Friday, June 10, 2011

Macam mana boleh tak perasan ni..huhu

Ish2, macam mana lah aku boleh tak perasan kan dia ni.. Nanti kalau dia merajuk aku juga yang susah, dah lah nak mendapatkan dia ni pun memerlukan masa selama 4 bulan.. Uih, mesti korang tertanya2 kan..?? Baik korang cakap ye, kalau tak nanti aku panggil sepupu aku ajak main Counter..hehe

Eh, ni apa benda yang aku merepek kan ni..?? Tak boleh ke kalau aku buat ayat yang betul2 tulus dan ikhlas.. Sikit2 nak tambah ayat2 yang tak cukup terma dan syarat tu.. Dah2, berbalik kepada asal entry ini diwujudkan.. Sebenarnya aku nak kongsikan dekat korang satu berita ni..

Cuba teka berita apa yang aku nak bagitau ni..?? Sesiapa yang berjaya meneka dengan betul, korang akan menerima kertas pembalut gula yang berjenama.. Hah, macam mana dengan hadiah tu, adakah ia dapat menarik jiwa dan raga korang..hehe

Err,nampaknya masih tiada sesiapa pun yang berjaya dengan tepat.. So hadiah itu akan aku bawakan ke entry yang akan datang.. Sebenarnya aku nak bagitau yang aku baru perasan yang muka Orlando Bloom tu macam muka aku.. Okay2 aku akan hentikan penipuan yang sangat nyata ni..

Sebenarnya aku baru perasan yang blog aku ni telah menerima satu lagi BE baru yang telah diberikan oleh Nuffnang iaitu syarikat pembekal Iklan terbesar di Malaysia (err, betul ke apa yang aku tulis ni..??).. BE kali ni berupa iklan dari Paper Mate.. Korang tau tak apa itu Paper Mate..??

Ala, Paper Mate itu syarikat yang membuat alat2 tulis tu.. Macam pen, liquid paper dan gajah.. Abaikan part yang gajah tu, itu lagi satu penipuan yang nyata.. So, aku nak ucapakan dari pihak Nuffnang dan  juga Paper Mate sebab telah meletakkan iklan di bahagian atas entry ini..

Ini bermakna yang dia terpaksa berkongsi dengan iklan Nokia lah.. Nampaknya aku kena menambahkan pageview aku lah ni supaya dapat menambahkan duit yang akan dijana oleh iklan2 dalam blog ni..hehe. Okay, nak pergi makan dulu, lepas tu baru buat blogwalk..^^

P/s : Sekarang mesti korang dah perasan kenapa iklan tu ada didalam blog ni kan

2 comments:

Unknown said...

bagus2..leh tambah pendapatan...

Arpiiz said...

nanasahir : hehe, memang pun..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...