Thursday, April 07, 2011

Kelebihan dan kelemahan..

Tadi ada tengok rancangan Tanyalah  Ustaz, satu rancangan yang memang berjaya membuatkan aku tertarik dan tertunggu2.. Aku biasa tengok yang tengah malam punya sebab aku kan jenis tak boleh tidur awal.. Owh ye, lupa pula aku nak ucapkan salam buat korang semua.. Hope hari ini dapat memberikan faedah kepada diri korang dan orang lain..

Entry ni aku nak buat entry ceramah sikit.. Korang sila duduk rapat2 ye, sebab duduk rapat2 ni sunnah (bukan sunah suka sakura tu ye) bila kita nak mendapatkan ilmu.. Tapi kalau duduk rapat2 antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dah bukan sunnah lagi tau...

Apa yang membuatkan aku tertarik ialah apabila penceramah tu mengatakan bahawa setiap orang itu diberikan kelebihan dan kekurangan masing2.. Seperti dalam segi harta, jika semua orang kaya maka tiadalah istilah orang kaya betul tak.. Jadi sekiranya anda kaya, itu adalah disebabkan adanya orang miskin..

Lebih kurang begitulah ayatnya, lagi penceramah tu sebut tentang kepandaian.. Setiap orang mempunyai kepandaian yang berbeza, jika satu kelas pelajar itu mempunya kepandaian yang sama, maka sebenarnya tiadalah istilah pandai.. Jadi kepada sesiapa yang mengaku dia pandai tu sedar lah bahawa jika tiada orang bodoh, dia sebenarnya tidak pandai..

Korang faham tak apa yang cuba aku sampaikan, bagi sesiapa yang agak kurang faham tu sini aku jelaskan ye.. Setiap kelebihan dan kelemahan itu dicipta supaya manusia ini dapat saling tolong menolong, boleh lengkap melengkapi.. So, janganlah jadi seperti ayam yang baru bertelur sebiji, riuh satu kampung (maksudnya berlagak), sebab sifat tu tak akan bawa korang kemana pun..

Aku rasa entry kali ni mungkin agak berat, tapi tak mengapalah sekali sekala buat entry macam ni. Hope apa yang aku sampaikan ini tidak tersalah tafsir atau membuatkan korang keliru.. Segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk adalah dari aku sendiri.. Selamat menikmati hari ini..^^

8 comments:

MaErA kZz said...

bgus lahh kmu buat entry mcm ni . . brainwash kepala otak org pagi2 ni . . hehe . . :)

amal said...

bagus2..untuk peringatan kita bersama :)))

Unknown said...

TANYALAH USTAZAH TAKDE KE?? EHHEHE

Siti Hajar Masri said...

akak fhm mksud awk tu..maksud tersirat sebenarnya jgnlah kita riak..:)

Arpiiz said...

maera : err,sebenarnya entry ni dibuat masa tengah malam, publishnye pagi..

cik ina : terima kasih, saling ingat mengingati itu kan perlu..

Arpiiz said...

nanasahir : ada dekat tv9 tu, tapi tak ingat hari apa..hehe

siti hajar : yey, ada juga yang faham..^^

HanisLazimAndTheShaklee said...

bagusnyaa tgk cita tanyalah ustaz,calon menantu nih =D
kdg2 befo dtg opis sempat jgak tgk ceramah tu ;)

Dayana Z said...

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan!! setujuu :D!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...