Wednesday, October 12, 2011

Bapak ah, air mineral berharga 3 ringgit..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

ini ialah contoh air mineral ya adik2..
Huih, bapak sapa yang jual air mineral dengan harga yang sebegitu rupa..?? Sila mengaku bapak2 sekalian, ala tak payah lah nak malu2 pulak dalam blog aku ni.. Hehehe, eh ni apahal aku main bapak2 ni, nanti kalau bapak orang tu marah, baru padan muka aku..

Sebenarnya aku nak ceritakan kejadian yang berlaku dekat kawan aku.. Masa tu aku pun ada dengan dia sekali, so kiranya aku pun terlibat sama lah.. Semalam aku dengan member2 aku keluar tengok wayang.. Ala, tengok wayang pun sebab itu adalah assignment yang perlu dibuat..

Mesti korang kata best gila kan sebab assignment aku ialah tengok wayang.. Ya, memang best bab tengok wayang tu, tapi bab nak buat assignment tu yang tak best..huhu. Eh, aku sambung balik kisah kawan aku tadi ye.. Masa tu kitorang baru habis tengok wayang..

So, sementara menuggu bas tu, kitorang pun berjalan2 lah kejap sekeliling bangunan tu.. Perghh, memang penat kot bila asyik berjalan tanpa henti.. Bila dah penat, kitorang pun sibuklah nak cari air demi menghilangkan keletihan yang melampau ni..

Kepenatan tadi semakin bertambah apabila kitorang tak jumpa kedai2 yang jual air.. Yang ada ialah kedai2 yang sememangya tak jual air.. Setelah lama kitorang berpusing2 di bangunan tu, akhirnya kitorang jumpalah satu restoran ni..

Kawan aku pun apa lagi, pergilah membeli air mineral sebab dah penat tambah dengan haus sangat.. Sekali time bayar tu, cashier tu cakap yang harga air mineral 500 ml tu ialah 3 ringgit.. Perghh, memang terpaku sekejap depan cashier tu..

Tapi sebab kitorang memang dah haus sangat, maka hanya sorang jelah member aku yang beli.. Mungkin akan ada diantara korang yang kata harga itu adalah harga biasa.. Tapi bagi aku itu ialah harga yang luar biasa.. Maklumlah, dekat kawasan aku tu air mineral cuma harga RM1.20 je kot..

P/s : Kata kawan aku, air mineral tu mungkin air yang diimport dari London, sebab tu mahal..hehehe

6 comments:

Anonymous said...

pernah gak kena camnie...huhu...harga leh beli air jus dah..huhu

cik aisha said...

cheh london la sangat.mahal siot. 3 hinggit dpt mineral 1.5 l dah tu. melampaunye...mujur air mineral bkn air minuman.kalau x lg xpuas ati kot.haha

Unknown said...

gila baban punya mahai

Naga tak berapi .http://gilamodified.blogspot.com/2011/10/naga-tanpa-api.html

TeQah Khaire said...

gileer mahal len ar lau tempat2 cam sunway tuh memank lah mahal ..

nih tmpt2 biasa aje .. huhu

Unknown said...

tu pasal kalau nak beli air beli kat kedai biasa je..mahal beb rm3 tuuuuu

Unknown said...

Wuih mahal tu. Kat sini RM1 pon dapat. Tu pon dah botol besar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...