Just saje nak ceritakan dekat dalam entry ini. Kalau ada yang baca baguslah, tapi kalau takde sorang pun yang baca melainkan aku.. Itu aku rasa macam nak pergi terjun lombong lah, sapa nak join sila jangan baca entry ni..hehe. Yelah2, aku serius lah ni..
Sejak kebelakangan ini, blog aku telah membuat onar dengan aku.. Wah2, berani sungguh ye blog aku ni nak menconteng arang batu ke muka kucing aku.. Macam ni ceritanya, sila flashback ke beberapa hari yang lepas, tak kisah lah hari apa pun..
Pada masa itu aku tengah menaip entry, aku sendiri pun tak ingat entry apa yang aku taip masa tu.. Tiba2 aku nampak dibahagian bawah entry aku tu tertulis ayat ni.. "Draft tidak disimpan", lebih kurang macam tu lah.. Kalau salah pun siapa lah sangat yang kisah..
Setelah aku membaca ayat tu, aku test buka dashboard aku.. Owh, rupanya aku telah log out.. Dan itulah masalahnya, macam mana aku boleh log out kalau aku tengah menaip entry..?? Masa mula2 aku tak kisah sangat, tapi kemudian kejadian itu berlaku lagi..
Aku ambil keputusan untuk tukar password.. Entah kenapa aku amik keputusan
Korang perasan tak dekat atas tu dah takde iklan dari Churp2..?? Kalau tak perasan, pergi cepat scroll dekat atas tu dan tengok.. Hah, iklan2 dekat situ takde kan..?? Perkara ini terjadi disebabkan bila aku nak tukar iklan lain, tiba2 aku tak boleh nak save widget html tu..
Entah kenapa jari ni gatal sangat, maka tertekanlah butang buang.. Kini aku tak dapat lah lagi nak letak iklan untuk churp.. Err, buat masa ni je, nanti bila dah okay balik aku letak lah.. Okay lah, itu je yang aku nak luahkan dalam entry ni..
P/s : Blog korang ada tak buat perangai macam tu..??