Friday, April 08, 2011

Akibat melantak tak ingat dunia, maka aku pun....

Salam pagi buat para readers yang baru bangun tidur.. Kalau masih ada yang tengah tidur tu, cepat2 bangun sebab aku ada post entry baru ni..hehe. Macamlah ada orang yang tertunggu entry aku ni.. Minta maaf kepada sesiapa yang menanti entry aku malam tadi (kalau ada lah..~_~)..

Aku tak dapat postkan entry malam tadi adalah disebabkan keletihan yang melampaui garisan atmosfera bumi.. Mesti korang fikir aku penat sebab aku main game kan, haha kalau korang fikir macam tu sebenarnya korang salah.. Aku penat kerana aku agak sibuk malam tadi melakukan satu hal yang boleh dikatakan penting jugalah..

Korang nak tau ke apa yang aku sibukkan malam tadi..? Yelah2 aku bagitau lah ni, semalam aku sibuk temankan family aku pergi beli barang2 runcit.. Habis satu pasaraya tesco tu kitorang tawaf sebab cari barang dapur.. Tugas aku bukanlah untuk temankan sahaja, tapi sebenarnya menolong mengangkat barang2 yang dibeli.. Sebagai upahnya ibu aku telah belikan aku aiskrim mangkuk ni..
Hazelnut Brownie, diciptakan oleh chef...(aku lupa namanya..T_T)
Eh, silap upload pulak, nak aiskrim yang mahal2 je.. Mak aku belikan aiskrim yang murah2 je, lagi pun aku bukan kisah sangat asalkan sedap dan boleh dimakan cukuplah.. Setelah penat berjalan didalam pasaraya tu, aku dengan family aku pun balik lah ke rumah

Bila dah sampai dekat rumah mulalah aku berebut2 dengan adik aku nak makan aiskrim.. Tapi oleh kerana aku ni seorang abang yang baik, maka aku suruh dorang mengalah dulu, bagi aku yang amik dulu..hahaha, baik tak aku ni..?? Kalau korang baik aku belanja korang tengok gambar aiskrim nak tak..^^

Setelah kenyang makan aiskrim, tak cukup juga lagi.. Aku tengok nasi goreng yang ayah aku baru masak tadi masih banyak.. Aku pun apa lagi, dengan mengamalkan prinsip membazir itu amalan syaitan, maka aku makanlah nasi goreng tu sampai 3 pinggan..

Okay, mungkin bunyinya macam aku ni buruk lantak.. Tapi aku buat tu pun atas sebab aku nak menebus kembali kelaparan aku semalam.. Sedih tau sebab time tidur tu pun perut boleh bunyi, siap bunyi lagu nasyid lagi..huhuu.. Nasib baik lah takde sapa2 dengar, kalau tak malu woo..

Setelah puas melantak, maka mata pun mula berat.. Nak buka lappy ni pun dah tak larat, apatah lagi blog.. Game yang aku citer kan petang semalam pun tak mampu menarik minat aku untuk tidak tidur.. Hanya katil sahaja yang memanggil aku.. Itulah alasan aku sebab tak update malam tadi.. Korang boleh terima tak alasan aku ni..^^

P/s : Panjang berjela pulak entry ni, korang tak kisah kan.. Salam jumaat semua..

11 comments:

sabrina said...

salam jumaat juga..
amboi smpi 3 pinggan...
2 yg smpi lpe kt blog...haha

KUREKURE COMEL said...

amboi...kemain beria shoping ye...hehehe...


mmg tabik la blh makan nasi 3 pinggan..perhhh...

kalau mina satu pinggan pun dh naik semput...

Syakir+Ina=Syakirina said...

sedapnyer tgk aiskrim 2 . HUHU

farah wahedda said...

Gamaknye demo melantak kalah teman lalala

amal said...

mkn punya pasal,x apa kot..hehe

aNis sHazLiN said...

nak eskremmmm!! huhuhu... amboi 3 pinggan...mak mertua lalu belakang pon x sedar tu...hehe

HanisLazimAndTheShaklee said...

haha laki mmg byk makan kan...ish3...xpa,janji badan x naek hati mau hepi ^__^

mykhalis said...

kalau dah dapat makan aiskrim mesti dekat 3 jam dalam pasaraya nie..hehe..

Blog terbaik

Kenangan lahir 80-an

Ada apa dengan dara

khalis datang ziarah di sini

Unknown said...

wah..nak beli aiskrim tu jap lagi..hehehe nak melantak sorg2..heheh

aLieF si Muncung ManiS said...

nak sikit eskrem tu...:P...

allia farhana said...

hahaa..alasan tak hapdet belog pun kreatif..

time beli brg dapur memang best..suke giler...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...