Tuesday, August 11, 2015

[Tech Tuesday] Autonomous car, kereta pandu sendiri.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Cuba korang bayangkan masa korang tengah memandu tu, tiba-tiba ada kereta sebelah memotong. Macam biasalah, korang mesti tak kisah kan sebab kereta tu lagi laju dari kereta korang. Tapi macam mana pulak masa kereta tu tengah potong kereta korang, korang nampak yang dekat tempat duduk depan takde orang. Atau pun korang nampak yang pemandunya tengah tidur.?

Hehehe, korang jangan risau ini bukan entry seram atau merepek. Tapi korang tau tak yang sekarang ni sudah ada kereta yang yang boleh memandu secara automatik. Maksud aku, korang cuma perlu setkan destinasi korang dan kereta itu sendiri akan memandu tanpa korang perlu kawal. Haa, itu lah teknologi untuk kereta yang sudah sedia ada. Cuma buat masa ni, kereta-kereta itu masih lagi dalam kajian.

Kemungkinan kereta itu akan mula keluar dipasaran dalam lingkungan 5 - 10 tahun lagi. Syarikat-syarikat besar seperti Mercedes, BMW, Google dan juga Tesla telah mengeluarkan model kereta yang mempunyai teknologi pandu sendiri. Namun sebelum kereta seperti itu dipasarkan, terdapat banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan, contohnya berkenaan undang-undang jika berlaku kemalangan.

Mercedes Autonomous car

BMW Autonomous car

Google Autonomous car
P/s : Agaknya kalau kereta yang pandu sendiri, statistik kemalangan akan meningkat atau menurun.?

9 comments:

Dr Farrah said...

Technology makes people lazy. Haha. Totally not agree with this idea, sebab sometimes tech sucks, for sure harga lagi mahal kereta2 macam ni and kalau dia tak berfungsi nanti parah lak nak dibaikpulih kan. Pastu reason paling kukuh is, nothing's comparable to human's brain. Dan macam mana kalau tiba2 ada halangan tengah jalan, boleh ke kereta auto tu interpret cepat2? macam risky je, tak sanggup akak dik. hihih

Arpiiz said...

@Fara Queen : Hehehe, memang lah betul technology makes people lazy, tapi kan ke itu boleh memudahkan. Btw, thanks a lot for your opinion, best pulak dapat komen panjang macam ni..xD

Anonymous said...

menurun :-)

Arpiiz said...

@Nabihah Arrose : Hahaha, ingatkan apa benda lah yang menurun. rupanya peratus kemalangan yang menurun.xD

Sop said...

kalau mampu nak beli juga satu nanti
senang pakai auto pilot bila blk kg.. huhuhu

Anonymous said...

Ya betul :-)

Farra said...

nanti peningkatan kadar obes makin naik kt malaysia..hahaha..lg selesa dgn teknologi kereta yang dh sedia ada..

Dr Farrah said...

Nanti macam mana driver2 nak cari makan.. huhu.. kesian diorang kena cari kerje lain. :p

kakaktiricinderella said...

Ofkos laa harga dia mahal gillew.... Pffft.
Lama lagi nie nak jumpa keta macam nie. Hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...