Thursday, August 04, 2011

Ada ke puasa mata..??

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..


Aku malas la nak ceritakan dekat korang kenapa aku tidak mengupdate segila dan sekencang mahu pun sebanyak dulu sejak minggu lepas.. Tapi itu tak bermakna aku tak update disebabkan malas ye, aku cuma terlampau buzy mengalahkan orang paling buzy di dunia ini..(err, macam tipu je..)

Aku teruskan kepada apa benda yang aku nak ceritakan je lah ye.. Dalam entry ini tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa kerana entry ini diciptakan terus sejurus tajuk itu masuk kedalam kepala otak aku ni.. Korang tak tau tajuk entry ni apa..?? Pergi lah scroll ke atas tu kejap ye..

Pada bulan puasa ni kita bukan sahaja disuruh untuk menjaga perut dan nafsu makan sahaja ye anak2 sekalian.. Pada bulan ini juga kita disuruh untuk menjaga seluruh anggota badan termasuk mata, mulut, hidung dan yang lain tu korang fikir2 kan lah ye..

Eh, ni apahal aku bermukadimah macam seorang penceramah yang tak bertauliah ni..?? Okaylah aku teruskan jelah ye.. Betul ke ada puasa mata..?? Kalau korang tak tau korang boleh lah aku bagitau dekat sini ye.. Ye, puasa mata tu memang ada, ia bermaksud menjaga mata dari melihat benda2 yang lalai..

Bila masuk bab puasa mata ni mesti orang lelaki je yang kena attack dulu kan..?? Ala, korang yang perempuan jangan nak tipu lah, aku tau apa yang tersimpan jauh di lubuk hati korang tu.. Chewah, menipu betul aku ni kan..hehe

Tapi dari pemerhatian aku lah, perempuan juga kena puasakan matanya.. Apa..?? Korang tak percaya dengan apa tulis ni.. Betul lah, aku tengok kalau orang perempuan melihat baju2 yang ada dekat kedai mahupun pasar malam tu..

Ada yang aku nampak dorang macam rambang mata pulak.. Lepas tu dah lah tengoknya sampai berjam2 lamanya.. Tengok je lama tapi belinya tidak pun, kesian dekat tokey kedai tu sebab kena pulak melayan kerenah orang yang macam tu..

Owh, ada yang tak dapat terima juga dengan apa yang aku tuliskan ni.. Kalau ada tu aku tak marah, itu just dari apa yang aku nampak sepanjang berpuasa tahun lepas je.. Tak tau lah kalau tahun ni dah takde orang yang buat macam tu lagi..hehehe

P/s : Terpanjang pulak entry ni, maklumlah sebab dah lama tak menaip..hehe

4 comments:

Sarah Asyiqin said...

Perempuan kalau beli baju mesti belek lama2.. Ye la, nak pilih yang berkualiti dan yang berkenan di hati... Hahaha.. :P

Jenny Pa-un said...

wah dah bertukar design blog ya hehe

slmt berpuasa ya :)

Unknown said...

kehkeh..biaselah perempuan nak bt mcm maner..nampak bju cantik grenty mahu belikan..hoho

Anonymous said...

perempuan nie teliti sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...