Friday, January 28, 2011

Ada satu cerita.. (Part 7)

... Sambungan Ada satu cerita.. (Part 6)

Jam sudah menunjukkan pukul 11.25, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan dari pintu kayu itu.. Leman segera membuka pintu dan orang yang berdiri di luar rumah itu adalah Wak Darmawi.. Si suami terus bersalaman dengan bekas gurunya itu dan Wak Darmawi juga membalas salaman si suami dengan mesra..

Wak Darmawi melihat keadaan si isteri yang duduk di penjuru rumah kayu itu.. Dilihatnya si isteri sedang memejamkan mata dengan mulutnya terkumat kamit seakan-akan membaca sesuatu.. Wak Darmawi bertanya kepada si isteri adakah dia sihat.. Secara tiba-tiba si isteri membalas dengan kata-kata yang sukar difahami dan suaranya juga turut bertukar seakan-akan suara garau..

mungkin begini keadaan si isteri..-ehsan google
Si suami cuba memegang badan isterinya kerana pada waktu itu si isteri mula bangun seakan-akan mahu menerkam Wak Darmawi, tetapi dia seakan-akan dicampakkan apabila dia memegang badan isterinya.. Wak Darmawi berdiri dengan keadaan yang tenang sahaja, dia bacakan surah Al-Fatihah dan beberapa surah lain sebagai pedinding untuk dirinya..

Mata si isteri bertukar berwarna hitam dan dia merenung kearah wajah Wak Darmawi dengan wajah yang seakan-akan sangat marah dan benci dengan orang tua itu.. Tiba-tiba Wak Darmawi menjerit menyuruh si isteri tadi pergi keluar rumah, dan si isteri tadi terus melompat keluar melalui tingkap.. Wak Darmawi mengarahkan supaya Leman membantunya, Leman faham maksud Wak Darmawi jika dia diarahkan untuk membantu..

Leman duduk didalam rumah sambil berselawat dan bertasbih, sementara itu Wak Darmawi telah berada di halaman rumah bersama-sama si isteri yang kelihatannya dia telah dirasuk.. Wak Darmawi menyuruh pula agar si suami membaca selawat sebanyak mana yang mungkin agar dia boleh membantu si isteri yang sedang dalam kerasukan..

Wak Darmawi memejamkan matanya sambil bertasbih sementara si isteri duduk sambil matanya merenung kearah Wak Darmawi.. Apabila Wak Darmawi membuka matanya semula, dia lihat dia sudah berada di tempat lain.. Di sebuah rumah banglo yang sudah rosak, dengan tumbuhan liar yang memenuhi segenap ruang yang ada didalam rumah itu.. Di hadapan Wak Darmawi kini bukan lah si isteri lagi, tetapi seorang...

... Bersambung

.. Ada satu cerita.. (Part 8)

1 comment:

kamarukom said...

owh seb bek cite xfull..malam2 ni kot bai..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...