen apa..
Ini memang biasa berlaku dekat aku, mungkin korang pun sama juga kot.. Entry dah best dah bile baca, tapi time nak komen tu macam tak tau nak tulis apa.. Aku tak nak la setakat tulis 'Nice entry' je, sebab itu bukan cara aku nak bagi komen..

* Takde mood nak komen..
Benda ni agak jarang la berlaku dekat aku walau pun kadang2 ada juga terjadi.. Kalau sampai macam ni aku memang tak dapat nak bagi komen aku dekat entry korang.. Antara sebabnya ialah aku dah mengantuk sangat masa tu atau pun internet aku slow macam slowpoke.. (korang tau tak apa tu slowpoke)

Walau macam mana pun, aku tetap juga akan cuba memberi komen2 dekat entry korang sekiranya aku rasakan ada benda yang aku nak sampaikan.. Ini semua adalah antara sebab dari aku, tapi kalau korang aku tak tau la pulak, mungkin ada yang sama juga kot.. Sekiranya korang ada benda yang nak di bangkang, silalah bangkang di tempat komen tu ye..hehe

Saturday, February 12, 2011

Aku tak kira, aku nak buang juga...

Salam kepada semua yang membaca, agak2 korang apa benda la yang aku nak buang tu ye.. Adakah aku nak buang duit, buang sampah atau mungkin aku nak buang tabiat..?? Kalau korang nak tau, korang teruskan pembacaan korang dan hayati lah segala detik mencabar yang bakal aku kongsikan nanti.. Okay, yang itu tak betul la ye, untuk entry ni tak adanya detik2 mencabar seperti yang dinyatakan tadi.. Mungkin lain kali aku buat cerita yang boleh mencabar minda korang (walau pun aku tak tau bila nak buat..)..

Yang diatas itu adalah mukadimah sahaja, mukadimah yang sepatutnya menceritakan apa isi entry ini tapi disebabkan si penulis entry ini sedang kempunan mahu merapu sebentar, maka jadilah mukadimah seperti yang diatas.. Cerita bermula pada zaman kesultanan melayu Melaka, Hang Tuah dan Hang Jebat sedang melepak di warung Pak Malik... Tiba2.... Muncullah Ketua Pengarah untuk blog ini dan si penulis telah ditegur atas kesalahan dibawah seksyen 1.2/3 iaitu merapu dan membuat cerita yang telah keluar dari tajuk.. Hukumannya ialah si penulis telah digantung selama seminggu..

Faizal Tahir-Hanyut
Setelah penulis tadi tiada, maka Ketua Pengarah  pula yang terpaksa menaip entry ini demi menjaga hati para pembaca blog ini.. Maka ini lah cerita sebenar untuk entry ini diwujudkan.. Aku sebenarnya telah pun membuang Faizal Tahir yang sentiasa menyumbangkan suaranya apabila korang membuka blog ini... Bukan kerana nyanyiannya tak sedap, tetapi nyanyiannya itu membuatkan ramai yang tertidur ketika membuka blog ini..

Pihak kebajikan blog telah megadu pada aku yang mereka telah lama memantau gerak-geri dan tingkah laku pelawat blog ini. Mereka mendapati bahawa sesiapa yang membuka blog ini pasti akan tertidur termasuklah si penulis yang kena gantung kerja tadi.. Keputusan pilihan raya telah diambil dan aku terpaksa membuang lagu itu dari blog ini untuk mengelakkan gejala tidur di depan lappy yang semakin menular ni..

Aku telah mengeluarkan surat pemberhentian kepada Faizal Tahir supaya dia tidak perlu lagi menyanyi di dalam blog ini.. Aku harap kepada peminat Faizal Tahir tidak berasa kecewa dengan keputusan yang telah aku ambil terutama Faizal Tahir sebab dia terpaksa cari kerja di tempat lain pula.. Okay, cukuplah untuk entry yang penuh dengan imaginasi aku tu, harap korang terhibur lah ye..

Kesimpulannya ialah, aku dah buang lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir tu di atas sebab2 yang aku tak boleh dedahkan.. Lagi pun aku bukan dengar sangat lagu tu bila aku buka blog aku ni sebab lappy aku ni memang aku sentiasa mute kan.. Kepada sesiapa yang selama ni datang untuk mendengar lagu itu sahaja, aku cadangkan korang download jelah dekat 4shared.. Tak pun korang buka lah Youtube tengok videonye sekali.. Tapi korang datang sebab baca entry aku kan, bukan sebab nak dengar lagu je, betul tak..??

( Andai kata korang tak berapa faham dengan cara penulisan aku ni, korang baca banyak2 kali sampai faham okay..^^)

Jawatan Kosong diperlukan segera..!!

Kami membuka peluang kepada penganggur di luar sana untuk bekerja dengan kami..

Bagi mereka yang sedang mencari kerja, tahniah kami ucapkan kerana Arpiiz itu nama ku SDN.BHD sedang menawarkan jawatan yang berikut..

1) Pemberi Idea.
Kelulusan/Ciri-ciri
- Mestilah pandai dalam mengolah cerita.
- Mempunyai pemikiran yang kreatif.
- Idea mestilah sesuatu yang best, dan sedap dimakan begitu sahaja boleh menarik perhatian pembaca.
- Penampilan tidak begitu diambil berat, bermakna kami tak kisah sama ada orang itu selekeh atau kene sekeh..
- Lelaki atau perempuan.
- Mempunyai sijil PHD dari Universiti Luar Negara.
- Sijil SPM juga turut diterima.

Gaji/Kelebihan
- RM 100,000 2 bulan.
- Tiada EPF dan SOCSO .
- Banglo 8 tingkat disediakan, bersebelahan dengan jirat cina.
- Overtime/OT dibayar 2 kali ganda dari gaji cleaner.
- Berpeluang melancong ke luar negeri seperti Perlis atau Johor.

Sekiranya anda berminat, sila hubungi Pegawai penyiasatan syarikat kami di 011-8843209

Okaylah, cukuplah entry merepek/menipu aku ni.. Bagi sesiapa yang menganggap ini adalah entry yang benar, ketahuilah bahawa ini adalah entry TIPU semata-mati mata.. Aku tak tau nak tulis ape sekarang ni, sebab pencari idea aku tu sedang bercuti.. Sebab itulah terhasilnya entry yang sebegini rupa..

Aku mintak maaf la kepada sesiapa yang memang betul2 kecewa sebab ingatkan ini adalah entry yang betul.. Tapi bagi sesiapa yang memang nak sangat cari kerja tu korang boleh pergi ke Mudah.my atau pun jobStreet.com Malaysia.. Kalau tak jumpa gak, korang selak la surat khabar sampai lebam jumpa or korang teruskan mencari di internet ye.. Semoga dapat kerja yang dicari..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...