Monday, June 20, 2011

Ada satu cerita.. (Part 11)

... Sambungan dari Ada satu cerita.. (Part 10)

Wak Darmawi bertanya kepada dia yang kenapa dia masih duduk di dalam badan lelaki itu walaupun perjanjian antara mereka sudah tamat.. Lelaki itu menjawab yang dia perlu melakukan sesuatu perkara sebelum dia keluar dari badan itu..


Tiba-tiba Leman mencelah dan bertanya apakah perkara tersebut.. Lelaki tersebut menjawab yang dia perlukan darah seorang wanita muda.. Selepas sahaja mendengar apa yang lelaki itu katakan, dengan tidak semena-menanya Wak Darmawi menepuk lantai rumahnya..


Serentak dengan itu juga lelaki itu mula meraung kesakitan.. Suaranya bertambah garau, mungkin disebabkan makhluk itu berada didalam kesakitan yang teramat.. Dalam beberapa minit, badan lelaki itu sudah mula lemah.. Menurut kata Wak Darmawi, makhluk itu sebenarnya sedang cuba mempengaruhi semua orang didalam rumah..


Maka dia terpaksa menghalau makhluk itu secara keras dan kasar.. Kini lelaki itu sudah pulih dan dia dibiarkan berehat.. Setelah matahari mula mengeluarkan cahayanya, maka si suami dan si isteri telah mengambil keputusan untuk segera pulang.. 


Sebelum mereka pulang, Wak Darmawi memesan kepada si suami agar sentiasa ingat Tuhan, kerana hanya Dia sahaja yang boleh membantu dan menghalang dari berlakunya perkara2 yang jahat.. Si suami akur dengan nasihat Wak Darmawi, dia pun telah sedar yang dia memang sudah lama melupakan Tuhan..


Sebab itulah syaitan dengan begitu mudah mempermainkan dirinya.. Ketika mereka berdua sampai di rumah lama mereka.. Tiba-tiba si suami mendapat panggilan telefon dari rakannya.. Kata rakannya itu, rumah yang sepatutnya diduduki oleh mereka itu telah terbakar 3 hari lepas..


Si suami pun terkejutlah dan dia cuba bertanyakan alamat rumah itu.. Sekali lagi si suami terkejut, kerana rumah yang diberitahu oleh rakannya itu adalah di tempat yang lain, bukan di tempat yang mereka pergi semalam..


TAMAT...


Puas aku memikirkan macam mana nak habiskan cerita ni.. Kalau ikutkan idea ni memang boleh panjang lagi.. Tapi aku rasa cukuplah tu, takut nanti aku akan tangguhkan lagi sambungan cerita ni..huhu

3 comments:

Jenny Pa-un said...

waduh ketinggalan lah aku nei huhu.. kene reverse balik haha....

tia @ Ini Kisah Tia said...

laa , sejak bila buat cerita ni . hehee . alih2 part last .. huhuu ..

Unknown said...

ehh aku terlepas 1st part ka nie ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...