Thursday, August 27, 2015

[Tutorial Thursday] Cara keluarkan hidden file

Salam dan hai kepada para readers semua..

Aku rasa korang mesti pernah guna pendrive korang nak ambil benda macam lagu atau gambar, tapi sebaik sahaja korang masukkan pendrive korang tu, tiba-tiba pendrive korang tu menjadi kosong. Korang tak dapat jumpa benda yang korang nak cari tu. Bukan setakat benda yang korang cari tu je, tapi semua benda dalam pendrive tu seolah-olah tidak pernah wujud.

Aku selalu kena benda macam tu, biasanya terjadi selepas aku menggunakan pendrive itu di Cyber Cafe yang tak lah begitu Cyber sangat. Bila aku guna dekat komputer aku, abis semua data aku hilang. Tapi bila tengok dekat properties pendrive tu, masih ada lagi datanya. Jadi kalau korang pun ada masalah macam yang aku kena ni, kat sini aku tunjukkan cara untuk betulkan.

Pergi ke Start >> All Programs >>  Accessories >> Pilih Command Prompt
- Atau cara yang lebih senang, korang tekan Start dan dekat kotak search tu korang taip cmd, kemudian korang pilih lah Command Prompt tu.

Pergi ke My Computer
- Korang tengok pendrive korang tu dekat drive yang mana, kalau macam aku punya (E:)

Taip E: (atau drive mana yang korang nak)
- Tekan enter dan korang nampak dekat command prompt tu akan tunjuk E:\>

Sekarang taip attrib -h -r -s /s /d E:\*.*
- Dan tekan enter lagi, korang akan perasan yang benda kelip-kelip tu turun ke bawah. Korang tunggu sampai jadi macam ni.

Tengok dekat pendrive korang tu
- File atau data yang disorokkan tu dah boleh nampak.

Sebelum
Selepas
Scan virus dekat pendrive korang tu sebab biasanya virus akan menyorokkan file sebenar dan menjadikan file tadi sebagai shortcut. Tapi seeloknya korang scan jelah semua pendrive yang masuk dekat komputer korang tu. Sebab kalau virus dah masuk dalam komputer, entah apa lah jadi untuk jangka masa yang lama.

P/s : Masa first time aku kena jadi macam ni, aku terus format sebab tak tau nak buat apa..huhuu

4 comments:

kakaktiricinderella said...

Refresh otak. Hehe
Dulu penah belajar masa ICT tapi dah lupe...
Nice sharing ^^

Hafzhan Rauf's said...

Haa kita suka guna cara ni untuk keluarkan hidden file dalam pendrive. Tapi kawan kata "Ala ko ni, guna ni je la senang" sambil tunjuk shortcut remover yang uitm tu (pernah tengok tak?)

Masa tu macam.. "em ok" hahahahah

Bro Ley said...

thanks share....aku pun x tahu nak buat apa kalau file tiba2 hilang kat pendrive. thanks la share entri ni...skrg dah tahu nak buat apa...

Nur Khairul Azizi said...

Bagus tutorial ni....thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...