Saturday, April 02, 2011

Entry aku dah lebih 200 wa cakap lu...^_^

Salam sabtu buat para readers semua dan juga selamat beristirehat sama ada di rumah mahu pun di tempat kerja.. Apa2 pun sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih dekat korang semua sebab sudi singgah dan baca blog aku.. Kenapa aku tiba2 ucapkan terima kasih ni..?? Sebenarnya ini entry yang ke 203, so sebab tu nak buat entry special sikit..^^

jemput2 makan kek ni..hehehe
Aku tau blog aku ni bukanlah blog yang mempunyai segala bagai tips2 untuk mencerahkan kulit (kenapa, mesti mencerah kan kulit..?), ini cuma blog dimana penulisnya cipta sebab nak mengisi masa lapang.. So,mugkin agak tak heran lah kalau korang tak jumpa benda2 yang berinfo lepas korang selongkar blog aku ni..huhuhu

Dalam masa 4 hari lagi, maka blog ni genap lah usianya yang berusia 3 bulan.. Untuk pengetahuan korang semua, untuk bulan yang ke-2 ni, aku teramat jarang melakukan blogwalk sebab aku sedang mencari siapakah penyanyi pembaca setia aku.. Dan nampaknya cara aku itu tidaklah sia2 sebab sekarang ni aku dah kenal siapakah pembaca yang selalu singgah setiap kali aku post entry..

Walau pun cara ni telah meyebabkan trafik aku jatuh merudum, tapi aku tak kisah asalkan aku tau yang blog aku sudah mempunyai pembaca setia.. Korang nak kenal siapakah blogger2 tersebut..?? Ala, aku memang nak bagitau pun siapa blogger tersebut.. Sini aku perkenalkan yang first sekali ialah..

Nanasahir >> Seorang blogger wanita yang berkerja dan sudah menjadi tunang aku orang, korang jangan berani kacau tau..hehe

Cik Ina >> Seorang blogger juga, baru dapat keputusan SPM hari itu, dan sedang menunggu tawaran kemasukan U (err, betul ke Cik Ina..?)

Nur Aynie >> Blogger Sarawak yang pada masa ini sedang meneruskan pengajiannya di Kedah (betul ke apa yang aku tulis ni, kalau salah Aynie tolong bagitau ye..)

Siti Hajar Masri >> Seorang isteri yang mempunyai anak yang comel2 belaka.. Berkerjaya dan still juga menyambung pelajaran.. Hebat akak ni kalau korang nak tau..

Okay, itu antara blogger yang aku berani promote dekat korang lagi pun tak rugi kalau korang singgah dekat blog dorang ni.. Tak kan hilang punya duit dalam dompet korang bila singgah blog2 yang aku cakap dekat atas tu.. Bila korang singgah tu tegur2 lah dorang sekali sebab dorang ni tak sombong malah pemarah peramah lagi..

Bagi blogger lain, korang jangan kecewa pula sebab aku tak promote blog korang..  Err, ada ke yang rasa macam tu, lain kali aku promote blog korang ye.. Cuma rajin2 lah tegur aku supaya aku boleh perasan tentang kehadiran korang..

P/s (play station) : Aku nak kena letak widget top commentor la nanti, baru senang sikit..

7 comments:

amal said...

betol la tu arpiiz.tengah tunggu panggilan interview ni. :))wish me luck.thanx sebab promote lagi blog ni.

tieha ismail said...

sy nak ckp yang kek tu tantek sangatttt~~~

farah wahedda said...

ALAA nampak sdp je kek tu nak nak nak hahaha

KUREKURE COMEL said...

tahniah....hehehe...sorry sbb mina jarang masuk cni...


ehhh...mina masuk...tp jarang komen...hihihi...

Arpiiz said...

cik ina : hope berjaya masuk mana u ye..^^

tieha : ya, saya pun nak cakap benda tu juga..hehe

Arpiiz said...

farah : amik lah kalau nak kek tu..

kurekure : owh yeka, okay nanti lain kali saya review blog akak pulak ye..

Unknown said...

wah...blog nana pun dlm list u...heheh tq....suka sgt2....rajin2 la jenguk blg nana k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...