Wednesday, April 06, 2011

Tukar template blog lagi..~_~'

header sebelum ni..
Salam pagi buat para readers semua ya, aku tau korang sekarang ni tengah lena di ulit mimpi.. Tapi aku tak pasti lah korang mimpi indah atau mimpi ngeri.. Kalau ada orang mimpi kena patuk ular tu boleh lah suka ya sebab kata orang tu tanda nak kena pinang.. Jangan lupa juga, itu juga tandanya ada sihir yang sedang cuba masuk ke dalam badan tau..

Aku pula masih belum boleh tidur, ini semua gara2 tertidur masa maghrib tadi.. Aku tidur 10 minit je, terus mata ni tak boleh lelap sampai sekarang ni.. Tapi korang tak payah risau ya sebab lepas sembahyang subuh nanti mulalah mengantuk.. Lepas tu esok tak tau pukul berapa bangun..huhuhu

Macam yang korang tengok dekat blog aku ni, aku dah tukar template lagi.. Ini bermaksud sudah 3 kali aku tukar template blog.. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan berita tv blog aku, mesti korang dah tau kan yang tiap2 bulan aku tukar template and header.. Bukan kerana aku berlagak reti buat header, tapi kerana aku selalu rajin buat header baru..

Tapi malangnya aku tak berani nak buat kan header untuk orang lain.. Bukan kerana sombong tapi sebab takut tidak menepati citarasa korang nanti.. Mungkin lain kali bila aku dah sedia aku bagitau korang ye.. Untuk template kali ni aku plan nak buat blog ni jadi lebih ringan, jadi aku tak letak background belakang, tak tau ringan ke tak..

Macam header2 aku yang sebelum ni aku ada meletakkan unsur2 api final fantasy, untuk yang ini juga tidak ketinggalan.. Cuma header kali ni aku guna font final fantasy je, takde gambar cloud strife mahupun watak2 dalam cerita tersebut.. So korang jangan tak tau pula ye..hehe

Aku rasa akan ada lagi perubahan dalam blog ni sebab aku still tak berapa puas hati dengan template ni.. Kalau tukar lagi korang jangan terkejut lah ye.. Ish2 nampak sangat aku jenis yang tak pernah puas kan..huhu. Takpe, selagi rajin selagi itulah aku buat.. Nanti kalau malas memang dah tak sentuh dah..

P/s (Play station) : Err, korang rasa okay tak aku template aku kali ni.. Kalau tak okay terus bagitau ye..^^

6 comments:

Unknown said...

nmpk ganas header tu,,,
erm,,,

Azueriena said...

lawo arr header tuu sesuaii sgt....akakk jerk x reti nak buat header niee...hmmmm....

MiszCoMoT said...

shemart laa arpizz!!! =)

oshin-jamel said...

mmg ganazzz!!!!

amal said...

yang ni lebih ok.nampak lebih simple.:)) rajin betol tukar template.:))

KUREKURE COMEL said...

rajin....hehehe...mina jgk malas..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...