Sunday, July 31, 2011

Esok belum puasa lagi..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Apa..?? Korang tak percaya dengan apa yang aku taipkan dekat bahagian tajuk tu..?? Betul lah, esok masih belum puasa lagi, so esok kita still boleh makan lagi.. Laa, korang masih tak percaya lagi ke..?? Suke hati korang lah kalau korang tak nak percaya..

Esok kita masih belum berpuasa lagi kalau kita tergolong di kalangan orang yang tak boleh berpuasa okay.. Kalau2 korang ni adalah seorang yang gila, masih bayi dan mengalami keuzuran serta bukan islam, so esok korang memang tak berpuasa ye..hehe

Okay2, ni yang betul punya.. Esok pada 1.8.2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 , kita bagi umat islam akan memulakan ibadah puasa di siang hari.. Kalau ada yang mengada2 nak puasa di malam hari, itu aku tak tau nak cakap apa ye.. Pada bulan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah..

Aku rasa ramai blogger yang dah menceritakan apakah kebaikan puasa dan bulan Ramadhan ni.. So, aku just bagi sikit info yang aku tau je la ye..

Kelebihan Puasa
* Mengawal nafsu makan yang ada dalam diri kita ini..
* Dapat membuatkan kita merasai bagaimana kehidupan mereka2 yang susah lantas buat kita bersyukur..
* Melatih diri dari melakukan perkara2 yang sia2..

Kelebihan bulan Ramadhan
* Bulan yang paling mulia diantara bulan2 yang lain..
* Terdapatnya malam lailatul qadar..
* Mudah mendapat ganjaran pahala yang berganda..

Aku bagi sikit jelah ye, kalau korang nak tau lagi korang boleh lah try search dekat google tu.. Bukan sebab aku malas, tapi aku tengah nak godek2 blog ni.. Ada problem pulak sejak pagi tadi..T_T

Sorry, blog ni dalam pembaikan..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Minta maaf kepada yang singgah sini, blog ini dalam proses membaik pulih.. Tuan blog ini juga sedang dalam proses membaik pulih semangat bloggingnya.. Jadi anda diminta untuk bersabar jika anda tidak puas hati atau sakit mata bila melihat template yang tak berapa cantik ni..hehe

Wednesday, July 27, 2011

Rabu ni cakap sikit je.. (Wordless jugak..)

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Aku nak online sekarang ni..T_T

Selamat malam...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ni apa jadahnya aku ni nak ucapkan selamat malam.. Apakah aku sudah diserangi penyakit halusinasi, atau penyakit insomnia aku datang kembali..?? Entah lah, aku pun tak tau kenapa aku boleh menaip tajuk yang sedemikian rupa..

Mungkin sebenarnya aku mengantuk sangat kot, yelah malam tadi tak dapat tidur.. Dah lah badan tak sihat, lepas tu tak cukup tidur.. Pagi tadi ada kelas, and ini pun baru je sampai rumah.. So mungkin itulah sebabnya aku mengucapkan selamat malam ni..

Okay lah, tanpa membuang lebih banyak masa.. Aku nak pergi tidur kejap, letih bebenor badan aku sekarang ni.. Dah lah petang ni ada kelas lagi..huhu. Kalau diikutkan hati ni, nak je aku pergi klinik mintak mc.. Tapi takut nanti aku terlepas assignment pulak..huhuhu (lagi sekali)

P/s : Alahai badan, bila lah ko nak sihat seperti dahulu kala..

Tuesday, July 26, 2011

Aku dipaksa kau terpaksa..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Sebelum aku memulakan segala perbicaraan kita ini.. Aku ingin sekali memohon kepada kamu seribu kemaafan seandainya apa yang ingin aku katakan ini akan membuatkan diri mu terluka.. Bukan ku bermaksud untuk melukakan diri mu, tapi ini adalah suratan takdir..

Aku memohon maaf kerana aku telah mengabaikan diri kau, sedangkan selama ini aku tak pernah melakukan perkara tersebut.. Ingin sekali aku memberitahu sebab mengapa aku melakukan perkara sedemikian, namun aku rasa lebih baik aku biarkan masa sahaja yang memberitahu..

Apa yang boleh aku katakan ialah bahawa aku dipaksa melakukan perkara tersebut.. Dan apabila aku dipaksa, maka kau terpaksalah menerimanya.. Memang aku ingin melawan, namun aku tidak terdaya untuk melawannya.. Apa yang mampu aku buat ialah aku terpaksa menuruti kehendaknya..

Hehehe, agak2 korang lah, aku boleh tak nak terbitkan novel.. Sebenarnya aku nak bagitau yang hari ni aku tak dapat nak update sebab aku mengalami gangguan kesihatan.. Ini pun mujurlah aku dah makan ubat, so boleh lah juga menaip..

Kalau time sakit tu, aku nak menghadap lappy ni pun aku tak berdaya.. Apa yang mampu aku buat ialah terbaring sambil cuma menghilangkan kesakitan itu.. And lagi satu aku nak bagitau, mungkin time aku tak sihat ni aku tak buat blogwalk..

So, korang jangan lah berhenti baca entry aku sebab aku tak singgah baca entry korang.. Nanti bila aku dah okay sikit, aku baca entry2 korang yang aku terlepas tu ye..

P/s : Nak buat entry autopost, mana lah tau kalau esok pun still tak dapat nak hadap blog ni..huhu

Monday, July 25, 2011

Duit nuffnang aku RM10 juta..!!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay, sebelum itu aku nak korang semua tarik nafas dalam2 dulu ye.. Yelah, manalah tau kalau2 ada diantara korang ni yang still terperanjat bila baca tajuk entry ni.. Aku takpe, sebab terperanjat aku dah mula berkurangan dah ni..hehehe

Ya, akhirnya setelah sekian lama aku menantikan detik2 yang amat bersejarah dalam hidup aku ini.. Mungkin juga detik2 yang paling bersejarah dalam dunia berblogging ni.. Okay, aku ceritakan dari mula ye, aku tau yang korang tak sabar2 nak tengok bukti yang akan aku tunjukkan nanti..

Macam ni, petang tadi aku ketika aku baru sahaja membuat blogwalk, tiba2 tangan  aku ni terasa seperti nak tengok pulak sama ada aku ada dapat BE baru atau tidak.. Lalu aku pun buka lah nuffnang dan sebelum aku klik bahagian earning/pendapatan..




Aku nampak gambar dekat atas ni.. Aku memang betul2 terkejut, lalu aku pun cepat2 lah menghalakan cursor aku tu kearah earning itu lagi sekali.. Dan jumlah yang ditunjukkannya itu still juga sama, iaitu RM 10,000,000.08..

Maka aku pun cepat2 lah klik bahagian earning itu.. Selepas habis sahaja loading, aku pun teruslah scroll ke bawah untuk melihat sama ada betul ke jumlah yang ditunjukkan seperti gambar di atas..?? Kali ini aku memang betul2 dah habis terkejut..




Ya, itu lah gambarnya sebagai bukti supaya korang boleh mempercayainya sendiri.. Siapa yang tak terkejut bila tengok jumlah ini.. Bagitau dekat aku siapa yang tak terkejut tu, aku nak check sama ada dia sihat atau pun tidak..

Yes, lepas ni aku boleh lah beli rumah banglo and kereta idaman aku..haha. Lepas ni juga aku akan membuat contest yang berupa hadiah sebanyak RM1 ribu.. Sekarang siapa yang cakap bahawa berblog ni tak menguntungkan.. Aku dah buktikan, anda bila lagi..





















Di sini ada satu pengumuman ya.. Cerita diatas adalah rekaan sahaja, manakala gambar itu pula telah diedit agar ia dapat mempengaruhi kepercayaan korang semua..hehe. Tapi korang doa2 kanlah agar benda tu akan betul2 terjadi..^^

P/s : Kalau lah betul, memang raya sakan lah aku tahun ni..hahaha

Ish, nak kena cepat ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Ini bukanlah entry wordless ye.. Eh, rasa macam dah pernah keluar pulak ayat ni.. Ah, lantak lah, siapa yang kisah sangat kan.. Lagi pun ini adalah entry saje2 je.. Owh ye, aku nak kena cepat2 taip seperti mana gambar diatas tunjukkan tu..

Bukan apa, aku ni dah lambat nak pergi kelas ni.. Tapi entah kenapa jari ni still gatal juga nak menaip.. Disebabkan takut nanti dalam kelas aku akan teringatkan blog ni, lebih baik aku taip jelah apa2 yang jari aku nak taip kan ni..

Okay, aku rasa cukup lah tu.. Nanti lambat sangat pulak aku nak ke kelas ni.. Korang tak kisah kan baca entry saja2 aku ni..?? Ala, bukan selalu pun aku buat macam tu.hehe

Bergembiralah dengan apa yang ada..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Kadang2 manusia itu lupa..

Kadang2 manusia itu juga lalai..

Namun itulah yang dikatakan sebagai manusia..

Tidak pernah cukup selagi nafsu mengawal diri..

Berlajarlah untuk bersederhana..

Kerana didalam kesederhanaan itu terdapat kelebihan..

Kelebihan yang lebih berguna untuk diri ini..

Untuk berlajar bersederhana..

Sentiasalah diucapkan kata syukur..

Supaya ia dapat menjinakkan nafsu yang sentiasa ingin berlebihan..

P/s : Nak tidur kejap sebab malam tadi tak mau tidur..huhuhu

Sunday, July 24, 2011

Menangis di dalam kegelapan..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Malam ini aku kesepian sambil menghadap papan kekunci ini.. Hanya jari sahaja yang menaip tanpa hala tuju yang sebenar.. Tidak aku tau apakah yang akan terhasil dari apa yang jari aku telah taipkan ini.. Aku benar2 buntu sekarang ini..

Aku sudah tidak sanggup lagi untuk menghadapi cabaran yang wujud diatas muka bumi.. Kadang2 aku terasa ingin sahaja aku berlari jauh untuk meninggalkan masalah yang semakin hari semakin bertambah.. Namun aku cuba juga gagahkan diri ini..

Aku tidak mahu menjadi seorang yang gagal oleh kerana baru sahaja berdepan dengan masalah yang kecil ini.. Masih aku ingat lagi ketika aku kecil dahulu.. Tidak terasa langsung beban atau tanggungjawab.. Yang aku tau hanyalah bermain sahaja..

Jika aku mahukan gula2, hanya perlu minta sahaja dari kedua ibu bapaku.. Jika aku perlukan duit, aku hanya perlu mencari alasan agar aku dapat memujuk ibu bapa ku.. Ketika itu aku langsung tidak tahu bagaimana susahnya untuk mendapatkan duit..

Ketika kecil juga aku teringin menjadi dewasa, itu pun adalah disebabkan apabila aku melihat bahawa orang dewasa sudah boleh membuat keputusan sendiri.. Namun apabila aku sudah besar, aku teringin sangat untuk kembali ke dunia kecil ku..

Aku rindu untuk berada dengan ibu bapa aku.. Aku rindu dengan permainan2 serta kawan yangsentiasa bersama aku ketika main dahulu.. Dan malam ini, ketika aku berada di dalam kamar bilik yang gelap ini.. Aku menangis kerana terlalu rindu dengan kenangan2 lalu..

P/s : Bila dah besar ni aku rasa macam banyak sangat beban yang berada di atas bahu ini..

Hujung minggu korang kurang update ye..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Adoi, aku tak puas hati betul lah dengan korang2 semua ni.. Apahal tiap kali hujung minggu je korang semua kurang update ye..?? Cuba cerita dekat aku sikit, manalah tau kalau2 korang ni sebenarnya ada apa2 masalah ke..

Korang tau tak yang pada hujung minggu ni aku nak lah berehat2 sambil membaca entry2 korang tu.. Tapi bila dah terjadi benda yang macam ni, apa lagi yang boleh aku lakukan.. Terpaksalah duduk menghadap tv dekat rumah.. Aku tak kira, walau apa pun aku still juga tak puas hati dengan korang2 semua ni..

Hehehe, amboi sesuka hati aku je untuk tidak puas hati dengan korang kan.. Sedangkan aku pun sama je, kurang update bila hujung minggu.. Aku update ni pun adalah di sebabkan petang ni aku agak lapang sikit.. So, boleh lah mengarut2 dekat entry ni..

Tapi yang sebenarnya betul ke yang bila hujung minggu ni korang akan kurang update..?? Aku tak tau sebab aku bukan perasan sangat pun.. Tapi kalau betul pun, biarlah ye sebab dah korang sibuk, takkan lah nak kena tulis entry pulakkan..

P/s : Minggu ni korang ada pergi kenduri ke..??

Aku dah bosan lah dengan blog ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Amboi2, belum sampai setahun blog ni dah beroperasi.. Kau dah start nak rasa bosan dengan blog ni.. Wei, apa ko tak takut ke nanti ko akan menyesal di sebabkan dengan keputusan kau ni.. Itulah ayat2 yang telah dilontarkan oleh diri aku semasa aku sedang bercakap sorang tadi..

Eh, maksud aku cakap sorang2 tu ialah aku bermonolog dalaman.. Cakap dalam hati jelah, kalau nak cakap dengan atok aku pasal blog ni, takut dia ingat pasal batu blok je..huhu. So, apa yang korang rasa bila aku kata yang aku dah mula bosan dengan blog ni..

Mesti korang akan rasa macam nak nangis kan, lepas tu sedut hingus yang dah meleleh panjang tu..hehe. Dah lah tu, perasan sangat pulak aku ni.. Walhal takde siapa pun yang kisah kalau aku dah rasa bosan atau rasa macam nak letupkan je blog ni..huhu

Tapi yang sebenarnya aku nak cakap yang aku dah bosan dengan template blog ni..  Memang lah senang nak tukar template tu.. Tapi kalau aku nak tukar template, aku kena tukar header sekali.. Itulah masalah yang sedang aku hadapi sekarang ni..

Aku tak tau header yang macam mana aku nak tukar nanti.. Kalau nak tukar kepada header ganas, aku dah buat dulu.. So, sekarang ni aku tengah mencari header atau tema yang macam mana aku nak tukar kan nanti..

Nampaknya aku terpaksa menggoogle gambar2 yang aku rasa sesuai untuk header baru nanti.. Korang tak rasa bosan ke bila dah lama tengok template or header blog aku ni.. Ala, kalau korang nak kata yang korang dah muntah hijau sebab bosan sangat dengan template ni pun tak mengapa lah..hehe

P/s : Template yang sekarang ni, sudah aku gunakan lebih kurang dalam 2 bulan lah..

Tengah malam baru update..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hohoho, nampaknya kesian dekat korang kan sebab terpaksa menunggu entry aku pada malam ni.. Namun aku tau yang sebenarnya bukan nya ada orang yang sudi menanti aku untuk update kan satu entry.. Betol tak dengan apa yang aku katakan ni..hehe

Malam ni aku cuma tengok tv je.. Bermula dengan tengok berita, lepas tu tengok bola sepak pulak walaupun aku tak minat bola.. Tapi bila Malaysia main, aku mesti lah tengok sebagai tanda sokongan aku..chewaaah.. Dah habis bola pulak, aku tengok majalah 3..

Selepas majalah 3, aku tengok cerita Sumpah Anjasmoro tu.. Eh2, apahal aku ceritakan aktiviti menonton tv aku ni..?? Korang bukannya amik tau pun cerita apa aku tengok malam ni.. Sebenarnya aku bagitau ni adalah disebabkan aku nak menceritakan dekat korang betapa sibuknya aku malam ni..

Dan bila aku bagitau ni, dengan aku itu aku pun harap lah bahawa korang akan faham mengapa aku tidak update untuk malam ini.. Selain itu juga aku berharap bahawa korang sudi menghulurkan wang sebanyak seringgit demi membantu aku untuk menghasilkan loji tenaga nuklear..hehe

Dah2, abaikan bab2 hulur duit tu.. Sekarang ni aku cuma nak pergi buat aktiviti tengah malam.. Iaitu menonton serta membaca entry2 korang semua.. Kalau bernasib baik, adalah cerita best tengah2 malam ni dekat tv tu..^^

Saturday, July 23, 2011

Bila idea best datang menyinggah..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Tom Cruise pun suka dengan entry
aku tu..hehe
Mesti best kan bila time kita baru je bukak new post, dengan tiba2 sahaja muncul satu idea yang korang rasa boleh membuatkan orang ramai akan bukak.. Time tu mesti korang menulis dengan satu perasaan yang sangat berbeza.. Seolah2 satu perasaan gembira sangat time menaip tu..

Aku pun pernah juga mendapat detik2 dan saat yang macam tu.. Time tu feel untuk menaip memang berbeza sangat.. Masa aku taip tu aku ulang baca sampai 3 kali, dan lepas tu aku publishkan, aku baca lagi 2 kali.. Dah rasa macam terlalu obses pulak dengan entry tu..hehe

Aku tau korang pernah buat entry yang korang rasakan sangat best tu.. Jadi di sini aku nak bagi korang susah sikit..hehe. Kalau lah boleh, korang bagi aku satu link yang korang rasa entry tu paling best.. Haih, nampaknya korang kenalah godek2 blog korang tu ye..

Bagi aku, entry yang paling best ialah entry2 di bawah ni.. Kalau korang nak baca boleh tekan link bawah ni..^^

* Huwaaa..!! Aku dipaksa kahwin..
* Aku mengaku aku pernah main dengan dia..
* Wah, aku nampak UFO lah..!!

P/s : Eh, aku sebenarnya tak paksa korang, tapi kalau boleh share lah dengan aku entry korang yang best tu..

Itulah, degil lagi..!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hah, gerangan siapakah yang degil itu..?? Hehehe, sudah semestinya diri aku ini yang kadang2 je degil nya.. Tapi tak tau lah kalau korang pun sama degilnya juga.. Meh sini aku nak ceritakan kisah disebalik tajuk yang berada diatas tu..

Macam ni, malam tadi aku telah melantak beberapa biji durian.. Ya, malam tadi aku makan buah durian.. Akhirnya dapat juga aku makan buah tu, sekarang ni dah takde lah perasaan jelez dengan korang2 yang dah makan buah tu..
macam ni minum dari pangsa durian tu - sumber gambar

Kalau tak selama ni aku cuma baca jelah cerita2 korang yang korang tengah makan raja buah tu.. Okay2, kembali kepada cerita semula.. Apabila lepas makan tu, maka aku pun duduk lah sambil melayan tv.. Nak tengok blog takde mood pulak malam tadi..

So, blog ini pun terpaksa diabaikan untuk malam tadi.. Nak dijadikan cerita, ibu aku selalu pesan yang bila lepas makan buah durian ni, kena minum air masak dalam kulit durian tu.. Oleh kerana time tu aku terlalu fokus ketika tengok tv, maka aku pun lupa nak ikut nasihat tu..

So, apabila nasihat tidak di turuti.. Maka pembalasan pun mula memunculkan diri.. Sepanjang malam aku tak dapat tidur akibat badan ni mengalami kepanasan.. Habis satu botol air sejuk aku minum, tapi still juga badan ni rasa bahang..

Akhirnya, selepas mandi sekejap.. Panas pada badan tu pun mula beransur kurang, dan aku pun dapat lah tidur sekejap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi.. Oleh itu, moral untuk cerita ini ialah jangan lah terlalu banyak sangat makan durian, nanti badan jadi panas..

Kalau korang ada moral yang lain, boleh je selitkan dekat bahagian komen tu.. Yelah, mana lah tau kalau ada adik2 yang sedang tercari2 moral bagi cerita si kancil dan buaya..hehehe. Dah lah, aku nak pergi tengok durian semalam ada lagi ke tak..

P/s : Kata ayah dan ibu aku, dulu aku tak minat durian.. Tapi sekarang dah jadi hantu durian pulak..hehe

Friday, July 22, 2011

Apa benda yang aku nak ceritakan ye..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Hurmmm...
Keluhan panjang itu aku luahkan tatkala aku sedang duduk di buaian di luar rumah ini.. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ini..?? Apakah aku perlu melakukannya atau biarkan peluang itu berlalu sahaja.. Entah lah, aku sendiri tidak tau keputusan yang mana perlu aku ambil..

Hehehe, diatas itu adalah ayat yang saja2 aku ciptakan sebab rasa macam dah lama pulak aku tak mengarang sebuah cerita.. Aku memang teringin nak reka sebuah cerita lagi, tapi buat masa ini aku tidak berkesempatan.. Tengok lah malam nanti macam mana..

Di sebabkan esok aku cuti, so malam ni boleh lah mereka2 cerita, tapi aku rasa susah lah kalau nak buat cerita pendek untuk satu entry.. Bila aku buat cerita je, mesti akan bertambah2 ayat maka aku terpaksa membuat cerita dalam bentuk part2..

Owh ye, petang ni aku ada kelas.. So, tak boleh nak tulis panjang2 sangat sebab takut lambat pulak nak pergi kelas tu.. Korang tunggulah entry malam nanti ye, sama ada aku buat entry cerita atau pun just entry biasa2 je..

P/s : Hope kelas petang ni batal..hehehe

Jumpa duit di tepi jalan..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Apa hal lah dengan aku ni.. Jumpa duit tepi jalan pun nak ceritakan dalam blog ke..?? Apa boleh buat, dah idea lain takde nak singgah.. Lagi pun benda ni baru je terjadi dekat aku, so aku ceritakan jelah dekat sini.. Ada sesiapa yang amik kisah ke dengan apa yang aku akan ceritakan ini..??

Macam ni, semalam malam aku keluar kejap sambil jalan2 menghirup udara malam yang dingin.. Sambil menunggang motor pada kelajuan area 40 ribu km/jam.. Aku pun memandang lah ke dada langit untuk mencari binantang, eh silap pulak.. Maksud aku bintang lah..

Sedang aku mencari2 bintang yang menyorok di balik awan, tiba2 aku terdengar seakan2 bunyi benda terjatuh.. Aku pandang ke belakang untuk melihat apakah benda yang jatuh itu.. Aku tak nampak apa2 disitu melainkan kegelapan sahaja..

Aku patah balik (u turnlah tu) dan sekali lagi cuba mencari apakah benda yang menghasilkan bunyi tadi.. Korang nak tau tak, aku terjumpa beg duit.. Ye, aku tau memang agak mustahil untuk dompet itu menghasilkan bunyi tadi..

Aku tanpa berfikir panjang, pulang dan membawa dompet itu sekali.. Apabila dirumah, aku lihat didalam dompet itu, tiba2 satu kemusykilan melanda diri aku.. Dalam dompet itu tiada kad pengenalan, yang ada hanyalah kad sim dan duit sebanyak RM 150..

So, nak tanya korang semua ni.. Apakah yang patut aku lakukan sekarang ini..?? Adakah aku perlu menggunakan duit2 itu atau simpan duit tu masuk dalam tabung..?? Hahaha, sebenarnya kalau korang tak nak jawab pun tak mengapa sebab soalan macam tu patutnya budak kecik je yang tanya..

P/s : Boleh tak aku nak beli laptop guna duit tu..hehehe

Thursday, July 21, 2011

Tajuk pun aku tak dapat nak fikir kan..huhu

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Alahai, maaf lah kepada korang semua ye.. Malam ni aku tak dapat nak membuat entry yang sepatutnya lah.. Ini semua ada kerana gejala sakit kepala yang sedang menyerang kepala aku ini.. Masalah ini telah menyebabkan otak aku tidak dapat menjana idea2 yang best untuk korang semua..

tengok, awek ni pun sakit kepala..
Untuk menaip entry ini pun mengambil masa yang lama sebab entah kenapa segala ayat2 untuk aku gabungkan tidak muncul2.. Aku rasa sangat menyesal dengan kejadian yang sedang berlaku ini.. Kalau lah aku boleh mengundur masa..

Sudah tentu aku akan kembali ke masa aku berada diatas motor siang tadi.. Yelah, sebab time aku atas motor siang tadi, idea punya lah banyak.. Datang mencurah2 macam hujan lebat pulak.. Sudah mesti aku akan berhenti dan tulis dekat tapak tangan aku ni..hehe

Tapi ialah, benda dah berlaku kan.. Apa lah yang boleh aku buat pun, aku terpaksalah memberitahu kepada korang yang malam ini tiada entry yang best2.. Nak pergi balas komen2 korang lah, mana lah tau nanti ada idea, boleh aku catit dalam kertas..hehe

P/s : Tadi pun aku tak dapat nak habiskan blogwalk aku sebab sakit kepala ni..huhu

Wordless khamis pulak..hehe

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay2, cukuplah dengan hari rabu je aku buat wordless.. Kalau hari2 nak buat wordless tak best lah ye, cuma letak gambar je.. Lepas tu korang pun dah tak tau nak komen apa dekat gambar tu.. Jadi apakah benda yang aku nak tulis petang ni..??

Entah lah, disebabkan aku ni kepenatan selepas berlari keliling dunia.. Maka aku pun tak larat nak memikirkan entry untuk petang ni.. Tak lah, sebenarnya aku baru balik dari amik adik aku di sekolah.. Namun entah mengapa badan aku ni still juga terasa penat..

Mujurlah dekat sini cuaca tidak panas seperti semalam.. Kalau tak, entah berapa gelen air dah aku teguk sekarang ni..huhu. Okaylah, disebabkan hari ni aku tak buat lagi sesi blogwalk, maka aku akan paksa juga diri ini untuk menyinggah ke blog2 korang tu..

P/s : Aku pernah jumpa satu blog yang buat wordless thursday ni..

Bukannya boleh aku paksa..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ye, memang pun.. Siapa lah aku ini untuk memaksa2, kerana aku sendiri pun memang tidak suka untuk paksa sesiapa pun.. Namun begitu, aku perlu juga melakukannya demi kepentingan diri aku sendiri.. Jadi, aku nak sangat, kalau boleh bertahan lah sedikit lagi..

Please...!! Aku ada banyak kerja lagi nak buat ni.. Tapi kalau kau terus berdegil dan tetap juga mahu memejamkan diri kau.. Aku rasa aku tak boleh buat apa lah, aku perlu juga mencari satu tempat untuk aku melelapkan mata ini sebentar..

Aku tak tau lah kenapa dengan mata aku hari ni.. Aku rasa tidur aku malam tadi agak awal, dan bangun pun agak lambat sedikit.. Tapi kenapa mata aku ini still mengantuk lagi.. Pantang aku baring sekejap, pasti mata ni pun akan terlelap sekejap..

Dah lah sekejap lagi aku ada kelas, kalau mata aku terus macam ni.. Aku risau nanti aku akan terlambat pergi kelas.. Adeh, ni yang membuatkan aku rasa macam tension sedikit ni.. Okay lah, aku terpaksa juga baring sekejap sebab mata ni dah betul2 suruh aku lelap kan diri lagi sekali..

P/s : Kadang2 bila aku nak sangat tidur, mata ni elok pulak segar bugarnya..huhu

Wednesday, July 20, 2011

Peraduan teka nama Arpiiz...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Okay semua, kali ini aku nak buat satu peraduan.. Dalam maksud lain ialah contest lah, takkan itu pun aku nak kena bagitau kot..hehe. Maklumlah, setelah setengah tahun aku berblogging ni, teringin juga aku nak buat contest2 ni selepas melihat korang pun ramai yang buatnya..

Caranya senang sahaja, iaitu korang cuma perlu membuat satu entry yang bertajuk "Nama Arpiiz ialah..". Selepas itu korang tuliskan jawapan korang dekat bahagian entry tu.. Kalau korang malas, korang tulis jelah jawapan, dan kalau rajin korang tulis lah sepanjang mana yang korang nak..hehe

Selepas itu korang hantarkan lah link entry korang tu dekat tempat komen aku.. Nanti aku akan tengok dan baca jawapan2 korang tu.. Selepas itu akan siarkan link 3 orang pemenang dalam entry yang lain.. Macam mana pulak dengan hadiah untuk peraduan ini..??

Okay, aku tau yang korang memang ternanti2kan apakah hadiah yang bakal aku tawarkan.. Hadiah kepada sesiapa yang berjaya memenanginya ialah.. Eh, sabar lah dulu kalau betul2 nak tau pun.. Cara untuk aku mengetahui pemenangnya ialah berdasarkan ke kreativiti ayat2 korang dalam entry tu..

Inilah hadiah yang aku nak tawarkan tu..

Hah, macam mana dengan hadiah yang aku tawarkan tu.. Mesti akan menarik hati dan minat korang semua tu.. Kenapa, korang tak percaya ke dengan apa yang aku bagitau ni..?? Korang jangan risau, kepada sesiapa yang takde lesen pun boleh berpeluang untuk mendapat hadiah itu..

Laa, nampaknya korang still tak percaya lagi ye.. Betullah apa yang aku bagitau ni, kepada sesiapa yang berjaya meneka dengan tepat dan bagi jawapan yang best.. Mereka akan berjaya mendapat gambar kereta Mitsubishi Lancer Evo tu..

Hahaha, okay ini yang paling betul punya.. Aku tak buat contest tu, ianya adalah salah satu rancangan aku untuk menghasilkan entry ini.. Hope takde sesiapa yang hantar link tu sebab contest or peraduan ini tidak akan wujud selagi aku belum nak wujudkannya.hehe

P/s : Kalau ada orang yang hantarkan link tu, itu tandanya orang tu tak baca entry ni sampai habis..

Rabu dah tak larat nak bercakap (Wordless lah tu..huhu)

Sape tak tension kalau macam ni...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Entah, agak2nya siapa yang tak tension bila berlakunya keadaan seperti ini.. Aku tension, sebab tu aku tak tau siapa yang tak tension ni.. Okay2, nampaknya korang pun dah mula pening dengan ayat2 yang sebegitu rupanya.. Baru mula entry korang dah pening, kesian betul..huhu

Sebenarnya macam ini kisah yang berlaku.. Semuanya terjadi pada malam tadi, malam yang agak sunyi kerana pada waktu itu sudah pukul 1.30 pagi.. Semua orang dalam rumah aku tu dah tidur kecuali aku.. Ini semua adalah disebabkan kegilaan aku terhadap berblogwalking sudah kembali..

Setelah penat duduk, maka aku baring pula dihadapan lappy aku ni.. Tiba2 aku rasa dahaga pulak, aku berjalan perlahan2 melangkah ke dapur.. Entah kenapa mengada2 sangat aku ni nak jalan slow2 malam tu.. Dan dalam keadaan yang kekurangan cahaya mata itu..

Tangan aku meraba2 atau menggagau mencari cawan yang telah aku gunakan sebelum ini.. Setelah cawan itu ditemui, maka aku pun mengambil sebotol minyak air lalu menuangkannya ke dalam cawan tadi.. Aku minum tanpa mengambil masa yang lama..

Tiba2 aku terasa seperti ada sesuatu didalam mulut aku ni.. Aku pasang lampu bilik air dan meluahkan kembali ayat2 cinta air tadi.. Aaaargghh..!! macam mana lah boleh ada semut dalam air tu.. Aku kembali semula ke tempat kejadian atau dapur tadi..

Rupanya semut itu datang dari cawan yang aku gunakan tadi.. Aku pun pelik, sebab sebelum tu aku minum air masak jugak.. Tapi kenapa semut tetap masuk juga dalam cawan tu..?? Lantas aku terfikir, mungkin aku ni seorang yang bermulut manis kot..hehe

Tapi walau macam mana pun aku sudah sedar.. Sepatutnya lepas guna cawan itu, aku perlu basuh, bukan biarkan aja.. Tengok, kan dah terminum semut2 tu..huhu. Korang juga boleh lah mengambil cerita ini sebagai iktibar dan tauladan.. Tapi takkan ambik kot, bayar lah seposen ke..hehehe (gurau je)

P/s : Sebelum ni pun pernah juga berlaku kejadian tu..huhu

Tuesday, July 19, 2011

Alamak, dah lambat ni..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ye, dah lambat sangat dah sebenarnya ni.. Kalau aku tak taip laju2 ni, mesti akan bertambah lambat aku dibuatnya.. Korang boleh tak tolong aku supaya aku tidak terlambat.. Ala, cara untuk korang tolong ialah dengan menghulurkan gula2 seposen ke telapak tangan aku ni..hehe

Ish2, dah lambat2 ni pun still juga nak merepek.. Sebenarnya macam ni, aku dah terlambat untuk postkan entry pada waktu malam.. Biasa aku akan postkan pada pukul 10.30 malam, tapi malam ni lambat sikit sebab adik aku nak guna lappy ni..

Kalau aku update guna komputer rumah tu, aku pulak yang tak biasa dengan keyboardnya.. Kalau aku menaip guna keyboard tu, mesti akan banyak berlakunya kesalahan tulisan.. Sehinggakan kalau entry tu perlu ditapis dengan lembaga penapisan filem, pasti tak akan lulus punya..

Yelah, macam mana nak lulus kalau terlalu banyak sangat kesalahan tatabahasa dan tatasusila.. Okay2, ni dah sampai lembaga penapisan filem pun masuk dalam entry aku ni.. Nampaknya akan makin banyak lah ayat2 mengarut timbul nanti..

Okay, aku tutuplah entry ini dengan satu pengumuman.. Aku dah dapat semula semangat berblog seperti mana aku mula2 berblog dulu.. Tapi risau pulak takut semangat ini tidak dapat bertahan lama, yelah sebab biasanya semangat untuk kali kedua ini agak lemah..huhu

P/s : Aku rasa macam dah pernah buat entry yang macam ni...

Apakah yang korang rasakan apabila...

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Apakah yang korang akan rasakan bila ketika berlakunya situasi sedemikian..?? Pada masa itu korang semua sedang sibuk berdua2an dengan si dia.. Tiba2 korang terpaksa pergi demi negara yang tercinta.. Silap2, korang terpaksa pergi sebab korang ada sedikit hal..

Kemudian apabila korang kembali semula untuk bersama dengan si dia, tiba2 sahaja si dia tidak bernyawa lagi.. Apakah korang akan menjerit meraung dan menyesal kerana meninggalkan si dia, atau korang hanya mampu memandang jasadnya sahaja..??

Sebenarnya itulah yang terjadi kepada aku setengah jam yang lepas.. Pada waktu aku sedang berdua2an dengan si dia di dalam bilik, tiba2 sahaja aku mendapat satu tugasan yang penting.. Tugasnya ialah pergi ke sebuah kedai yang menjual bahan2 tembakau memasak..

Setelah selesainya aku menjayakan misi tadi dengan cemerlang gemilang dan terbilang.. Aku kembali ke dalam bilik untuk bersama dengan si dia tadi.. Tiba2 aku terkejut, aku dapati si dia tidak menyedarkan diri lagi.. Aku rasakan nadinya, sudah berhenti dan badanya sudah mulai sejuk..

Aku sudah tidak tau hendak buat apa, aku terus bertanya kepada ibu aku mengapakah perkara sebegitu berlaku.. Setelah ibu aku menjelaskannya, barulah aku faham dan aku pun redha je lah dengan apa yang berlaku tu..

Rupanya akibat ketiadaan elektrik, maka si dia iaitu lappy aku tidak bernyawa sebentar.. Sebab itu lah nadinya tak bergerak, sebab takde elektrik..huhu. Ni pun bila elektrik dah ada balik, aku terus sahaja menulis entry ini..hehe

Bila aku kata yang aku takde idea..

Salam dan hai kepada readers dan para pembaca semua..

Macam tajuk yang korang baca dekat atas tu lah, bila aku takde idea itu tandanya yang aku akan merepek meraban.. Namun bukan itu cerita sebenarnya, walaupun ianya memang benar pun.. Okay2, disebabkan sekarang pun aku memang tengah takde idea, so aku terus terang je..

Korang mesti selalu sangat baca entry aku yang berkaitan dengan masalah takde idea.. Kalau yang tak tau korang check je dekat bahagian list2 entry tu.. Sebenarnya bila aku kata yang aku tengah takde idea, itu maknanya aku tengah takde ayat2 yang nak digunakan..

Even memang ada benda yang menarik aku nak storikan, tapi bila masalah tu datang ia akan membuatkan aku jadi buntu.. Buntu sebab aku tak tau macam mana nak ceritakan benda tu dekat korang semua.. Oleh kerana takde ayat2 untuk digunakan..

Maka aku terpaksa menggunakan ayat2 merepek yang sehinggakan aku sendiri pun rasa apa yang aku tulis tu macam entah apa2.. Kalau aku sendiri pun dah benci dengan entry tu, inikan pula dengan korang kan.. So, cuma itu jelah benda yang aku nak bagitau..

Aku bukan takde benda yang nak diceritakan, tapi aku cuma takde idea untuk menghasilkan ayat agar korang sendiri akan mudah faham.. Ke korang memang tak faham dengan apa yang aku tulis or repekkan selama ini..??

P/s : Aku rasa macam tak best pulak bila entry tu pendek sangat..huhu

Monday, July 18, 2011

Ilusi mata untuk lelaki je..!!

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Ni ade satu ilusi mata untuk lelaki je.. Tapi kalau perempuan pun nak tengok, tak kisah sebenarnya.. Tiada langsung halangan yang menghalang.. Malah tiada pun undang2 untuk melarang perempuan dari melihat gambar dibawah ini..

Korang ada tak nampak seorang perempuan berambut hitam dekat hujung sana tu..

Kita zoom dekat sikit ye.. Okay, betul ye korang nampak ada perempuan berambut hitam dekat depan tu..
















Hahaha, nampaknya apa yang korang sangka kan dan apa yang korang nampak tu salah lah pulak..^^

Apakah aku cemburu..??

Salam dan hai kepada readers dan para pembaca semua..

Apakah aku cemburu..??

Bila melihat sepasang kekasih yang berjalan sambil berpegangan tangan..

Apakah aku cemburu..??

Bila melihat seorang lelaki kaya menghebahkan kekayaan dia kepada seorang pengemis..

Apakah aku cemburu..??

Bila melihat kejayan seseorang yang didapati selepas dia berusaha meniru dan menipu..

Apakah aku cemburu..??

Bila melihat seseorang sentiasa menyatakan rasa rindu kepada kekasihnya tetapi bukan kekasih Allah

Apakah aku masih dikatakan cemburu..??

Bila aku mengatakan rasa benci aku didalam hati ini selepas melihat perkara2 yang sedemikian..

P/s : Still penat sebab baru lepas balik dari kelas..~_~

New target, new mission..

Salam dan hai kepada readers dan para pembaca semua..

Okay, semalam aku ada bagitau dekat korang tentang target aku mengenai follower kan.. Kepada sesiapa yang nak tau entry yang mana, korang check lah dekat bahagian senarai entry tu.. Itu kepada mereka yang nak tau je, kalau tak nak tau pun aku tak kisah sangat..

Sekarang aku nak berazam.. "Ek eleh, orang lain berazam masa awal tahun jela Arpiiz oii..!!" suara tidak dikenali.. Huh, siapakah yang cakap macam tu..?? Sebenarnya bile2 je kita boleh berazam, tapi pastikan azam yang lepas tu dah selesai..

Mulai sekarang ini aku mula untuk berazam dan sedang menyediakan target iaitu akan kumpul duit raya melalui blog.. Ye, aku tau memang tak akan sempat punya sebab tak lama lagi nak puasa.. Tapi aku tak kisah, apa yang penting ialah aku nak kumpul duit..

Kali ini aku akan bersungguh2 untuk fokuskan diri aku kepada blogging.. Tak kisah lah korang nak kata apa pun, janji aku nak buat macam tu.. Kalau bab iklan nuffnang tu, aku akan pastikan agar tak tertarik untuk buat fraud klik.. Yelah, risau lah bila ada blogger yang kata nanti jadi duit haram pulak..huhu

Selain itu, aku berazam supaya dapat score dalam subjek untuk sem baru ni.. Untuk awal2 sem ni, aku cuma perlu fokus sikit je, nanti bila dah dekat final baru lah fokus betul2..hehe. Keputusan sem lepas agak boleh la, tapi ada peningkatan dari sem2 yang lepas..huhu

P/s : Aku nak buat blogwalk setiap kali ada masa, boleh tak..??

Sunday, July 17, 2011

Waa..!! Cepatnya masa berlalu..

Salam dan hai kepada readers dan para pembaca semua..

Kejap ye, aku nak sambung merengek dalam hati ni.. Waaa..!!. Okay2, sudah lah tu, rasa macam buruk bebenor pulak bila buat macam tu.. Tapi memang betul lah, tiba2 je aku rasakan macam masa ini berlalu dengan pantasnya..

Aku rasakan seakan2 kepantasannya mengalahkan Usain Bolt.. Hehe, apa benda lah yang aku mengarutkan ni.. Sebenarnya mulai esok aku akan mula kembali merasai kehidupan belajar.. Ya, esok akan bermulalah sesi untuk sem yang baru..huhu

Yang buat kan aku rasa macam malas nak belajar ni bukan apa.. Cuma kelasnya start pukul 8.00 pagi, kalau lambat sikit tu okay lah lagi.. Bukan apa, time cuti ni dah biasa sangat tidur lambat, jadi bangun pun agak lambat lah..hehe

So, rasa risau pulak takut terlambat untuk ke kelas esok.. Sekarang ni pun aku tengah cuba untuk memejamkan mata ni agar boleh tidur.. Namun harapan hanya tinggal harapan, mata aku ni degil sangat pulak tak nak pejam..

Ni pun tak tau lah pukul berapa aku akan tidur ni.. Aku rasa aku nak pergi buat blogwalk lah kejap, mana lah tau, time tunggu loading blog tu aku boleh tertidur ke..hehe

P/s : Entah kenapa aku rasa berdebar2 pulak nak pergi kelas esok..

Apahal dengan hari ahad ni..??

Salam dan hai kepada readers dan para pembaca..

Aku tak tau lah sama ada aku ni dah lama tak keluar atau apa ke.. Tapi entah kenapa aku rasa pelik pulak dengan hari ahad ini.. Apakah benda yang aku pelikkan tu..?? Macam ni cerita yang sebenarnya, tapi aku tau korang mesti tak akan rasa pelik dengan cerita ni..
lebih kurang macam ni lah jalan sesak tu..

Aku baru balik dari ke kedai.. Memang biasa lah kalau hujung minggu ni banyak kereta akan pulang ke bandar.. Tapi entah kenapa hari ni aku tengok banyak sangat pulak kereta berada di jalan raya.. Sampai tak gerak2 kereta dekat situ..

Ye, itulah ceritanya.. Aku tau korang memang tak akan rasa pelik dengan apa yang aku nampak ni.. Dan yang sebenarnya aku sendiri pun tak tau kenapa aku rasa pelik dengan perkara yang sebegitu.. So, marilah kita ramai2 untuk mengabaikan entry ni..hehehe

P/s : Sorilah, aku sendiri tak tau kenapa aku nak tulis benda yang entah apa2 ni..huuhu

Sekali lagi aku sudah terlepas pandang..

Salam dan hai kepada para readers..

Apakah perkara yang telah aku terlepas dan aku lepaskan dari pandangan mata aku ini..?? Ye, itu lah satu misteri yang perlu korang rungkaikan secara terperinci.. Aku tak kisah kalau korang nak upah detektif untuk menyiasat ke, lantak korang lah..

Yelah2, aku bagitau lah ye.. Sebenarnya macam ni, macam yang korang tau lah kan.. Sejak kebelakangan ini aku jarang update entry.. Bukan aku sengaja untuk melakukan perkara sedemikian, tapi entah lah.. Bila aku pandang blog ni je, aku terus takde nafsu..

ni sebab terlepas pandang lah ni..
Sedangkan sebelum ni, kalau aku bukak new post je.. Mulalah nafsu serakah ni naik mencanak2 sampai ke tahap maksima, sehinggakan aku sendiri tidak dapat untuk membendungnya.. Takkan ada orang sihir aku supaya tak bernafsu dengan blog kot..??

Err, sebelum ada orang yang berfikiran jauh menyimpang atau tersalah tafsir dengan ayat aku diatas tu, baik aku bagitau awal2.. Maksud nafsu yang aku cakapkan tu ialah nafsu untuk aku menaip, bukan nafsu yang korang selalu bayangkan tu..

Aku tau korang selalu bayangkan tentang nafsu makan je kan (pura2 buat tak tau..hehe).. Alamak nampaknya aku sendiri telah jauh tersasar dari matlamat entry ni.. Sebenarnya aku terlepas pandang jumlah follower aku ni.. Dari dulu lagi aku tunggu nombor2 yang menarik, tapi tak dapat2..huhu

Nombor yang aku nantikan ialah 999, tapi takpe la kalau dah terlajak pun.. Bak kata pepatah aku, terlajak perahu boleh diundur, terlajak nombor follower terima kasih banyak2 ye..hehe. Siapakah yang memegang nombor bertuah tu..??

Okay, yang nombor aku nantikan itu ialah blogger Kie (Aku bagi link blog dia yang dah lama lah ye..hehe)
Yang berada di angka 1000 ialah Aseta, dekat profile dia takde link, tapi nasib baik dia bagitau dekat shoutbox.. (sila letak link blog di profile anda ye..)

Itu jelah benda yang aku terlepas pandang.. Aku tak nak ucap terima kasih dekat dorang berdua, tapi nak ucapkan thanks banyak2 dekat korang semua yang sudi follower blog yang entah apa2 ni..huhu. Nak nangis terharu ni..sob.. sob..

P/s : Sori, aku tak sempat nak crop gambar sebab aku dah nak keluar ni..huhu

Saturday, July 16, 2011

Mood hilang..


Ini bukanlah entry wordless okay.. Cuma nak bagitau yang aku betul2 takde mood nak hadap blog ni..huhu

P/s : Idea tak datang bila aku buka new post..huhu

Friday, July 15, 2011

Kejadian sedih di petang hari..

Huhuhu..

Memang sedih betul aku pada petang ini.. Tatkala orang lain sedang bersuka ria bersama keluarga mereka.. Namun aku hanya sendirian didalam kamar yang sepi ini.. Tidak dapat aku gambarkan betapa sedihnya perasaan dan hati ini..

Betapa peritnya rasa yang datang mencengkam kalbu ini.. Sudah begitu lama aku menunggu, namun sesaat aku sudah memilikimu.. Aku tidak dapat menggunakan diri mu demi memenuhi selera ku ini.. Apabila aku tau kau sudah tidak berguna bagi ku lagi..

Perasaan aku ini hancur berkecai sehinggakan aku tidak mampu untuk berkata2 lagi.. Kenapa perkara sebegini haru berlaku pada diri aku ini.. Mengapa kejadian yang sungguh menyakitkan hati ini terjadi pada petang ini.. Mengapaaaa...!!!!!

Mengapa kah game ini tidak berfungsi selepas selama satu hari satu malam aku mendownloadnya..Huhuhu, sedih betul aku.. Kalau download selama 2-3 jam and gamenya tak boleh, aku still boleh terima.. Ini tidak, dah dekat 24 jam aku download, tapi bila dah dapat..huhu

P/s : Nampaknya aku terpaksa lah download game lain..

Wah, dah hari jumaat rupanya..

Salam dan hai kepada korang2 semua..

Tanpa ku sedariii...
Air mata aku mengalirrr...

Err, sori2 sebab ternyanyi lagu mamat exist pulak..huhu. Perggh, memang aku serius nak bagitau dekat korang semua ni.. Pagi tadi masa aku bangun, entah macam mana aku boleh teringat yang hari ini ialah hari selasa.. Entah kenapa aku boleh berfikiran sebegitu..

Mujurlah aku sempat tengok dekat phone aku.. Tapi masa aku mula2 tengok pun, aku tak percaya sebenarnya, aku still ingatkan yang phone aku tu rosak.. Lepas tu bila aku tengok phone mak aku, nampaknya memang sama tarikh dan waktunya..

Nasib baik aku tersedar awal, kalau tak kesian dekat adik2 aku.. Yelah, kalau hari selasa dorang balik pukul 1.00, and hari jumaat pulak pukul 12.00.. So, korang sendiri boleh fikir2kan sebab musababnya kan.. Still ada yang tak faham2 jugak ke..??

Bagi yang tak faham jugak tu, sini aku terangkan.. Kalau aku lambat tau yang hari ini ialah hari jumaat, kesian lah dekat adik aku sebab nanti aku amik dorang pukul 1.00 pulak.. Sedangkan dorang balik pukul 12.00, dah faham ke belum ni..??

Kata orang, kalau terjadi perkara yang sedemikian.. Itu tandanya yang kita tak sabar nak tunggu hari tersebut.. Tapi kalau kata monyet pulak, sorilah aku tak faham bahasa monyet..huhu. Okay2, kesian korang sebab kena baca ayat2 merepek ni..hehe

P/s : Tapi aku mesti perasan bila nampak orang pergi sembahyang jumaat nanti..

Thursday, July 14, 2011

Kereta api berhantu.. (Part 4)

... Sambungan dari Kereta api berhantu.. (Part 3)

.. Setelah Kamal berfikir dengan masaknya, maka dia mengambil keputusan untuk melompat keluar dari gerabak itu.. Kamal terjumpa sebatang besi lantas memukul cermin pintu itu dan cuba mengumpil pintu tersebut sehingga terbuka..

Kamal cuma memujuk Rina agar mengikut dia untuk lompat bersama.. Namun Rina menolak, katanya bahawa kereta api ini tidak akan melepaskan dirinya untuk pergi.. Sebelum Kamal melompat, dia sempat memberitahu kepada Rina bahawa dia sangat gembira dapat berkawan dengannya..

Kamal cuba melihat keadaan dan mula menarik nafas panjang sebelum dia melompat keluar dari kereta api tersebut.. Setelah merasakan dirinya sudah bersedia, maka Kamal pun mula melompat.. Tiba2 ketika beliau melompat itu..

Muncul lembaga yang memerhatikannya dari luar tingkap kereta api tadi.. Lembaga itu terbang kearah Kamal lantas melanggar badan Kamal.. Kamal tidak dapat sedarkan diri selepas beliau dilanggar oleh lembaga itu.. Setelah beberapa minit kemudian barulah Kamal tersedar..

Dihadapannya kini ialah Rina, dan Rina tersenyum apabila melihat Kamal sudah tersedar.. Kamal bertanya kepada Rina apakah yang telah berlaku dan dimanakah beliau berada sekarang.. Tiba2 sahaja Rina tunduk lantas menangis..

Rina meminta maaf kepada Kamal kerana beliau terpaksa menipu Kamal.. Kamal tidak faham dan dia pun minta Rina terangkan kepadanya.. Rina memberitahu bahawa beliau telah membuat perjanjian dengan semangat kereta api ini..

Sambung Rina lagi, perjanjian yang dilakukanya ialah, beliau terpaksa mencari seorang manusia dan membunuhnya.. Dengan itu, roh beliau akan dapat dibebaskan dan tidak lagi terikat dengan kereta api ini.. Kamal terlalu terkejut lantas berdiri dengan segera..

Ketika berdiri itu, Kamal bertambah terkejut kerana dia ternampak cermin dihadapanya.. Apa yang mengejutkan dia ialah, didalam cermin itu tiada langsung badannya.. Rina berkata bahawa kini Kamal yang akan menjaga kereta api ini dan jika dia mahu lepas dari cengkaman kereta api ini..

Maka Kamal terpaksa melakukan perkara yang sama seperti mana yang dilakukan oleh Rina.. Kamal terlalu marah kepada Rina namun belum sempat beliau memarahi Rina.. Rina telah mula lesap dan Kamal ternampak ada titisan air mata yang jatuh di pipi Rina..

Rina menyuruh agar Kamal cepat mencari mangsa agar dia tidak menjadi seperti roh2 lain yang sudah terseksa kerana duduk terlalu lama didalam kereta api ini.. Sebelum hilang, Rina sempat juga meminta maaf sekali lagi kerana terpaksa melakukan hal sebegitu..

Kini setiap kali bulan 6, kereta api ini akan muncul untuk mencari mangsa.. Dan Kamal juga masih lagi menantikan mangsa barunya itu.. Berhati2 lah jika mahu menaiki kereta api tengah malam kerana takut akan tersilap kereta api..hihihi

TAMAT....

P/s : Sori lah sebab terpanjang untuk entry ini.. Aku pun terpaksa cari ending lain sebab korang dah dapat teka ending yang aku nak buat hari tu..huhu

Nak cerita pun malas dah..

Entah, aku rasa macam malas je nak ceritakan apakah masalah yang aku hadapi sejak 2 hari ini.. Masalah yang telah menyebabkan aku tidak dapat untuk mengupdate entry.. Masalah yang aku rasa korang pun dah tau, jadi malaslah aku nak ceritakan ni..
memang bosan betul bila takde internet..huhu

Okay2, kepada yang tak tau tu aku ceritakan lah.. Sebenarnya dekat kawasan rumah aku sedang upacara untuk menanam kabel2 telefon ke dalam tanah.. Maklum lah, sejak kebelakang ni dekat kawasan perumahan aku tu ada wujud pulak seekor satu makhluk yang pelik..

Makhluk ini akan memakan kabel2 telefon yang sebelum ini elok tersangkut di tiang2 yang ada dekat tepi jalan tu.. Kesian dekat pihak TM sebab terpaksa mengganti kabel2 telefon tu, kalau tak nanti dorang akan kena marah dengan pengguna termasuk aku..hehe

Ye, itulah cerita yang berlaku sebenarnya.. Mungkin ada sesetengah diantara korang semua dah tau malah dah masak sampai rentung sangat bila baca alasan aku ni.. Namun, apa boleh buat, dah memang itu perkara yang sebenarnya..

Eh2, dekat tajuk kata malas nak cerita, tapi ni dah tercerita pulak.. Korang tak kisah kan kalau baca pun, ala tapi kalau korang tak baca pun aku tak kisah sangat.. Sebab sekarang ni cuma itu je idea aku untuk entry ini..huhu

Wednesday, July 13, 2011

Notis pemberitahuan..

Kepada semua follower2 blog ini, tak kiralah yang setia atau yang tak setia pun.. Di sini terdapat satu notis pemberitahuan kepada anda semua.. Sejak semalam, blog ini mengalami gejala kekurangan entry yang sangat dahsyat (err, betul ke ejaan tu..??)

Masalah ini akan berterusan sehingga ke satu masa yang akan diberitahu kelak.. Jadi kepada anda semua di minta bersabar untuk menantikan entry2 terbaru dari blog ini.. Masalah yang sedang dihadapi ini amatlah kritikal, ini kerana penulis blog ini tidak dapat meng"access" masuk kedalam blog ini..

Oleh sebab itu lah tiada entry2 baru yang akan dapat di keluarkan atau dipostkan ke dalam blog ini.. Jadi kepada anda semua, kami dari blog Arpiiz itu Nama ku memohon maaf di atas masalah yang sedang kami hadapi ini..

Sekiranya masalah ini sudah selesai, akan ada satu entry baru yang akan memberitahu dan menceritakan perkara yang sebenarnya.. Kami sekali lagi memohon maaf atas masalah yang sedang berlaku ini..

P/s : Err, nak buat notis pemberitahuan ada format tak..??

Wordless wednesday (kejadian sekarang..huhu)

Tuesday, July 12, 2011

Macam mana entry panjang tu..??

Salam readers2 dan para pembaca entry ini.. Korang dah sarapan ke belum ni..?? Kalau belum, jom kita pekena roti canai dan teh tarik.. Eh kejap2, tapi time2 macam ni ada ke kedai yang jual roti canai lagi..?? Kalau dekat tempat aku memang dah takde, tapi kalau tempat korang..??

Okay, abaikan semua persoalan yang telah aku ajukan dekat atas tu.. Sebab ada persoalan lain yang lebih patut korang utamakan untuk menjawabnya.. Aku pasti dan yakin bahawa ramai dikalangan kita tidak menggemari atau menyukai dengan entry yang panjang berjela kuasa 3..

Namun, sepanjang manakah korang mampu untuk bertahan untuk membacanya.. Apakah korang boleh baca sampai 20 perenggan.. Atau mungkin perenggan pertama pun korang tak mampu habiskan..?? Sila jawab dengan jujur ye..

Cara2 untuk menjawab soalan ini ialah dengan menandakan atau bulatkan pada jawapan yang betul.. Dah2, takde maknanya nak bulat2 kan ni.. Macam biasalah, just hantarkan jawapan korang ke tempat komen bawah entry ni..

Tapi kalau korang rajin sangat sampai nak postkan jawapan korang tu dekat aku pun boleh.. Tapi pandai2 korang lah cari dekat mana alamat rumah aku tu.. Nanti bila dah postkan tu, jangan lupa hantar sekali kad raya yang didalamnya mempunyai duit raya sebanyak mana yang korang boleh bagi..hehehe

P/s : Puasa pun belum lagi, aku dah sibuk cerita pasal raya..^^

Monday, July 11, 2011

Sebab list follower korang hilang..

Okay, tadi ketika aku sedang berjalan2 di dunia blog sambil menghirup udara yang tak tau lah bersih ke tidak ni..  Eh, macam mana aku boleh hirup udara dalam dunia blog ni..?? Ah, abaikan jelah benda tu sebab ianya tidak penting langsung terhadap ekosistem alam ini..

Time2 berblogwalking tadi, aku ternampak lah ada beberapa orang blogger termasuk blogger yang famous macam A Famosa tu.. Err, aku bukan nampak blogger tu tau, aku cuma nampak dalam blog dorang ada buat entry tentang kehilangan list follower dorang..

Apakah yang telah terjadi kepada list2 follower korang itu semua..?? Okay, meh sini aku bagitau dekat korang semua ye.. Tadi aku ada juga tanya dekat member2 aku, dan lepas aku tanya tu barulah aku tau mengapa masalah ini boleh berlaku..

Sebenarnya pihak blogspot sedang mengalami krisis atau pun masalah yang sangat jarang dorang hadapi.. Mereka telah diugut oleh seseorang supaya menutup satu blog yang ada di Malaysia ni.. Blog itu adalah antara blog yang disyaki mempunyai maklumat sulit kerajaan di sekitar Asia ini..

Oleh kerana pihak blogspot tidak mahu melakukan perkara yang sedemikian, maka orang tersebut telah mengambil keputusan untuk menghilangkan beberapa langkah untuk mengugut.. Cara orang itu ialah dengan menghilangkan beberapa widget follower dari blog lain..

Tambah kawan aku lagi, kalau blogspot berdegil juga.. Maka blog2 tadi akan di hapuskan dengan segera tanpa sebarang amaran kepada pihak blogspot mahu pun blogger itu sendiri.. Korang nak tau tak blog siapakah yang wanted sangat tu sampaikan ada orang suruh blogspot tutupkan blog tu..??

Kalau nak tau, korang klik lah link blog ini :
Blog Wanted

Tertidur..

Dah, ni apa benda lah pulak yang aku nak taipkan dalam entry ni.. Tertidur, siapalah yang tak pernah tertidur tu.. Kalau ada memang tipu lah orang tu sebab mengikut pengetahuan aku, semua orang pasti akan tertidur walaupun sekejap.. Tapi kalau ada yang betul2 tak pernah tertidur, tu aku tak tau lah ye..

Aku ni pun tengah nak masuk ke alam mimpi ketika entry ini ditaip.. Tapi aku still tahankan lagi demi untuk mempublish entry untuk korang baca.. Okay lah, aku malas nak cerita banyak, korang tengok lah gambar2 orang yang mungkin tertidur ni..

P/s : Aku nak tidur ni, tapi still ada kerja yang belum selesai..huhuhu

Puasa sunat tu senang ke..??

Salam buat para2 pembaca dan readers2 sekalian alam.. Aku sebenarnya tengah takde idea untuk buat ayat pada perenggan pertama ni.. So, apa benda yang aku tulis pada perenggan ni adalah luahan yang betul2 datangnya dari akal aku ni..

Okay, korang baca tajuk tu balik.. Dah baca ke belum tu..?? Kalau dah baca bagus, tapi kalau belum baca sila baca ye.. Bukan apa, nanti takdelah berlakunya gejala salah faham dan salah baca tentang entry ni.. Puasa sunat ni senang tak untuk dibuat..??

Pada aku, nak buat puasa sunat tu memang mudah.. Tapi itu pun kalau kita dah betul2 dah bersedia untuk menghadapinya.. Bukan apa, kalau puasa sunat dekat rumah ni, memang agak kuat dugaan dan cabaran nya.. Aku sendiri dah melaluinya, terutama bila ada adik2 kecik..

Kalau time hari biasa2 kita mungkin tak kisah sangat dengan nasi berlaukkan ikan sardin, tapi bila time puasa ni.. Adeh, memang menggugat betul kekuatan untuk kita berpuasa.. Time ni lah jugak kita akan teringin sangat nak jadi pelupa kejap..

Yelah, bila kita lupa lepas tu makan, puasa still berjalan lagi..hehe. Namun aku nak ingatkan, antara puasa sunat dan puasa ganti.. Kita patut utamakan puasa ganti, dan time kita puasa ganti tu kita berharaplah agar kita dapat pahala untuk puasa sunat sekali..

Itu adalah apa yang aku dengar dari ceramah lah.. Hari tu aku dah plan nak buat puasa sunat, tapi malangya mak aku buat nasi goreng pulak untuk makan tengah hari.. So aku terpaksa membatalkan puasa aku demi nasi goreng mak aku tu..huhu (teruk betul aku ni kan..)

P/s : Aku memang mudah kalah dengan nasi goreng, especially nasi goreng mak aku..hehe

Sunday, July 10, 2011

Kereta api berhantu.. (Part 3)

... Sambungan dari Kereta api berhantu.. (Part 2)

... Apabila Kamal membuka mata dan mendongak ke atas.. Alangkah terkejutnya dia bahawa yang berada dihadapannya itu bukan nya manusia tetapi satu lembaga yang berbentuk seorang perempuan.. Makhluk itu sedang terawang2 tanpa menjejak kan kakinya ke lantai..

Dengan rambutnya menggerbang dan matanya yang kosong itu sudah cukup untuk menggambarkan kengerian wajah lembaga tersebut.. Namun entah mengapa mata Kamal tetap terpaku memandang wajah lembaga itu.. Kemudian Rina bangun selepas makhluk itu berhenti menjerit..


Selepas beberapa saat Rina memandang kearah lembaga tadi, dengan tiba2 sahaja makhluk itu hilang diiringi dengan satu kepulan asap hitam.. Keadaan kembali seperti sedia kala semula dan gerabak kereta api itu masih lagi berjalan membelah kabus malam..


Walaupun gangguan dari makhluk tadi dah hilang, namun Kamal masih lagi tercengang dan tidak mampu lagi berkata apa2.. Setelah dikejutkan oleh Rina beberapa kali barulah Kamal sedar dan boleh berkata2 semula.. Lantas Kamal bertanya kepada Rina, apakah benda yang mengganggu tadi..


Rina pun menceritakan kepada Kamal apakah benda itu dan sejarah kereta api ini.. Menurut Rina, kereta api ini sebenarnya telah lama tidak wujud lagi.. Semuanya berlaku pada tahun 1955, kereta api ini telah terjatuh ke dalam gaung lantas mengorbankan kesemua penumpang iaitu 132 orang..


Disebabkan pada masa itu kerajaan tidak mempunyai kemudahan yang lengkap, maka operasi untuk mencari mangsa dihentikan selepas seminggu.. Maka, setiap kali bulan 6 pasti kereta api ini akan muncul dan barang siapa yang menaikinya, pasti akan turut terkorban ke dalam gaung itu..


Tambah Rina lagi, makhluk yang datang tadi ialah antara roh2 yang tidak tenang.. Kamal terkedu ketika mendengar penjelasan Rina.. Tiba2 Kamal tersedar, lantas dia bertanya apakah Rina juga menjadi mangsa terhadap kereta api ini..


Rina mengangguk lemah, dan tanpa disedari.. Satu titisan air mata Kamal telah mengalir di pipinya, dibiarkan sahaja air mata itu.. Tak sanggup lagi rasanya dia untuk berhadapan dengan kawan baiknya dahulu yang kini telah pun tiada.. Tiba2 Rina mengajak Kamal kearah pintu gerabak tersebut..


Katanya jika Kamal mahu selamat dari mati didalam gaung itu, dia kena melompat keluar dari kereta api itu.. Kamal berasa tidak sanggup hendak meninggalkan Rina.. Jika Rina terus berada didalam kereta api itu, kemungkinan besar dia akan menjadi seperti makhluk tadi., kata Kamal didalam hatinya..


Setelah Kamal berfikir dengan masaknya, maka dia mengambil keputusan untuk melompat keluar dari gerabak itu.. Kamal terjumpa sebatang besi lantas memukul cermin pintu itu dan cuba mengumpil pintu tersebut....


... bersambung.


P/s : Lepas ni yang part ending, korang tunggu ye..hehe. Eh, korang nak tak fikirkan apakah ending cerita ni..??

Hujung minggu yang biasa korang buat..??

Salam dan selamat pagi kepada korang2 semua.. Tapi kalau korang baca pada waktu malam, time tu sudah tiada selamat pagi bagi mu.. Hanya selamat malam sahaja yang boleh aku ucapkan..hehe. Dah2, aku pun malas nak menaip dengan lebih panjang..

So, aku nak taip sikit panjang je, bukan panjang sikit tau.. Apakah perkara yang paling banyak korang buat pada hari ahad atau orang panggil sebagai hujung minggu..?? Kalau omputih pulak cakap weekend lah bagi mereka yang still tak faham jugak... Err, ada ke yang tak faham maksud hujung minggu tu..??

Dah2, berbalik kepada soalan aku tadi.. Sila jawab ditempat kosong yang telah disediakan pada bahagian bawah entry ini.. Kalau aku, benda yang paling banyak aku buat pada hari ahad ialah dengan menonton cerita tv.. Tak kisah lah macam mana pun, aku still juga nak tengok tv pada kadar yang lebih lama dari biasa..

Kalau hari2 biasa aku tengok tv selama 24 jam.. Hari minggu pulak aku akan tengok tv selama 23 jam 1 minit.. Aku kata kalau je, mana boleh aku nak tengok tv selama itu.. Mau rosak tv dekat rumah aku kalau macam tu.. Faedahnya ialah, aku dapat duduk bersama family aku dekat rumah sambil tengok tv..hehe

Itu jelah benda yang aku nak bagitau.. Owh, korang jangan lupa nak jawab soalan aku tadi.. Siapa yang berjaya memberikan jawapan yang paling bagus.. Orang itu akan memenangi percutian ke ke bilik tidur masing2 selama mana yang korang nak..^^

P/s : Aku nak tidur sekejap, pagi tadi lambat tidur tapi bangun awal, sebab tu mengantuk sangat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...