Tuesday, April 19, 2011

Cerita merepek petang ni..

Sekarang tengah berada di lab komputer fakulti.. Nak tunggu kelas pukul 5.30 petang, tapi makin di tunggu makin lama pulak.. Demi tidak membuang masa maka aku memaksa jari aku untuk menaip sesuatu di papan kekunci ni..

Kata orang kita tak boleh memaksa sesuatu kan.. Tapi nampaknya aku telah melanggar kata orang tu, kesian kata orang tu masuk hospital..huhu. Okay, mesti korang tak paham ayat tu, so korang boleh abaikan je.. Akibat aku terlalu memaksa jari aku ni untuk menaip, maka berlaku lah situasi ini..

Macam mana, kejam tak apa yang telah jari aku buatkan itu.. Aku baru je nak larikan diri, tapi malangnya aku telah ditangkap oleh sekumpulan gengster yang telah di upah untuk menangkap bagi sesiapa yang merosakkan harta benda di U ini.. Mereka telah memukul aku dengan kayu sehingga aku lemah tidak bermaya untuk bercakap lagi..

Tiba2 tanpa aku sedari, ada satu cahaya yang muncul dari dalam tubuh aku sehingga membuatkan mereka berasa silau.. Selepas sahaja cahaya itu hilang, aku dapat merasakan seakan2 ada satu tenaga yang sangat luar biasa telah mengalir dalam badan aku ini..

Gengster2 itu segera menyerang aku setelah mereka melihat aku boleh berdiri.. Ketika tumbukan mereka hampir mengenai badan aku, entah macam mana dengan secara tiba2 tangan aku bergerak dan menumbuk perut mereka.. Mereka terus terpelanting ke dinding dan menyebabkan dinding itu pecah..

Okay lah, cukuplah cerita merepek aku ni.. Aku nak siap2 pergi kelas ni, nanti kalau ada masa lagi aku sambung cerita imaginasi aku ni ye.. Salam petang buat korang semua dan terima kasih sebab sudi membaca cerita merepek aku ni..^^

P/s : Siapa yang nak aku buat sambungan sila bagitau ye..hehehe

6 comments:

Sunah Sakura said...

huwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! apekahhh???? gggrrr!

Noor Fatin said...

la. imaginasi rupanya. hehhee sambung lagi! hehe takecare! :)

M a W a D D a H said...

merepek mkn kerepek...kehkehkeh

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

haha! memang merepek ..

Unknown said...

merepek je budak ni tau....

amal said...

suka betul buat cerita tak ada ending..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...