Thursday, July 07, 2011

Semangat yang hilang..

BERLIN : Seorang pelajar universiti telah terlantar dirumahnya setelah beliau menyedari bahawa dia telah kehilangan semangat didalam dirinya. Menyedari perkara tersebut amat penting bagi dirinya, maka beliau telah pun membuat satu laporan polis.

Pihak polis ketika ditemui berkata bahawa mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk mengesan dan menjejak semangat pelajar tersebut. Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan bagi menyelasaikan kes kehilangan yang dianggap sebagai kes high profile.

Menurut pelajar tersebut, pada waktu itu beliau baru sahaja pulang dari kedai. Ketika mahu masuk kedalam rumah, dengan secara tiba-tiba sahaja keadaan menjadi gelap. Dan apabila beliau sedar, dia mendapati bahawa semangat dia telah hilang.

Pihak tentera telah dikerah untuk mengawal dan memerhati keadaan pelajar tersebut. Menurut dari sumber, pihak tentera tersebut diarah berkawal kerana mereka perlu menghalang satu makhluk yang dipanggil sebagai MALAS. Makhluk ini akan menyerang sesiapa sahaja yang telah kehilangan semangat.

Kini orang ramai diminta untuk membantu pelajar tersebut untuk mencari semangat beliau yang telah hilang. Tambah pihak polis lagi, sesiapa yang menyimpan atau menyorokkan semangat pelajar tersebut akan dihukum penjara seumur hidup dan denda sebanyak RM 2 trillion.

Hahaha, entah apa2 lah jadinya dengan artikel aku ni.. Haih, itulah yang jadi kalau menaip ketika mata terbuka separuh sahaja.. Idea kemana, tulisan pun entah ke mana..hehe. Ya, memang betul semangat aku dah hilang..

So, sekarang ni aku tengah mengumpulkan semangat aku ni kembali.. Kalau bernasib baik, cepatlah semangat tu datang.. Kalau tak, entah sampai bila lah perasaan malas ni nak duduk dalam badan aku ni..huhu

P/s : Artikel tu just saje2 je, tiada kena mengena2 dengan sesiapa pun..hehe

4 comments:

oshin-jamel said...

meh nk tiup skit bg semangat tue ade...
fuh..fuh... fuh... ;)

Jenny Pa-un said...

hahah terbaik nye artikel hahaha :)

Aleen Aiden said...

camane nak jejak smangat?pkai GPS ke?hi3

cik myrha said...

jom cari semangat same2 :)
pakai kompas pon best.kui3 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...