Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..
Still kenyang dengan makanan ketika waktu berbuka tadi, tapi oleh kerana aku dah bersemangat untuk menaip ni, maka aku teruskan jugalah membuat entry ini.. Korang tadi berbuka apa ye..?? Mesti penuh satu talam kan, kalau tak pun penuh satu meja..hehe
Tapi ketika korang sedang enak memakan juadah berbuka tadi tu, apakah korang sudah pasti dan yakin dengan status kehalalan makanan tersebut.. Maklumlah, sejak kebelakangan ni kan kita sudah banyak kali dikejutkan, sampai ada yang melatah sebab terkejut bila dapat tahu barangan yang kita selalu guna tu tak halal..
Contoh yang terbaru ialah tentang produk Dato' Siti tu, aku still tak tau betul atau tidak sebab aku pun baru je tau ni..hehe. Ye, aku tau memang takde kena mengena dengan makanan pun.. Tapi kalau korang nak kaitkan juga dengan makanan, cuba tengok butter Golden Churm tu..
Tadi pun aku baru dapat tau dari beberapa kawan aku, katanya sekarang ni memang sudah banyak makanan yang dah tak boleh dimakan.. Dorang ada jugak bagitau aku beberapa jenama makanan yang tak boleh dimakan tu.. Tapi aku tak berapa pasti lah sama ada nak bagitau korang atau tak..??
Okay lah, aku bagitau jelah apa jenamanya ya, nanti bila aku dah pasti yang makanan tu boleh dimakan, aku delete lah entry ini.. Ini antara jenama makanan yang kawan aku sebutkan tadi..:
* Maggi
* KFC (Kentucky Fried Cacing Chicken)
* Beras Cap Rambutan
* Roti Gardenia
* Biskut Tiger / Oreo / Munchy's
Ya, itulah antara jenama2 makanan yang tak boleh dimakan pada siang hari di bulan Ramadan ni bagi mereka2 yang diwajibkan untuk menjalani ibadah puasa.. Kalau korang tak percaya juga, korang pergilah ajukan kepada pihak2 yang bertanggungjawab ye..hehe
Okay, just nak ingatkan dekat korang ye.. Ini adalah entry gurauan sahaja, korang jangan lah amik serius pulak dengan apa yang aku tulis kan dekat atas tu ye.. (Tapi dah memang betullah yang kita tak boleh makan makanan tu masa tengah berpuasa..)
P/s : Aku ingatkan nak tambah lagi banyak jenama makanan supaya korang akan bertambah percaya dengan apa yang aku tulis tu..hehe
P/s (lagi sekali) : Entry ni lambat pulak keluarnya..huhu
5 comments:
oitt..bapak terkejut aku baca.,adehhh..aku nak baling bom kat ko leh? HAHAHAH
dekt rumah memang tidak pakai beras cap rambutan pon..hermmm
adoiyyy ... makanan peberet semuanya tuh kecuali beras cap rambutan *tak pernah makan ! hik3
Cis, ingatkan tak leh makan sebab tak halal.. Hahaha.. Dah la roti gardenia tu makan time sahur..
owh, ingtkan betul2
Post a Comment